disiasat semula

294 32 31
                                    

Azlin di bawa ke bilik siasat semula. Inspektor Razim mengeluarkan beberapa kertas dan sebatang pen. Sementara Inspektor Razim menyelesaikan kerjanya Azlin ralit memandang cermin besar di bahagian kanannya. Matanya tidak lekang memandang cermin itu.

Selalunya di dalam TV apabila orang itu menjalani soal siasat mesti ada orang memerhati di cermin berkenaan. Dalam situasi Azlin mesti ada orang yang memerhatinya seperti di dalam kaca TV. Perlahan-lahan Azlin menanyangkan senyumannya.

Azlin membayangkan di dalam otaknya apa reaksi orang di sebalik cermin itu apabila dipandang sedemikian. Azlin ketawa.

"Oi ada bende yang lucu ke? " tanya Inspektor Razim sambil memandang ke arah cermin. Azlin tidak menjawab dan memandang ke arah Inspektor Razim semula.

"Saya akan tanya beberapa soalan. So jawab dengan relax dan tak payah fikir jawapan apa terus sahaja jawab"

"Ok soalan pertama. Kalau awak termenung bende apa yang pertama awak fikir? " tanya Inspektor Razim

"Manusia" jawab Azlin tanpa berfikir panjang. Inspektor Razim mencatat sesuatu di dalam kertas.

"Apa yang ada dalam fikiran awak ketika awak rasa marah yang teramat marah"

"Bunuh"

"Apa yang buat awak rasa nak membunuh?? " tanya Inspektor Razim seertinya dia ingin tahu apa jawapan yang diberi oleh Azlin.

"Dapat selesaikan masalah."

"Apa yang awak rasa dapat selesaikan masalah dengan membunuh? "

"Banyak pula tanya orang tua ni" Azlin rasa sudah bosan. Soalan benda yang dia tanya ni?.. Tu pun tak tahu jawapan.

"Umur saya baru 26 tahun. Jadi jawap je apa yang saya tanya. Kalau nak cepat, jawap kalau nak lama saya tak kisah. Awak tak bosan ke tatap muka saya yang hensem ni? " Keningnya sengaja diangkat dua kali dan menyedekahkan senyuman yang manisnya. Azlin mengeluh dan dia pun menjawap.

"Saya fikir tak akan ada masalah lagi yang bakal timbul selepas dia dah tak ada.. Faham???? " Inspektor Razim ketawa dan kembali mencatat.

Selalunya di dalam TV Inspektor yang menyoal terlihat garang dan bengis tetapi yang berada di hadapnnya ini seperti budak tidak siuman.

Selama di soal siasat Azlin hanya menjawab semua soalan yang di ajukan oleh Inspektor Razim. Dia tidak mahu lama-lama disitu.

"Berapa jumlah orang yang kamu bunuh? "

"Banyak" sesudah menjawab. Azlin terdiam. Soalan ini soalan perangkap. Baru Azlin tahu tujuan Inspektor Razim menyoalnya beribu soalan.

"Heheheheee kantoii. Ha berapa jumlahnya? " Inspektor Razim kembali mengangkat keningnya. Entah berapa kali Azlin mengeluh. Okey. Dia akan bagitahu semuanya. Dia tidak mahu berdalih lagi. Sampai bila dia nak simpan? Kali ini Azlin akan terima apa sahaja hukuman termasuk hukuman mati. Betul juga apa orang kata orang jahat memang patut mati supaya dunia ini aman.

"Tak nak bagi tahu ke? Kalau macam tu kita sambung esok. Berjumpa lagi la kita awak" Inspektor Razim mengemas semua kerta yang dia bawa tadi tetapi ditahan oleh Azlin.

"Ok ok saya bagitau. 11 orang temasuk lapan orang yang berada dalam gambar tu" muka Inspektor Razim berubah. Sebelas orang jumlah yang cukup besar. Sebelas nyawa melayang bergitu sahaja. Kini wajah Inspektor Razim berubah serius.

Azlin tahu inspektor Razim marah padanya. Azlin menerangkan semua perbuatannya walaupun tidak disuruh.

"Kami akan ke tempat kejadian dan kami akan uruskan segalanya esok." Inspektor Razim mengemas segala atalan dan kertasnya masuk ke dalam beg dan menuju ke arah pintu.

*
*
*
*

Azlin sedang berehat di dalam jail dipanggil oleh pengawal yang menjaga. Azlin diberitahu ada orang yang melawatnya. Azlin bangun tanpa banyak cakap. Mesti Aris tak lain tak bukan mesti dia. Azlin diiringi oleh dua polis wanita hingga ke tempat lawatan.

Buka sahaja pintu Azlin terkejut melihat ibunya berada di situ. Kakinya keras serta merta. Dia memandang wajah Fatimah yang sedang tersenyum secara paksa. Air mata Azlin terus mengalir. Ibunya tidak marah padanya tetapi senyuman yang diberi walaupun senyuman itu beransur hilang Fatimah kembali tersenyum. Fatimah menahan juga tangis dan sedihnya.

Azlin perlahan-lahan duduk di kerusi di hadapan ibunya. Fatimah ingin memeluk Azlin tetapi cermin kaca yang berada di tengah-tengah antara dia dan Azlin menghalang dia ingin memeluk anaknya itu.

"Sayang. Kamu baik-baik saja dekat sini? "

"Aris bagi tahu? " Azlin memandang matanya Fatimah seperti harimau yang mahu menekam mangsanya. Fatimah mengangguk.

Akhirnya Air matanya keluar juga. Fatimah tidak dapat menahan air matanya. Kejadian ini mengingatkan dia dengan kisah yang lalu. Situasi ini serupa ketika dia ditangkap.

Melihat Fatimah menangis Azlin cepat-cepat menunduk. Memandang ke arah yang lain. Dia tidak pernah melihat ibunya menangis seperti itu. Terasa dirinya bodoh dan patut mati.

"Akak terpaksa pergi dulu" Azlin bangun dan keluar dari bilik tetamu. Dua orang polis wanita kelang kabut mengejar Azlin dari belakang. Fatimah faham. Dia pun bergitu juga jadi sia faham..

*
*
*
*
*

Azlin kembali termenung. Dadanya bagai dihimpit dengan sesuatu. Sesak. Air mata yang sudah lama tidak keluar akhirnya keluar. Sesungguhnya dia langsung rasa tidak bersalah dengan tindakannya. Tapi apa yang buat dia kesal, ibunya tahu dia ialah pembunuh.

Azlin berfikir sejenak. Kenapa dia tidak merasa apa-apa ketika membunuh orang. Ketika memotong, menghiris,menetak dan menanam mereka.

Darah yang merah itu bagaikan air delima yang dia wajib hirup untuk kuatkan dirinya. Daging manusia sebagai sumber makanannya. Jika dia tidak dapat jiwanya kacau. Dan pelbagai benda yang tidak wujud muncul di mindanya.

Walaupun dia tahu dia ikut penyakit ibunya tetapi senarai yang berada di dalam rekod ibunya, ibunya tidak makan daging manusia. Hanya tertulis bunuh, kerat dan tanam mangsa sahaja. Nampaknya Azlin lebih teruk dari ibunya. Dia pembunuh yang digeruni dunia.

Azlin tidak mahu semua ini terjadi. Dia mahukan Kasih sayang yang dia perlu dapat dari waktu dia kecil lagi. Dia gembira bila Fatimah menjaganya. Dia tahu Fatimah ibu kandungnya. Tapi apa yang dia tidak faham kenapa ibunya tidak menjaganya dari kecil? Kenapa beri dia pada orang lain?.

Air mata tidak berhenti mengalir. Mereka yang berada di dalam lokap hanya diam memandang Azlin kemudiannya membuat hal masing-masing. Tiada siapa yang berani dekat. Mereka membiarkan Azlin layan perasaannya.

*
*
*
**
*
*
*
*

Beberapa bab lagi dan the end....

CANNIBAL (18++++) COMPLETEWhere stories live. Discover now