kehilangan

502 43 13
                                    

"Alin!!  Tolong aku Lin..  Dia orang datang cari kau. Tolong.  Kalau kau datang lambat dia orang bunuh mak dan ayah aku" Aisyah menjerit dan menangis di hujung talian. Azlin terus sedar dari tidurnya.  Sudah jam 3 pagi dikejutkan bergini.

"Siapa cari aku?  "

"Dia kata dia orang ada kaitan dengan mak dengan ayah kau.  Huhuhu tolong aku Lin". Aisyah kembali menangis.. 

"Aku tak kenal dia orang. Kau..  Kau dekat mana?? " tanya Azlin lagi.

"Woi jangan banyak tanya boleh tak?  Kalau lu tak mau kawan lu mati baik lu datang sini.  Rumah kawan lu.  Kalau lu panggil itu polis.  Wa pancung kepala kawan lu macam mana gua pancung lu punya mak sama ayah" hah!  Boleh tak jangan sebut pasal mak dan abah?  Menyampah..

"Okey aku datang"

Perjalan antara homestay dan rumah Aisyah mengambil masa selama 10 minit. Rumah mereka agak berdekatan. Azlin memarking motornya di hadapan rumah Aisyah.  Azlin turun dari motor dan menuju ke pintu masuk rumah Aisyah.

Ada seorang pakcik menghampiri Azlin.  Pak cik itu kelihatan risau. Telefon di tangannya di genggam kuat. Azlin melihat di telefon pak cik itu tertera 999 di skrin telefonnya tetapi tidak di dail.

"Adik.. Jangan masuk ada perompak dekat dalam"

"Pak cik jangan risau.  Saya nk selamatkan kawan saya.  Kalau saya tak keluar dalam masa 10 minit pak cik call polis ye." Azlin terus berlari masuk ke dalam rumah.  Pak cik itu terus mengucap berani sungguh anak muda ini.  Dia tidak berdaya menolong.  Jalan pun tidak betul. Doa sahaja yang dia mampu.

Azlin membuka pintu dia melihat mak dan ayah Aisyah duduk di atas lantai, penuh dengan luka dan darah . Masing-masing tangannya berikat dengan tali. Aisyah pula di letakkan di atas kerusi kaki dan tangannya di ikat di kerusi.  Aisyah dengan keadaan yang tidak terurus. Rambutnya serabut bajunya juga terkoyak.

"Apa yang kau buat dengan dia orang.  Dia orang tak bersalah yang salah mak dengan ayah aku.  Kau dah pancung dia orang sekarang ni kau nak kacau mereka kenapa?  Apa salah mereka!!! " Azlin menjerit semahu-mahunya.  Kenapa babitkan kawannya?  Keluarga Aisyah tidak bersalah.

"Sebelum mak dengan ayah lu mati.  Gua berapa kali telefon lu.  Tapi lu tak angkat.  Jadi mak lu bagi nombor kawan lu yang cantik ini" Lelaki itu mengusap dagu Aisyah. Aisyah mengalihkan kepalanya. Kebetulan Azlin membeli nombor telefon yang baru dan hanya Aisyah yang tahu.

"Jangan sentuh dia!!! " Ayah Aisyah menjerit. Encik Ali bagun dan meluru ke arah lelaki yang mengusik anaknya itu walaupun tanganya diikat ketat dengan kudrat yang ada dia tetap ingin menyelamatkan anaknya. Tapi dalam sekelip mata sahaja peluru pistol mendarat di dahi ayahnya.

Kami semua terkedu. Apa yang kami lihat tadi?  Kenapa ayah Aisyah terbaring di lantai?  Bukan tadi dia baru bagun dan menuju ke Aisyah untuk menyelamatkan Aisyah?  Tapi kenapa Ayah dia terbaring di sana?.

Azlin mendekati Ayah Aisyah. Azlin mengerakkan tubuh Encik Ali. Tiada respon. Azlin menggerakkan beberapa kali.  Tiada respon juga.  Azlin menangis.  Encik Ali yang sudah dianggap sebagai ayah kandungnya mati di depan mata.  Pagi itu dia menyaksikan kematian sesorang yang dia sayang.  Seseorang yang di anggap ayah kepadanya. 

"Kau asal bodoh?.  Kenapa kau bunuh dia???.  Apa salah dia?? " Azlin membentak.  Ini tak adil.  Ini salah ayah dan mak dia.  Kenapa babitkan orang lain?.

"Itu salah lu.  Lu yang buat hal lu tanggung la hahaha" kedengaran suara Aisyah memanggil nama ayahnya berulang kali.  Dia menangis semahu-mahunya.  Dia tidak dapat bergerak kaki dan tangannya terikat.

Maknya mengesot menghampiri suaminya yang tidak bernyawa. Menangis meratapi kematian suaminya.  Sungguh sadis.  Dia melihat suaminya ditembak depan matanya.

"Lepas ni kau nak bunuh siapa pula ha?. Dasar kau setan!!! " mak Aisyah menjerit seperti kerasukan. Lelaki yang tidak dikenali itu rasa rimas dan akhirnya dia membuat keputusan.  Dia menembak mak Aisyah di kepala juga. 

Darah terperecik di muka Azlin.  Azlin tergamam.  Berapa kali dia harus menyaksikannya?
Azlin bangun dan berlari ke arah lelaki itu sekali gus dia menumbuk muka lelaki itu sekuat hatinya. Terlepas pistol dari tangan lelaki itu.  Konco-konconya yang terkejut dengan tindakan Azlin,  mengacu pistol ke arah kepala Azlin.  Tapi cepat-cepat lelaki itu menahan konconya. 

"Wahh boleh tahan lorr.  Masuk gua punya geng mau?  Apa macam?"

"Sh*t you..#&%¥*¥" Azlin mengeluarkan kata-kata kesat. Konco-konconya memegang Azlin.  Azlin tidak dapat meloloskan diri. Azlin di tumbuk di perut beberapa kali. Darah terpancut keluar dari mulut. Mereka melepaskan Azlin dan Azlin terbaring lemah.  Saat lelaki itu memacukan pistul kearah Azlin. Kedengaran siren berbunyi dari luar. 

"Kau panggil polis? " kcik!  Dia manrik picu.  Tinggal menekannya sahaja dan  tamat la cerita Azlin.

"Bukan aku kau boleh cek sendiri telefon aku uhuk uhuk" aku melemparkan telefonya.  Lelaki itu memeriksa ternyata tiada sebarang call kecuali call dari Aisyah.

Pintu rumah di tendang dari luar.  Polis sudah mengepung seluruh rumah.  Mereka tidak berjaya melepaskan diri.  Akhirnya mereka semua ditangkap.  Kami berjaya di selamatkan tapi apakah daya mak dan ayah Aisyah tidak dapat diselamatkan. Mereka diangkut ke dalam ambulan.  Azlin hanya menghantar dengan pandangan sahaja.  Terima kasih  pada pak cik yang menolong. Kalau tak ada dia. Rasanya Azlin sudah mati dan tamat la cerita ini.

Pakcik itu menghampiri aku. "Kamu berani anak muda" Azlin hanya senyum kepadanya.  Selepas pakcik itu beredar Azlin memegang perutnya. Sakit dan pedih dalam masa yang sama.  Azlin di rehatkan di dalam ambulan.  Azlin melihat Aisyah termenung. Azlin menghampiri Aisyah.

"Aisyah.... "

"Pergi" Aisyah menghalaunya. Azlin kelihatan terpinga-pinga.

"Kenap.... "

"PERGI AKU KATA! " Aisyah menjerit.  Semua orang yang berada di situ memandang kami berdua. Azlin terkedu.

"SEBABKAN KELUARGA KAU!  KELUARGA AKU YANG DAPAT MUSIBAH.  AKU BENCI KAU.  JANGAN KAU DATANG JUMPA AKU LAGI.  AKU TAK NAK JUMPA KAU.  SAMPAI MATI AKU TAK AKAN MAAFKAN KAU". Aisyah berusaha mejauhkan diri dari Azlin. Dia keluar dari ambulan . Semua di situ mengejar Aisyah.  Tiada siapa pun yang menjaga Azlin saat ini. Azlin sebak.  Sampai macam tu sekali Aisyah membenci dia?

Azlin keluar dari ambulan dan meloloskan diri.  Dia tidak mahu ada kaitan dengan mereka lagi.  Dia pasrah. Hatinya sudah hancur. Kosong. Orang yang paling dia percaya sudah membencinya.

Pada malam itu, Azlin menghilangkan diri dalam kepekatan malam dalam keadaan yang sakit. Entah apa yang ada diluar sana Azlin redah sahaja.  Dia tiada sesiapa lagi di dunia ini.  Semua benci dia bahkan tuhan punn membenci dia.  Kali ini dia tidk mempunyai sesiapa.  Dia rasa kehilangan. 




CANNIBAL (18++++) COMPLETEWhere stories live. Discover now