Seharian Azlin tidak keluar dari biliknya. Dia mengunci dirinya di dalam bilik supaya tiada siapa yang bakal masuk. Fatimah, Aris dan Mak cik Kimah berasa risau. Sejak dia pergi ke majlis hari jadi kawannya malam tadi, dia langsung tidak keluar dari bilik bahkan tidak makan walaupun sedikit.
Pihak sekolah menghubungi Fatimah . Ada lima orang tidak hadir ke sekolah hari ini termasuk Azlin. Fatimah memberitahu Azlin tidak sihat oleh sebab itu dia tidak dapat hadir ke sekolah.
Mereka mengetuk pintu bilik. Tiada sahutan. Mereka pun tiada kunci pendua. Hari ini Aris dan Mak cik Kimah mahu pulang ke rumah mereka. Harriz mungkin menunggu kepulangan mereka. Entah apa yang Harriz makan di sana. Sudahlah dia pemalas. Selalunya, bagun tidur terus sahaja makan selepas itu dia pergi kerja di luar kota. Bila tiada mereka di rumah entah apa yang dibuatnya.
Sampai sekarang masih terfikir kenapa mereka duduk di dalam hutan? Hurmm.
"Azlin. Aku dengan mak aku nak balik dah. Aku pergi dulu. Assalamualaikum" kata Aris. Dia memimpin tangan Mak cik Kimah tetapi dia masih tidak bergerak. Dia memandang bilik Azlin. Berat sekali dia mahu balik. Mak cik Kimah menepuk perlahan bahu Aris. Aris menoleh kedepan dan bergerak pergi.
Tiba-tiba pintu bilik terbuka. Keadaan Azlin serabut dengan mukanya yang bengkak akibat menangis..
"Aris boleh tak saya nak cakap sikit?" suara serak Azlin menyapa telinga mereka bertiga. Aris menganguk dan mengajak Azlin ke luar rumah tetapi Azlin tidak mahu. Dia mahu berbincang dengan Aris di dalam bilik. Aris rasa berat. Bukan apa, berduaan dengan perempuan di dalam bilik perkara yang salah. Mungkin akan ada orang yang ketiga di dalam bilik itu.
"Kalau tak mahu sudah lah. Mak cik Kimah hati-hati dalam perjalanan pulang." Azlin kembali menutup pintu tetapi di tahan oleh Aris. Dia mahu tahu apa yang mahu dibicarakan oleh Azlin.dia terangak-agak untuk masuk ke dalam bilik. Sejujurnya dia takut dan dia risau. Setelah mendapat kebenaran dari kedua orang tua itu dia pun masuk.
Aris berdiri betul-betul di hadapan pintu bilik. Azlin sudah berada di atas katil. Aris memerhati Azlin yang diam menyepi dia atas katil.Aris tidak bergerak sama sekali. Dia tidak pernah berada di dalam bilik dengan perempuan. Biliknya agak sedikit malap dan kontang-kanting.
"Aku dah bunuh orang Aris" kata Azlin dengan tiba-tiba.
"Bu-bunuh?" tanya Aris. Ada nada terkejut di situ.
"Bukan bunuh je. Aku makan sekali daging dia orang" Aris mengerut dahinya. Apa yang di maksudkan oleh Azlin? Bunuh? Makan?.
"Aris aku , aku rasa serba salah Aris. Selama aku bunuh orang aku tak rasa macam ni. Sejak aku bunuh Aisyah semalam aku rasa lain. Banyak bende yang berlaku dekat bilik ni semalam. Aku nampak roh abang aku. Aku nampak roh Alia , roh abang Aisyah, roh lelaki yang baru aku kenal sebab dia ternampak aku letak tulang tangan arwah abang Aisyah. Roh anak cik Limah jiran sebelah, roh Aisyah, kama, Ilya dan Lisa. Mereka semua dalam bilik ni. Pandangan mata mereka semua merah."
"Azlin apa yang kau cakap ni?"
"DIAM!!!! AKU TAK HABIS CAKAP LAGII" Aris pun terdiam. Matanya tidak dapat memandang mata Azlin yang kelihatan gerun itu.
"Aku bunuh, aku makan, aku tanam sesuka hati. Aku kerat badan dia orang . Aku lahap dia orang hidup -hidup. Sekarang dia orang nak balas dendam. Dia orang kata aku bakal mati. Bakal masuk neraka sebab bunuh orang. "
"Aku... AKU TAK BERSALAH.DIA ORANG YANG CARI PASAL. KENAPA PULA AKU YANG SALAH???. AKU CUBA BALAS APA YANG MEREKA BUAT KAT AKU. SALAH KE????????" Azlin menjerit. Dia bangun dan berjalan perlahan-lahan ke arah Aris. Aris yang betul-betul berada di depan pintu tidak boleh ke mana lagi. Badannya tidak memberi respon sama sekali. Keadaan Azlin cukup mengerikan.
"Aku salah ke Aris?" tanya Azlin. Ucapannya sedikit lembut dari tadi. Dia memeluk Aris. Dia sembamkan mukanya ke dada Aris. Aris tidak bergerak terkejut agaknya. Azlin menangis semahu-mahunya. Berkali-kali dia kata dia tidak bersalah.
"Ye Azlin tak bersalah. Tenang dulu. Nanti cerita apa yang berlaku. Azlin tidur dulu ye?" Aris membawa Azlin ke katil. Aris membaringkan Azlin. Setelah Azlin tenang dia pun keluar dari bilik. Wajah ibu dan Fatimah menyapanya.
"Kenapa dengan Azlin??" tanya fatimah dan Mak cik kimah serentak.
"Entah la. Dia macam meracau. Dia kata dia bunuh orang lepastu dia makan orang tu. Tak tahu la. Saya rasa saya tunggu sini sampai dia pulih. Sebab macam ada perkara dia nak cakap lagi cuma sekarang dia emosi sedikit. Mak Aris hantar mak dulu ye. Azlin tak ada apa. Mungkin tak sihat. Mari" kata Aris.
Aris membimbing tangan Mak cik Kimah. Mereka berterima kasih kepada Fatimah kerana membenarkan mereka menumpang di rumahnya. Fatimah menghantar mereka hingga ke luar rumah. Setelah pergi Fatimah masuk ke rumah kembali.
Fatimah tersandar di dinding. Anakanya. Kasihan anaknya. Dia tidak tahu penyakitnya menurun ke anaknya. Kasihan Azlin.
"Azlin anak mak.. " Fatimah menangis semahu-mahunya. Kenapa? Kenapa tuhan tidak Adil dengan keluarganya? . Kenapa?? Fatimah tahan tangisnya dia takut anaknya terjaga dari tidur. Tuhan sungguh tidak adil..
*
*
*
*
*
*
*Sorry im late.. Tu aahh dah taip dia hilang. Bagussssss sanggaaaat. Heheheh enjoy. Armmmm maybe dalam beberapa episod lagi akan tamat la cerita ini... Sekian.. Hahah
YOU ARE READING
CANNIBAL (18++++) COMPLETE
Mystery / ThrillerCOMPLETE!!!!! LET'S HIT THE VOTE.. N thank you. WARNING!!!! 18 tahun keatas. Jika ada sesuatu yang berlaku author tidak bertanggungjawab. Diberi maklum bahawa kandungan di dalam cerita ini tidak seharusnya dibaca dibawah umur 18 tahun. Ia menga...