kita bertemu lagi

379 39 86
                                    

Semalam ,   Fatimah merancang mahu menyekolahkan Azlin. Esok merupakan hari persekolahannya. Walaupun tinggal beberapa bulan sahaja Azlin tetap perlu sekolah. Azlin menolak beberapa kali kerana malas berlajat tetapi Fatimah memaksanya juga.

Azlin menyarung baju sekolah serta tudung yang berwarna putih dan kain biru tua. Kasut hitam disarungkan di kaki. Buat kali terakhir dia membetulkan tudungnya di hadapan cermin. Dia menyalam ibunya sebelum pergi. Sesudah itu dia ke perhentian bus menunggu bas yang akan bergerak seawal jam 7 pagi.

Selama lima belas minit di dalam bus akhirnya tiba. Azlin berada betul-betul di hadapan pagar sekolah. Ibunya, Fatimah sudah mendaftarnya semalam jadi hari ini dia ke sekolah berseorangan. Azlin menanyakan soalan kepada penjaga di sekolah itu di mana arah ke pejabat. Setelah mendapat jawapan Azlin terus menuju ke arah yang ditunjukan oleh penjaga tersebut.

Setelah urusan selesai, Azlin mengekori guru kelasnya ke kelas yang dia bakal masuk sebentar lagi.

"Sila masuk" Azlin hanya turuti arah cikgunya. Dia masuk dan berdiri di sebelah cikgu. Azlin hanya menunduk kerana dia berasa malu apabila diperhati oleh rakan sekelasnya.

"Perkenalkan diri lepastu awak boleh duduk di tempat kosong" Azlin mengangkatkan kepalanya. Dia memandang semua murid yang berada di hadapannya tika ini dan matanya bertembung dengan.....

"Aisyah....... "

"Ouh nama kamu Aisyah ye?. Ok sila duduk"

"Tak!  Saya Azlin. Nurul Azlin. " Cepat-cepat dia memotong percakapan gurunya. Benarkah apa yang dia lihat?  Sahabat karibnya, Aisyah. Mereka sama kelas,  sama sekolah dan tempat kosong betul-betul di hadapan Aisyahh.  Muka Aisyah juga kelihatan terkejut tetapi cepat-cepat dia menukar air mukanya. Azlin berjalan perlahan ke arah meja kemudian duduk.

Setengah jam berlalu, cikgu tiada di dalam kelas. Kerja sekolah yang diberi oleh cikgu tadi Azlin terus siapkan. Malas mahu buat di rumah. Tiba-tiba kerusinya ditendang dari belakang. Azlin nenoleh. Matanya terus bertembung mata Aisyah. Aisyah tersengih.

"Hey anak pelacur. Lama tak nampak?  Kau lari mana doh?? " selepas menanyakan soalan Aisyah gelak terbahak-bahak bersama dengan kawan-kawanya.

Azlin hanya diam dan pandang ke depan kembali . Untuk kali kedua kerusinya ditendang dari belakang.

"WOI ANAK PELACUR! AKU PANGGIL KAN?" Aisyah menjerit lalu dia bangun sambil menghentak mejanya. Semua orang di dalam kelas diam. Masing-masing buat hal sendiri dan tidak ambil tahu tetapi ada juga yang membisik sesama sendiri.

"Kalau kau orang nak tahu? Dia ni anak pelacor dan mak bapak aku mati sebab dia. Dasar anak dajal" kawan-kawan Aisyah mentertawakan Azlin. Azlin tercabar. Berani sungguh kau Aisyah!. Kelas mula kecoh dengan suara-suara yang bercakap mengenainya. Azlin bangun. Dia berdiri betul-betul di hadapan Aisyah.

"Sekurang-kurangnya...... " Azlin bertindak menyelak sedikit tudung Aisyah ke atas dan tangannya ditepis oleh Aisyah. 

"aku masih ada dara"  sambungnya. Ya.  Masa hari kejadian Aisyah diperkosa di dalam biliknya.  Air muka Aisyah terus berubah. Kawanya semua bingung tertnya-tanya apa yang dimaksudkan oleh Azlin.

Azlin duduk kembali dan meneruskan kerja sekolah. Aisyah diam tidak berkata apa. Kalau boleh dia ingin melupakan kejadian yang pahit itu. Tapi hari ini, ada yang mengungkit kisahnya hitamnya kembali . Sepanjang sesi pembelajaran dia dan Aisyah tidak bertegur sapa.

*
*
*
*
**

Sesi persekolahan tamat. Azlin menunggu di perhentian bus. Bus tiba pada pukul 2 petang dan sekarang masih 1:30 petang setengah jam lagi bus akan tiba. Sedang menunggu,  kelibat Aisyah bersama gengnya berjalan ke arah dia. Azlin perasan penampilan Aisyah kini berubah dari tudung labuh ke tudung singkat. Baju semakin ketat dan kasar.

CANNIBAL (18++++) COMPLETEWhere stories live. Discover now