bye

262 32 10
                                    

Puan Anita di bawa ke hospital. Sepanjang Operation Fatimah menunggu di luar dengan keadaan resah. Takut jika berlaku apa-apa yang tidak diingini. 

"Kalau sesiapa tanya apa yang berlaku, kata sahaja perompak masuk rumah"

Suara Anita terngia-ngia di kepalanya. Apa yang Azlin sudah buat? 

"Mana???  Mana isteri aku? "Encik Yazid yang baru sahaja tiba.. Kelihatan mukanya resah.  Dia memandang Fatimah dan menghampirinya.

"Mana isteri aku?  Ini mesti anak kau punya pasal kan?  Mana dia aku nak bunuh dia! "  Fatimah hanya diam dan menangis tidak berani berkata apa-apa. 

Malam tadi,  sebelum masuk tidur telefonnya berdering menandakan panggilan masuk. Fatimah melihat nama Anita tertera pada skrin telefonnya.

Malam-malam buta ada apa call Fatimah pun menjawab  "Assalamualaikum Kak Nita ada apa? "

"Mak..  Akak...... " tutttt panggilan putus.. Fatimah mengerutkan dahinya. Pelik.?  Hatinya rasa tidak sedap. Dia mundar mandir di dalam bilik. Hatinya gusar..  Tanpa berfikir panjang dia segera menyarungkan tudung dan bergegas ke rumah Anita.

"Asal kau tak jawab? " fikiran Fatimah kembali  ke realiti. Fatimah mengelengkan kepalanya menanndakan dia tidak tahu apa yang berlaku.

"Shitt! " Yazid menghempaskan telefonnya di lantai,  habis berkecai. Jururawat dan doktor yang lalu semua mengelak dari Yazid takut di apa-apa kan.

*
*
*
*

Azlin termenung di atas bumbung hospital. Tiada siapa yang tahu dia berada di sana. Bajunya yang penuh dengan darah itu dibiarkan saja. 

Azlin bangun. Dia berjalan merapati tembok. Dia menghalakan kepalanya ke bawah dia dapat melihat kesibukkan jalan raya pada waktu malam. Dia tersenyum sendiri. 

Andai kata dia tidak buat kerja bodoh seperti ini,  mesti dia sudah bahagia dengan ibunya dan tiada label 'pesakit jiwa' .

Dia teringat dengan kata Anita

"Walau bagaimana pun, kita kena teruskan hidup. Jangan cepat berputus asa. Ingat Allah itu ada "

Azlin ketawa . Otaknya bercampur aduk dengan belbagai benda. Dia ketawa sekuat hatinya. HHAHAHAHAHAHA dan akhirnya berakhir dengan tangisan. Dia menumbuk dadanya. Perit. Beban apa yang Kau berikan pada ku?.  Adakah aku insan yang jijik pada Mu?. 

Hatinya tidak tenang  teringat tentang kejadian yang menimpa Anita yang penuh dengan darah itu. Saat dia menganggkat tubuh Anita keluar dari rumah dan menyuruh Anita supaya bertahan kerana dia mahu menghantar Anita ke hospital. Tetapi Anita memaksa Azlin meninggalkannya. 

Tanpa membuang masa Azlin mengangkat Anita sekuat hatinya walaupun kudratnya tidak mampu. Dia tidak mahu sesiapa mati kerananya lagi.  Baru sahaja sampai ke pintu kereta,  fatimah muncul dan menolong mengangkat Anita masuk ke dalam kereta.

"Mari ikut mak sayang. Jangan risau tak ada apa-apa pun" kata Fatimah. Dia tahu Fatimah mahu memyedapkan hatinya. Tapi....  Argh

Fatimah menarik tangan Azlin masuk ke dalam kereta. Sampai sahaj di hospital Azlin berlari keluar dari kereta. Azlin mengendahkan sahaja panggilan dari Fatimah.

"Ibu,  mak,  akak minta maaf. Akak menyusahkan sahaja bila akak hidup. Akak harap lepasni tak ada beban yang menimpa mak dan ibu lagi " Azlin memanjat tembok. Dia memandang ke bawah. Ramai orang berkumpul di situ melihatnya. 

Azlin ketawa lagi dan lagi.  Aku yang masih hidup pun tak ada orang yang kasihan entah apa lagi bila mati. 

"Jangan kisah pasal aku. Biar aku pergi . Lepaskan aku. Makin lama aku hidup makin banyak dosa yang aku buat"

Mereka semua menjerit dan mengarahkan supaya tidak terjun dari situ.

Tidak lama selepas itu, jururawat dan doktor memegang kain di bawah dan dibantu oleh orang awam.  Azlin tidak rasa kain itu dapat menyelamatkan dia.

"Azlin!!  Kesini apa yang kamu buat ni?? "  Azlin memaling kepala ke belakang. Fatimah bersama anggota hospital berada di situ.

"Maafkan Lin mak. Lin harap mak faham. " Azlin tersenyum dan dia menjatuhkan dirinya.

*

*
*
*
*

Part seterusnya part terakhir..  Dan tamat la cerita ini kikikikikiiki

CANNIBAL (18++++) COMPLETEWhere stories live. Discover now