mesti hapuskan

555 42 9
                                    

Hari ini merupakan hari ketiga majlis tahlil arwah abang Aisyah. Terdapat berita tergempar iaitu penemuan tulang bahagian tangan arwah yang di balut dengan plastik hitam di letakkan di hadapan rumah keluarga arwah.  

Tulang itu ditemui hanya tinggal rangka dan tiada isi yang terlekat di tulang berkenaan.  Ibu bapa Aisyah reda dan bersyukur kerana walaupun isi pada tulang itu tiada, anggota badan anaknya tetap lengkap.

Aisyah kelihatan murung. Satu-satunya abang kesayangannya hilang sekelip mata. Tinggal dia seorang sahaja anak kepada ibu dan bapanya.

Setelah membaca yasin mereka makan makanan yang disediakan sebelum pulang.  Azlin dan Aisyah duduk satu meja. Mereka senyap.  Masing-masing diam. Azlin tahu bahawa Aisyah memerlukan masa. 

Semasa makan. Azlin perasan ada orang memerhatinya. Di tengah orang ramai yang sedang makan Azlin memerhati sekeliling.  Tiada sebarang kecurigaan. Tiada apa yang ganjil. Azlin rasa tidak sedap hati. 

"Lin?.  Kau ok tak?  Kau cari siapa? " tanya Aisyah bila dia perasan yang Azlin seakan mencari sesuatu.

"Aku macam perasan ada orang pandang aku. Atau lebih tepat dia tengah perhatikan aku. "

"Khayalan kau saja kot.  Dah la makan je" Aisyah meneruskan makan bergitu juga Azlin. Tapi Azlin tetap rasa tidak tenang.

***

Semasa perjalan pulang ke homestay. Seseorang mengikuti Azlin dari belakang. Azlin membawa dengan laju motor yang dibawanya menuju ke suatu tempat yang pasti bukan menuju ke homestay.  Jika dia ke homestay itu akan menjerat dia,  bukan si pengikut.

Jalan yang gelap di samping  kiri dan di kanan hutan membuatkan suasan seram sejuk. Azlin memberhentikan motornya di tepi semak. Dia turun dari motor dan berlari masuk ke dalam hutan. Orang yang mengikut Azlin dari tadi turut berhenti.  Dia memasuki hutan dan tercari-cari keberadaan Azlin. 

"Mana pula budak tadi tu?.  Aku pasti sangat dia masuk ke sini" lelaki itu berpusing-pusing mencari Azlin. Dengan keadaan gelap gelita menyukarkan dia mencari Azlin. Hanya cahaya bulan yang dapat membantu dia saat ini. 

Dia melihat tepat ke suatu arah dia terlihat Azlin berdiri tidak jauh dari dia. Dia melihat Azlin memegang sesuatu yang panjang dan matanya tepat memandang ke arah orang itu. 

"Kau!  Kau kan yang letak plastik hitam depan rumah Pak Cik Ali kan?. Baik kau mengaku sekarang " lelaki itu menunding jarinya ke arah Azlin. Wajahnya kusar apa bila melihat Azlin tersenyum. Perlahan -lahan Azlin mendekati lelaki itu. Leaki itu perlahan-lahan berundur ke belakang.

Lelaki itu rasa gerun. Bodoh.  Tindakan yang bodoh bila ikut ke mana perempuan tu pergi. Dia tak sangka akan jadi bergini. Dia tidak sangka seorang perempuan akan melakukan ini.

Pada mulanya,  dia fikir orang yang meletakkan plastik hitam itu seorang lelaki.  Bila dia dapat melihat wajah orang tu rupanya perempuan.  Dia sorokkan semua itu daripada semua orang kerana dia rasa tidak pasti.  Adakah betul atau tidak yang fia nampak.

Sebentar tadi,  semasa kenduri tahlil berlangsung.  Dia perasan ada seseorang menyerupai orang yang dia nampak malam tadi. Oleh itu,  dia mengikuti gadis itu supaya tekaannya betul.  Tapi tak sangka keadaannya jadi bergini. 

"Kau dah nampak muka aku? " tanya Azlin. Lelaki itu seakan terpinga-pinga tetapi dia tetap mengangguk. Semakin lama Azlin semakin dekat dengan lelaki itu. Badan lelaki itu akhirnya tercium sebatang pokok yang berada di belakangnya itu merupakan langkahnya berhenti.. Otaknya mati. Tidak dapat berfikir lagi. Azlin berhenti betul-betul di hadap lelaki itu. Hanya dua jengkal antara dia dan lelaki itu.

"Aku tak bermaksud nak buat macam ni. Aku tak nak Aisyah tahu. Aku minta maaf" Azlin menghayunkan kayu ke arah kepala lelaki itu. Kedebuk!  Dia tergolek menyembah tanah. Kepalanya dipukul bertubi-tubi.  Darah merecik merata tempat.  habis baju kurung putihnya terkena darah. Mukanya juga terkena percikan darah.

Azlin berhenti. Dia menarik nafasnya dalam-dalam.  Kenapa lah dia harus membuat kerja seperti ini.

Dia memandang mayat lelaki itu. Makanan free ni tapi tak mengapa hari ini dia tidak mahu makan kerana baru lepas makan.  Jika dia lapar sudah tentu lelaki itu tinggal tulang. 

Azlin menuju ke motorsikalnya. Kayu yang digunakan untuk mengetuk kepala lelaki itu tadi dia bawa bersama.  Bukti kena hapuskan. Tak kira dalam bentuk apa pun. Mesti hapuskan

*
*
*
*
*
*

Sorry late.  Bnyk kerja nk dibuat.  Tak sempat nk menaip.  Idea pun kelaut. 

CANNIBAL (18++++) COMPLETEWhere stories live. Discover now