"Ughh" Azlin terjaga.
Azlin melihat badanya yang penuh wayar. Dia pun mencabut semua wayar dan berlari keluar dari wad yang dia duduki.
Aris yang baru tiba dengan membawa bungkusan makanan terserempak dengan Azlin. Azlin cepat-ceoat kabur. Tanpa melegah Aris pun mengejar Azlin .Dapat . Dia memeluk Azlin. Azlin meronta mahu dilepaskan.
"Kenapa kau selamatkan aku Aris?. Aku tak layak hidup lepaskan aku"
"Tak Azlin!! Aku sayang kau, aku cintakan kau. Kau tak faham ke?!! "
Azlin berhenti. Dia terdiam, layakkah aku?.
"Aku pembunuh, aku gila , aku tak sehat Aris. Aku tak layak disayangi"
"Manusia boleh berubah. Aku sayang kau. Allah maha pengampun. Taubat nasuha. InsyaAllah"
"Kenapa kau ada dekat hospital semalam? Macam mana kau tahu aku ada dekat sana? "
Azlin menangis dalam pelukan Aris. Dia memerlukan orang disisinya tapi dia dia rasa dia akan menyusahkan orang lain.
*
*
*
*
*Selama sepuluh tahun Azlin dirawat di Hospital sakit jiwa akhirnya di keluar. Azlin sudah melupan kisah silamnya walaupun masih ia bermain di minda tapi cepat-cepat dia tepis.
Di rumah dia hanya duduk termenung. Ibunya selalu mengajak berbicara. Azlin hanya tersenyum. Fatimah faham dia pun dulu bergitu juga.
"Mak. Ibu Anita datang tak hari ini? " tanya Azlin. Fatimah tersenyum
"Datang sayang" bertambah lebar senyuman di bibir Azlin.
Dalam beberapa hari lepas kejadian. Anita pulih dan menjaga Azlin di hospital sakit jiwa. Azlin berkali-kali meminta maaf dan menangis sambil memeluk Anita. Anita mengusap kepala Azlin dan memberitahu bahawa sudah lama dia maafkan Azlin. Baru lega sedikit hatinya.
Bunyi pintu diketuk dari luar .Azlin berlari membuka pintu. Wajah Anita menyapa pandangan Azlin terus sahaja Azlin memeluknya. Dia melepaskan pelukan dan melihat di belakang Anita ada Aris dan Limah ibunya Aris.
"Mari-mari masuk. " Fatimah mengajak semuanya masuk ke rumah. Azlin hanya mengekori dari belakang.
"Makcik Limah ada apa datang? " tanya Azlin
"Mak cik ada hajat ni" Azlin mengerutkan dahinya. Hajat apa yang mahu disampaikan oleh Makcik Limah ni? Dia memandang wajah ibunya dan Anita. Mereka tersenyum sepertinya sudah tahu apa yang dihajat.
"Aris nak melamar kamu" Aris menundung memandang lantai sambil tersenyum. Malu lah tu.
"Tak nak! " semua terkejut dengan pernyataan Azlin.
"Kenapa sayang? " tanya Fatimah
"Akak tak layak mak. Lepas apa yang akak buat" Azlin mengalirkan air matanya.
"Kamu dah janji dengan ibu. Kamu tak akan ingat dengan kejadian lepas? Kamu mahu kalau ibu tak melawat kamu lagi? " tanya Anita dengan tegas.
Azlin terus memeluk Anita. Azlin meminta maaf segera Anita maafkan sambil membalas pelukan.
"Lin. Aku memang dari dulu suka kau. Lepas je aku dapat tau kau bunu.. Armm ahhhhh aku sayang kau. Aku tak tengok bende yang jahat dari kau sebab aku tahu kau membesar macam mana. Aku ikhlas Lin. Terima aku" Aris akhirnya berbunyi. Dia pun rasa sedih bila ditolak Azlin. Sudah lama dia tahan. Sudah lama dia tunggu dan berharap Azlin akan menerimanya.
Akhirnya Azlin mengangguk. Semuanya lega dan akhirnya mereka berkawin dan mendapatkan seorang anak lelaki bernama Iman.
Beberapa tahun kemudian.. Iman membesar dengan baik. Sehinggalah dia bersekolah dan mempunyai ramai kawan. Sehingga suatu hari Iman di buli rakan sekelasnya kerana tersebrnya berita tentang ibunya gila dan pernah masuk ke dalam rumah sakit jiwa . Iman menangis setiap kali balik kerumah. Azlin rasa marah yang membuak pada Dania iaitu kawan Iman yang menyebarkan berita itu tetapi dia tahan. Akhirnya Azlin memindahkan Iman ke sekolah yang lain.
*
*
*
**
*"Sayang ibu dengan mak nak datang rumah ni" kata Aris. Azlin gembira. Sejak mereka berkawin Anita dan Fatimah jarang melawat mereka sebab itu Azlin gembira mereka tiba.
Pada petang itu, mereka tiba di rumah Azlin. Bermacam cerita mereka borakkan kerana sudah lama tidak berjumpa. Ibunya Fatimah selalu bergurau tentang ........
"tak nak buat anak lagi ke? Mak nak cucu perempuan pula " Fatimah ketawa sambil menampar bahu Anita. Anita hanya ketawa melihat gelagat Fatimah.
"Dah cuba tapi belum rezeki lagi" muka Azlin menjadi merah. Malu gamaknya.
Keesokkan paginya Azlin ke pasar membeli barang basah. Dia ke tempat Ayam dan memilih ayam yang dimahunya kemudian memberi kepada penjual untuk dipotong. Tanpa sengaja bajunya terkena darah ayam. Ah tak apa lah balik boleh basuh.
Dalam perjalan dia mahu pulang. Dia ternampak Dania berada di depan pagar keseorangan. Dia berdiri agak jauh dari pondok guard. Eh tak masuk sekolah lagi ke?. Mungkin Dania sedang menunggu kawanya di luar.
Azlin memerhati dari jauh fikirannya bercampur aduk. Bagai ada yang berbisik dikedua belah telingannya.
"Bunuh budak tu"
"Tak jangan... "
"Tunggu apa lagi?? Bunuhh!!! "
"Takkan kau nak membunuh lagi Azlin? "
Akhirnya Azlin menjerit dan menghentakkan kepalanya ke stereng kereta. Nafasnya tercungap-cugap.
"Tak. Aku dah berhenti. Aku tak akan membunuh lagi. " Azlin start enjin keretanya dan mahu beredar tetapi apa yang menarik perhatinya ada sebuah van berwarna putih berhenti di tepi Dania dan salah seorang dari mereka mengangkat Dania masuk ke dalam Van.
Azlin ingin menolong tertapi niatnya terbantut. Buat apa dia tolong?. Azlin tersenyum dan beredar dari situ.
Pada malam itu, Azlin rancak bersembang dengan Anita dan Fatimah di ruang tamu sambil Television terpasang. Kemudian berita tentang kehilangan Dania terpapar di TV.
"Ya Allah kesiannya budak tu. " kata Fatimah. Anita hanya menyetujui apa yang Fatimah cakapkan. Azlin bangun dan menuju ke kedapur sambil wajahnya tersenyum..
TAMAT
terima kasih guys baca. Dan hati2 corona sekarang ni makin merebak. Duduk dirumah jangan keluar. Selalu basuh tangan. Ok?? Take care and thanksss.
YOU ARE READING
CANNIBAL (18++++) COMPLETE
Mystery / ThrillerCOMPLETE!!!!! LET'S HIT THE VOTE.. N thank you. WARNING!!!! 18 tahun keatas. Jika ada sesuatu yang berlaku author tidak bertanggungjawab. Diberi maklum bahawa kandungan di dalam cerita ini tidak seharusnya dibaca dibawah umur 18 tahun. Ia menga...