Fatimah yang sarat mengandung 8 bulan mengidamkan sesuatu. Dia berfikir bagaimanakah dia mahu mencari benda itu di malam hari. Dia melihat suaminya di sebelah yang sedang tidur dengan nyenyak. Perlahan-lahan dia bagun menuju ke dapur supaya suaminya tidak terbangun.
Di dapur dia membuka peti ais. Seketul daging berwarna merah darah dikeluarkan dari peti ais. Dia ratah mentah-mentah daging yang belum masak itu.
"Aku tak puas. Bukan daging ini yang aku mahukan" Fatimah meletakkan kembali daging lembu yang diratahnya tadi ke dalam peti ais. Dia membasuh tangan dan juga mulutnya. Dia memotong sebiji limau dan dilumurkan di mulut serta di tangan kemudian dia membasuh dengan sabun tangan. Akhir sekali, dia membilas. Dia menghidu tanganya. Tiada bau hanyir lagi.
Dia masuk ke bilik semula. Dia melihat suaminya yang nyenyak tidur. Fikirannya melayan. Hidangan di depan mata. Senyumannya meleret ke pipi. Fikiranya berfikir macam-macam. Tetapi... Cepat-cepat dia buang apa yang berada dalam fikirannya.
"Dia suami kau Timah" Dia kemudiannya tidur disebelah suaminya sambil menahan rasa ngidamnya.
Dua minggu selepas itu, Fatimah di kejarkan ke hospital kerana air ketumbannya pecah . Itu menandakan dia bakal beranak sebentar lagi. Setelah beberapa jam kemudian dia selamat melahirkan anak pertama mereka.
Fatimah dan suaminya di kurniakan seorang anak perempuan. Muka anaknya iras dengan Fatimah tetapi mata dan kening lebih iras dengan ayahnya.
Mereka berdua sudah dibenarkan pulang setelah hampir tiga hari dihospital. Di dalam bilik, Fatimah menyusukan anak perempuannya sambil ditemani oleh suaminya, Haziq.
"Sayang nak bagi nama anak kita ni apa? " tanya sang suami
"Nurul Azlin"
*
*
*
*
*
Suatu hari, Fatimah dikhabarkan tentang berita buruk, suaminya Haziq kemalangan jalan raya ketika mahu pulang dari kerja. Setelah mendengar khabar buru itu Fatimah mula menunjukkan tanda-tanda kemurungan. Anaknya Azlin dibiarkan tidak disusu. Ditinggal bersendirian di dalam bilik.Rakan-rakan fatimah datang melawat. Hampir semua nasihat tidak di terima olehnya. Sehinggalah rakanya bernama Mai datang ke rumah Fatimah. Dia memberitahu bahawa jika tidak mahu membela anak itu serahkan sahaja kepadanya. Dia akan membela. Fatimah hanya diam tanpa menjawab.
"Jangan lupa makan ubat. Takut penyakit kau menjadi balik. Bahaya anak kau nanti" Puan Mai akhirnya pergi tanpa mendengar jawapan dari Fatimah. Azlin menangis dengan kuat di dalam bilik. Dia membutuhkan seseorang disisinya. Fatima merasa kasihan kepada anaknya.
Fatimah bagun menuju ke bilik yang menempatkan Azlin di dalamnya. Dia mengendong dan menyusu Azlin. Azlin minum dengan rakus dahaga barangkali. Setelah disusukan dia meletakkan kembali Azlin di tempat tidurnya. Dia ingin keluar dari bilik tetapi bagai ada sesuatu yang menahannya. Dia memandang ke arah bayinya yang sedang nyenyak tidur itu disebelahnya terdapat susuk hitam yang matanya berwarna merah.
"Kau tak lapar? " tanya lembaga hitam itu.
"Apa maksud kau? " tanya Fatimah. Kenapa makhluk itu muncul lagi dalam hidupnya?. Bukankah dia sudah sembuh??
Oh! Dia baru teringat. Doktor sudah memberitahunya dia harus makan ubat dan harus kawal emosinya supaya emosinya stabil. Dia lupa itu. Dan puan Mai pun sudah mengingatinya sebentar tadi.
"Doktor kata ini halusinasi kau je Fatimah" Fatimah kembali mengingatkan dirinya. Dia harus lawan. Apa yang dia lihat sekarang ini hanyalah halusianasi sahaja.
"Hidangan depan mata. Takkan tak mahu? Fresh dan lagi satu tulannya masih lembut hehehehe sedap" kata lembaga itu lagi.
Fatimah mengelengkan kepalanya beberapa kali. Tak ! Dia hampir terhasut oleh lembaga itu. Fatimah segera mendapatkan anaknya dan dia berlari keluar dari rumahnya. Dia sempat mencapai kotak kosong di tepi jalan dan menuju ke rumah kawanya,Mai .
Pada malam itu, Fatimah meletakkan anaknya yang berumur seminggu di depan rumah kawannya dengan sepucuk surat. Dis mencium pipi anak perempuanya buat kali terakhir.
*
*
*
*
*
*"Mak. Aris nak cari Azlin"
*
Okey ep seterusnya akan ada si hodie. Hehehehe
YOU ARE READING
CANNIBAL (18++++) COMPLETE
Mystery / ThrillerCOMPLETE!!!!! LET'S HIT THE VOTE.. N thank you. WARNING!!!! 18 tahun keatas. Jika ada sesuatu yang berlaku author tidak bertanggungjawab. Diberi maklum bahawa kandungan di dalam cerita ini tidak seharusnya dibaca dibawah umur 18 tahun. Ia menga...