Tujuh tahun sudah berlalu. Azlin di bebaskan atas dasar menunjuk sikap yang baik dan tiada tanda-tanda penyakit yang muncul.
Azlin diambil sebagai anak angkat kepada Puan Anita tanpa pengetahuan sesiapa kecuali Fatimah .
Fatimah menyerahkan Azlin kepada Puan Anita kerana dia tahu Azlin benci dirinya. Dia faham kerana dahulu dia pun bergitu.
"Azlin jom masuk " Azlin bagun dari kerusi yang berada di halaman depan rumah dan menuju ke pintu utama. Sepanjang dia duduk bersama dengan Anita ,dia jarang bercakap dan asyik termenung tak lupa juga dia bagai terkurung di sana. Kemana sahaja dia mahu pergi Anita melarangnya. Kalau di hospital dia ada ramai kawan untuk bermain . Tapi sekarang....
"Assalamualaikum" Anita dan Azlin memaling mukanya ke arah suara tersebut ternyata ianya Fatimah. Melihat sahaja Fatimah, Azlin terus berlari ke arah Fatimah dan memeluknya. Fatimah merasa terkilan.
"Mak. Akak nak ikut mak balik" Azlin menangis dan memeluk Fatimah dengan lebih erat. Fatimah membalas. Selalunya bila Fatimah melawatnya, Azlin selalu menghilangkan diri. Tapi harini tak sangka dia disambut baik oleh anaknya.
"Tak boleh" Anita menarik badan Azlin yang melekat di badan Fatimah. Azlin terdorong ke belakang.
"Tak boleh. Kamu tahu kan akibatnya? " Anita memandang Azlin. Pandangannya terlihat sangat marah. Niatnya bukan ingin memisahkan ibu dan anak tetapi memisahkan penyakit yang berada di badan mereka. Hanya itu sahaja jalannya.
"Pergi masuk dalam" arah Anita. Anita menolak Azlin sehingga masuk ke dalam rumah. Anita kembali menghadap Fatimah.
"Tak perlu berkasar" suara Fatimah agak sedikit keras.
"Maaf. Saya tak bermaksud ingin berkasar. Tindakan saya di luar kawalan" Anita merasa bersalah pula. Dia tidak pernah berbuat bergitu kepada Azlin.
"Saya datang ni nak serahkan hadiah ni dekat dia. Hari ni hari jadi dia" Fatimah menghulurkan bungkusan hadiah kepada Anita.
"Lepas ni jangan datang ke sini lagi"
*
*
*
*Seharian Azlin tidak keluar dari bilik. Pintu di kunci rapat dari dalam. Berkali-kali Anita memujuk Azlin tapi tidak diendahnya.
"Maafkan ibu. Ibu tak sengaja buat Azlin sakit. Ibu terpaksa jika tidak penyakit kamu akan muncul semula dan jika kamu tertangkap kamu akan dikenakan hukuman gantung sampai mati. Kamu nak ke? "
"Selama tujuh tahun kamu kamu di sana dan kamu dibebaskan kerana tidak ada sebarang pentanda dan pulih sepenuhnya. Tapi Itu bukan bukti yang kamu betul-betul sembuh." semasa Azlin berada di hospital , ramai doktor dari hospital lain mengkaji penyakit Azlin.
Azlin umpama bahan experimen bagi mereka. Azlin dianalisi dan melalui ujian setiap hari bagi mengesan penyebab penyakit.. Apabila sudah mencecah lima tahun Azlin menunjukkan tanda yang dia sudah normal dan terlepas tali gantung. Dan dua tahun kemudian Azlin dibebaskan dan di jaga oleh Anita tanpa pengetahuan sesiapa bagi mengelak masalah berlaku.
Anita mengeluh. Ini kali pertama Azlin membuat perangai sebergini..
"Ibu letak hadiah ni dekat sini ye sayang. Mak kamu yang beri. Selamat hari jadi " Anita meletakkan hadiah itu di hadapan pintu dan ingin beredar..
"Sayang buat apa dekat depan bilik budak ini?" tanya suami Anita iaitu Encik Yazid.
"Sayang bagi hadiah ni. Hari ini hari jadi dia"
"Dia bukan anak kita. Kenapa awak beria -ria jaga dia macam dia tu anak kita? "
"Shh apa abang ni. Dengar dia nanti. " Anita risau jika Azlin dengar perbualan mereka. Naya nanti
"Huh biar je la. Semak je dia dalam rumah ni. Sudah lah sakit mental" Anita segera menarik suaminya pergi jauh dari bilik itu.
Tidak lama selepas itu, Azlin membuka pintu dengan perlahan-lahan dan mengambil hadiah tersebut.
Azlin kembali ke katil
Terdapat dua bungkusan dan dia segera membuka Fatimah punya. Riak mukanya kelihatan gembira walaupun matanya sedang mengalirkan air mata.Dengan berhati hati dia membuka bungkusan ibunya itu. Senyumannya hingga ke telinga. Gembira barangkali.
Tudung berwarna hitam itu dipeluknya. Ya, ini tudung yang dibeli oleh Aris ketika dia sesat di dalam hutan.
"Aku nak balik.... Jumpa mak, jumpa Aris. "
*
*
*
*Anita bagun dari tidurnya dan berlajan ke dapur. Tekaknya tiba-tiba kering membuatkan dia terjaga tengah malam.
Dalam keadaan mamai dia terserempak dengan Azlin yang berada di dapur. Di tangannya ada sebuah beg dan dia berpakaian lengkap seperti mahu pergi ke suatu tempat.
"Apa yang kamu buat? " tanya Anita.
Azlin mendiamkan dirinya. Dia tidak sangka akan terserempak dengan Anita. Selalunya Anita tidak berjaga waktu malam.
"Apa yang kamu buat??? !" kaliini suara Anita meninggi. Anita menarik beg yang di pegang Azlin dan membalingnya ke belakang. Anita berjalan ke arah Azlin dan mengheret Azlin ke biliknya.
"Lin nak balik rumah Lin!!!. Nak jumpa mak!!!" Azlin menangis. Dia sedaya upaya menepis tangannya apabila ditarik oleh Anita.
"Tak boleh. Nanti penyakit kamu datang lagi ."
"Penyakit! Penyakit! Penyakit!. Kalau tak sebut penyakit tu, penyakit tak kan datang lagi. Lin duduk rumah ni macam lin terkurung dalam sangkar. Tak bebas. Lin rasa terhimpit ibu" Perlahan- lahan Anita melepaskan tangan Azlin. Kasihan pula dia melihat Azlin yang menangis sebergitu.
"Bagi Lin balik" Azlin merayu.
"Maaf ibu tak boleh buat bergitu" mata Anita mula berair. Azlin mendekati Anita dan memeluk Anita.
Anita membalas. Akhirnya Azlin faham maksudnya. Tapi Anita merasakan sesuatu yang asing. Perutnya sakit seperti ditusuk sesuatu. Dia menolak perlahan badan Azlin dan melihat pisau sudah menusuk perutnya. Anita rebah. Darahnya banyak mengalir ke lantai.
"Tak aku tak buat. Aku tak buat. Aku tak buat . Aku tak buat. Aku tak buat" Azlin memegang kepalanya.
"T-tak apa L-lin. Lin am..amm..mbil te..tele.. Fon tu. Ibu na.. Nak call a... Ayah" Anita ingin menelefon suaminya, Encik Yazid yang baru sahaja keluar apabila terima panggilan dari tempat kerjanya.
"Ibu nak buat apa?? " tanya Azlin. Anita tidak berdaya ingin bercakap. Badannya lemah.
"Ibu nak call polis kan?? Ha ibu? " Anita mengeleng perlahan kepalanya. Azlin melihat badan Anita yang mengeluarkan darah yang banyak itu. Sekali lagi dia memengan kepalanya. Dia tidak buat semua ni. Tak. Dia tak buat dah.
Azlin bagun dan mengambil beg yang dicampak Anita. Azlin memandang Anita kembali.
"Ibu maafkan Lin" Azlin segera melarikan diri dari rumah itu. Anita mengalirkan air matanya. Dia tahu salah dia. Dia tahun kenapa Azlin buat bergitu. Dia faham. Dia tidak sepatutnya mengongkong Azlin.
"Ib..ibu maa..aafkan Li..in"
*
*
*
**
Hampir sebulan ke saya tak update??? Huhuhuhuhu
YOU ARE READING
CANNIBAL (18++++) COMPLETE
Mystery / ThrillerCOMPLETE!!!!! LET'S HIT THE VOTE.. N thank you. WARNING!!!! 18 tahun keatas. Jika ada sesuatu yang berlaku author tidak bertanggungjawab. Diberi maklum bahawa kandungan di dalam cerita ini tidak seharusnya dibaca dibawah umur 18 tahun. Ia menga...