Azlin sudah dibawa ke kem semula. Bila ternampak Azlin, Aisyah terus memeluk Azlin. Dia risau jika terjadi apa-apa pada sahabatnya.
"Azlin kau tak apa - apa? " tanya Aisyah.
"Alhamdulillah tak"
"Jadi yang mati tu Alia la?? " tanya Aisyah lagi. Opss nampaknya semua orang dalam kem sudah mengetahui.
"Ha? Alia... Mati? " aku berpura-pura tidak mengetahui apa yang terjadi.
"Kau tak tahu ke? Alia mati wei. Badan dia hancur kena baham dengan harimau" Air mata Aisyah bercucuran. Dia fikir mayat itu ialah Azlin.
"Habis tu. Mana mayat dia?? " Azlin perlu tahu. Dia tidak mahu polis mengesakinya. Dia sudah hapuskan semua bukti yang dia membunuh Alia. Dan tidak sangka keadaan menyebelahi dia. Harimau menyelamatkan hidup dia.
"Sudah dihantar ke hospital"
"Mak dengan ayah aku tahu? " tanya Azlin.
"Tahu. Tapi........ "
"Tak apa faham. Mesti mereka buzy"
Malam itu , Azlin disoal siasat oleh pihak polis dan seratus peratus dia membohong bahawa dia tidak terserempak dengan Alia atau menemukan Alia di mana-mana.
Selepas disoal siasat, Azlin sedari tadi asyik termenung polis dan cikgu perasan tentang itu. Fikir mereka mungkin Azlin sedang mengalami trauma. Dia tidak bercakap dari mula sampai hinggalah sekarang. Asyik termenung sahaja.
Oleh itu , pihak polis melepaskan Azlin supaya pulang berehat dahulu. Tapi apa yang polis itu fikir semuanya salah. Dia termenung kerana dia memikirkan jika dia tertangkap habis la hidupnya. Dia harap bukti yang dia buang itu tidak dijumpai. Dia berharap DNA pada isi daging Alia juga ditutup dengan harimau itu. Kata Aisyah badannya teruk hancur. Dia hanya makan sebahagian sahaja.
Cerita pasal daging ni. Sedap. Tidak tahu mahu mengambarkan macam mana. Yang dia tahu dagingnya berjus. Dia tidak kisah dengan bau hanyir darah. Yang dia kisah dia dapat makan. Nafsu makannya lebih kuat dari nafsu yang lain. Itu membuatkan dia ketagih. Bila fikir pasal daging tiba-tiba dia rasa lapar. Dia nak makan. Dadanya naik dan turun. Matanya terbeliak. Dia nak daging. Kenapa dia rasa seperti ini? Kepalanya terteleng ke kiri dan ke kanan.
Aisyah disebelahnya risau. Aisyah mengusap-usap badan Azlin supaya Azlin tenang.
"Aku lapar" kata Azlin
"Lapar? Sekejap aku panggil cikgu" Aisyah berlari mendapatkan cikgu. Azlin sudah berpeluh. Kenapa dia bergini?. Dia tidak tahan. Dia mahu makan juga.
Polis yang sedang meronda melihat Azlin dalam keadaan yang serabut. Dia mendekati Azlin. Dia rasa Azlin mengalami trauma yang teruk. Dia memengang bahu Azlin. Azlin menepis.
"Adik kenap...... Berhenti!!!! " polis itu cepat-cepat memegang tangan Azlin. Azlin hendak mengigit tangannya sendiri. Tangannya berbekas. Nasib tidak tembus lagi. Akhirnya Azlin pengsan.
*
*
*
*
*Orang tua Azlin dihubungin beberapa kali. Di WhatsApp pun hanya seen sahaja. Polis membuat keputusan hanya kerumahnya sahaja. Pintu rumah diketuk beberapa kali. Loceng pintu juga di tekan beberapa kali baru keluar. Seorang perempuan yang agak muda keluar. Riaksinya terkejut dengan keberadaan pihak polis.
"Ya encik? Ada apa-apa yang boleh saya bantu? "
"Saya mahu beritahu bahawa ahli keluarga cik Nurul azlin berada di hospital. Dia hilang hampir dua hari dihutan. " polis menerangkan segalanya pada perempuan itu.
"Hilang? Anak saya hilang? Dia dekat hospital sekarang?? Sekejap saya bersiap. Maaf ye encik terpaksa datang ke rumah saya malam buta ni. Saya bru balik kerja. Dia ada bgitahu yang dia mengikuti perkhemahan."
"Tidak mengapa sudah tugas kami"
"Sekejap ye encik. Encik boleh masuk dahulu saya mahu kejut suami" perempuan itu mak kepada Azlin mempersilakan polis itu memasuki rumahnya. Dia menaiki tangga ke tingkat dua kerana mahu mengejutkan suaminya.
"Jahanam kau Azlin. Dasar betina menyusahkan aku saja. Aku sudah la penat. Balik sahaja kau dari hospital aku akan buat kau masuk balik dalam hospital"
*
*
*
*
*
*
YOU ARE READING
CANNIBAL (18++++) COMPLETE
Mystery / ThrillerCOMPLETE!!!!! LET'S HIT THE VOTE.. N thank you. WARNING!!!! 18 tahun keatas. Jika ada sesuatu yang berlaku author tidak bertanggungjawab. Diberi maklum bahawa kandungan di dalam cerita ini tidak seharusnya dibaca dibawah umur 18 tahun. Ia menga...