"Nah duit. Aku nak kau masak macam hari itu. Aku rasa menyampah pula nak puji kau tapi tak apa aku tahan. Makanan kau sedap. Aku nak 100 peratus macam hari itu" duit sejumlah RM 100 dilempar di lantai. Sudah jadi kebiasaan bila di lemoar ke lantai atau ke muka.
Sejujurnya Azlin tidak mengetahui pekerjaan ayah dan ibunya. Jika di tnya di dilabel penyibuk dan dia akan ditampar kerana banyak tanya. Setiap hari ibu bapanya memberi duit yang banyak. Tidak pernah diberi RM20, RM10 atau RM50. Hanya seratus ke atas. Bahagia aku. Hahahaha.
Tapi tak sebahagia Aliff. Dia dapat apa yang dia nak, dia dapat buat segalanya dengan ibu dan ayahnya. Tetapi Azlin. Makan pun tidak pernah semeja. Jika mereka makan bersama , Azlin disuruh ke bilik atau ke ruang tamu. Bila mereka sudah habis makan. Baru Azlin boleh makan, itupun tinggal sisa sahaja. Tak apa lah. Sudah biasa.
. Sejak kejadian semalam Azlin rasa bersalah jadi sebagai tanda minta maaf kepada mak dan ayahnya, Azlin membuay segala kerja rumah yang tertangguh . Semua cadar, langsir dan kain sofa dia tukar kepada yang baru.
Dia menukar cadar setiap bilik kecuali bilik mak dan ayahnya kerana mereka tidak membenarkan masuk ke bilik mereka. Tidak tahu mengapa tetapi hari ini dia akan membersihkan bilik orang tuanya. Cadar berwarna merah bercorak bunga mawar di bawa sekali dengan sarung bantal yang sama corak.
Dia membuka pintu bilik orang tuanya. Agak berserabut. Dia melihat dinding bilik, banyak gambar Aliff di tampal ke dinding. Semua gambar Aliff tiada satu pun gambarnya. Wajahnya jelas kelihatan sedih. Siapa dia bagi mereka?.
Azlin membuka cadar dan mengantinnya dengan baru. Habuk-habuk di lap sehingga bersih. Sudah mengelap dia menyapu pula seluruh kawasan bilik. Dia menyapu bawah katil. Banyak betul sampahnya.
Dia membuka almari baju. Berselerak. Dia mengeluarkan semua baju kerana mahu melipatnya. Sudah semuanya keluar dari Almari. Dia terjumpa sampul surat berwarna coklat..
Dia membuka dan periksa mana tahu ia berguna atau tidak. Sedang dia periksa dia terlihat gambar seorang wanita mendukung seorang budak perempuan. Dia meneliti gambar tersebut budak perempuan tu seakan wajahnya sewaktu kecil. Siapa pula wanita ini??. Di belakangnya ada surat yang dilipat kecil itu dibuka.
"Assalamualaikum... Saya mahu minta tolong bela anak saya. Saya tidak mampu membelanya. Jaga dia dengan baik. Beri dia makan secukupnya. Jika ada rezeki kita berjumpa. Saya akan membalas segala jasa puan/tuan jika kita ketemu. Namakan anak saya ini Nurul Azlin"
Nurul Azlin.
Nurul Azlin
Nurul Azlin
Azlin??
Aku ke yang perempuan tu maksudkan??? Air mata bercucuran. Tak sangka selama ni dia hanya anak angkat. Patut la dia dilayan sebegitu rupa. Kenapa? Kenapa ibu kandungnya tidak membela dia? Dia haus dengan kasih sayang. Haus dengan belaian .
"Mak? Kenapa mak? Kenapa?? " Azlin menjerit. Dia mengoyak kertas dan gambarnya..
Sreeeetttt sreettt !
Cebisan-cebisan kertas yang dikoyak berterabur di atas lantai. Dia menggengam gambar ibu kandungnya. Dia menjerit sepuas hatinya. Cadar yang sudah dipasang elok direntap keluar kembali. Bantal di atas katil di baling sesuka hati. Dia tifak tahan. Dia harus keluar dari rumah ini.
*
*
*
*
*
*
*
.
Azlin keluar dari rumah dalam keadaan sedih dan marah. Dia tidak mahu duduk dirumah itu lagi. Azlin membawa barangnya bersama. Dengan adanya duit pemberian "tidak ikhlas" ibunya dia menggunakannya untuk bermalam di homestay. Kebetulan kawasan rumahnya ada homestay.Malam itu, tidurnya tidak tenang. Bagai ada bermacam benda di kepalanya. Jadi dia mengambil angin diluar. Alang-alang sudah diluar dia berjalan-jalan mengambil angin. Tangannya tidak berhenti bermain pisau lipat yang dibelinya semalam semasa dia membeli barang dapur.
Perasaan sedihnya kembali. Kenapa ibu kandungnya beri dia kepada keluarga yang tidak baik? Kenapa? Kenapa Allah uji dia sebergini? Apa salah dia?. Dia berjalan ke kawasan sunyi. Agak tenang berbanding kawasan yang penuh dngan orang.
Azlin menjerit sepuas hatinya. Dia menumbuk batang pokok yang berada di hadapannya. Bertubi-tubi sehingga tanganya luka. Dia berhenti seketika ,dia melihat tanganya yang yang berluka kecil. Ouch! Sakit bodoh..
" Ah biar laa lagi sakit hati aku" Azlin mengomel seorang diri. Dia menendang batu kecil yang berada di atas jalan. Dia yang memakai serba hitam yang hampir menutup seluruh mukanya itu tidak sengaja terlanggar seorang lelaki dan sesuatu terjatuh.
"Alamak. Kek! " kek rupanya. Huh! Dia teringat ibunya pernah membelinya kek dan merainya bersama-sama. Baru dia teringat. Dulu ibunya baik terhadap dia. Sejak bila kah ibu dan bapanya berubah? Hah lupakan.
"Adik kenapa jalan terus je tak pandang depan? Kan dah terlanggar? Aduh macam mana ni? " tanya lelaki itu. Oh lupa pula tadi terlanggar orang.
"Penting sangat ke kek tu? Serius la. Kek je pun"
"Kek je pun? Hari ini hari jadi mak aku. Apa masalah kau ni? " lelaki itu melenting. Dia terus memandang terus ke mata Azlin. Azlin nampak pada matanya , mata lelaki itu penuh dengan rasa sedih dan marah.
"Kau.. Kau untung dapat mak yang menghargai kau!!! Kenapa aku tak?? KENAPA??!!! " Azlin mula menangis. Dia memegang kepalanya seperti kepalanya bakal pecah.
"Adik? Adik ok ke?. Mungkin tuhan nak uji adik" lelaki itu cuba untuk memegang bahunya tetapi di tepis
"Tuhan tak adil dengan aku!!!" Azlin berlari ke arah lelaki itu dan menikamnya di dada. Bertubi-tubi.. Dia ketawa. Dia gembira .HAHAHAHAHA mati.. Mati..
*
*
*
*
*
*Azlin akhirnya dapat tidur dengan aman. Pagi itu dia menuju ke dapur. Laparnya. Dia membuka plastik yang berada di dalam peti ais. Dia meratah mentah-mentah daging itu. Rindunya daging ni. Nom nom nom. Asyiknya dia makan sampai meleleh ke leher.
"Ahhh. Lepas rindu aku pada kau daging. Hahahah"
Azlin membersihkan diri. Bajunya yang direndam malam tadi disentel mengunakan sabun mandi. Settel. Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering. Panggilan dari Aisyah.
"Yes darling? "
"Azlin! Abang aku meninggal" meninggal?? Macam mana?
"Macam mana?? Macam mana boleh meninggal? "
"Dia kena bu.. Bunuh. Malam tadi di dijumpai mati ditikam tapi tangan kanannya hilang" Azlin terpegung. Telefon automatik terlepas dari tangannya
*
*
*
*
*
*.......
YOU ARE READING
CANNIBAL (18++++) COMPLETE
Mystery / ThrillerCOMPLETE!!!!! LET'S HIT THE VOTE.. N thank you. WARNING!!!! 18 tahun keatas. Jika ada sesuatu yang berlaku author tidak bertanggungjawab. Diberi maklum bahawa kandungan di dalam cerita ini tidak seharusnya dibaca dibawah umur 18 tahun. Ia menga...