Azlin bangun lebih awal dari biasa. Dia menunggu kelibat Aris keluar dari bilik. Azlin menyorok di belakang dinding bagi memastikan Aris tidak sedar akan keberadaannya. Dalam beberapa minit menunggu akhirnya Aris keluar dari bilik dengan membawa alatan untuk berburu. Azlin mengekori Aris secara senyap dari belakang.
Semalam Aris memeritahu dia ingin ke pekan membeli tudung untuk Azlin. Azlin berfikir kenapa mereka duduk di hutan sedangkan ada pekan?. Pelik. Aris meletakkan alatan memburunya di ruang tamu. Dia memandang sekeliling sekaligus membuat Azlin kembali menyorok.
"Cukup agaknya duit ni? " kata Aris sambil membelek duit sejumlah RM10. Setelah itu Aris menuju ke luar rumah di ekori Azlin dari belakang. Perjalanan ke pekan memang memenatkan . Hutan semakin tebal, jalan pun berlubang sana-sini. Aris makin laju menuju ke depan manakala Azlin tertinggal jauh di belakang.
Langkah kaki Azlin makin laju supaya dia tidak jauh dari Aris. Tiba-tiba kakinya tersadung batu dan terjatuh. Azlin mengadu kesakitan dia duduk sambil memegang kakinya. Sedang dia mengurut dia teringat tentang mimpinya yang mana Mak cik kimah tersadung kakinya di akar kayu dan di akhiri dengan santapan makan tengahharinya .
"Kau ok tak? "
Soalan yang tiba-tiba diajukan itu membuat Azlin terkejut separuh mati. Aris hanya memandang ke sisi sambil menunggu jawapan. Azlin hanya menunduk mendiamkan diri. Kaki yang sakit tadi sudah semakin pulih. Aris mencangkung di hadapan Azlin. Aris menyelak rambut yang menghalang muka Azlin ke tepi telinga Azlin. Azlin terkejut automatik dia terbagun.
"Kau dah kenapa? Gila ke apa ikut aku masuk hutan? Kalau jadi apa-apa dekat kau macam mana? " Aris memarahi Azlin. Raut muka Aris kelihatan risau.
"Aku nak ikut kau pergi pekan"
"Dah tu? Tak ada mulut nak bagi tahu? " mata Aris tepat memandang Matanya. Muka Aris yang risau membuat Azlin rasa serba salah.
"Sorry" satu perkataan sahaja yang disebut oleh Azlin. Aris malas mahu panjangkan cerita dia mengajak Azlin mengikutnya dari belakang.
20 minit perjalanan akhirnya mereka tiba di pekan yang disebutkan Aris. Pekan yang dipenuhi orang ramai dan mempunyai kedai yang banyak menjual pelbagai barangan. Kemudian kami berdua duduk di sebuah gerai makan.
"Wah Aris bawa awek ke? Selalu kau datang dengan mak kau tak pun dengan Harriz" pak Ali iaitu pemilik kedai menyapa mereka berdua atau lebih tepat mengusik mereka.
Aris hanya tersengih sesudah itu Aris memesan mee goreng dan juga teh o panas sebagai sarapan pagi. Kemudian mereka beransur pergi ke gerai lain. Azlin kelihatan gusar. Bukan ini rancangannya. Dia perlu bertindak segera agar keluarga Aris selamat.
"Kau ok tak dengan tudung ni? " Aris mengangkat tudung bawal berwarna hitam dan mempunyai manik putih di hujung kain. Tudung bawal hitam itu cuma berharga RM5. Cukup-cucuk sahaja duitnya. Mujur Pak Ali belanja mereka makan. RM5 selebihnya Aris membeli kerongsang. Anak tudung diberi percuma oleh pemilik kedai. Mereka semua ramah dengan Aris malah mereka asyik mengusik 'bila nak kawin? ' dan Aris hanya tersengih.
Hampir terlupa.. Ini kali pertama dia melihat Aris senyum dan dia tidak memakai hodie berwarna hitam yang selalu dipakainya. Azlin meneliti setiap sudut muka Aris. Hidungnya mancung, matanya sedikit sepet, anak matanya besar dan berwarna coklat gelap. Dagunya yang agak tirus sesuai dengan bentuk muka. Bibir yang kecik tetapi agak sedikit panjang, bila tersenyum gigi putihnya menyerlah.
Azlin memegang dadanya. Jantungnya berdegup dengan laju. Nafasnya naik dan turun. Adakah dia tergoda? Ah!! Azlin mengeleng beberapa kali. Tak mungkin.
"Kau tunggu sini sekejap. Aku nak pergi tandas" kata Aris dan terus berlalu pergi. Azlin hanya mengangguk. Azlin tidak pergi kemana dia hanya menunggu kelibat Aris muncul. Tapi.....
"Sekejap. Kenapa aku tunggu dia? Kau kena ikut rancangan kau Azlin" Azlin melihat sekeliling, mata Azlin berhenti ke arah pemilik kedai tudung tadi. Dia berjalan ke arah kedai itu semula.
"Mak cik saya nak tanya macam mana nak ke Bandar? Ikut arah mana? "
"Oh lalu dekat belah kanan. Adik terus je. Jauh juga laa. Kena naik kenderaan. Kenapa adik tanya? " tanya Mak cik yang menjual tudung itu.
"Saja je mak cik. Terima kasih" Azlin memandang jalan yang disebutkan oleh Mak Cik tadi. Dia harus keluar dari sini. Cepat fikir Azlin.
Azlin melihat sekeliling kembali. Mana tahu dia jumpa sesuatu yang akan membantunya. Matanya meliar meandang sana sini dan akhirnya matanya berhenti di lori yang penuh dengan barang. Pemandu lori itu mula menghidupkan enjen. Azlin berlari selaju mungkin ke arah lori dan memanjat masuk kedalamnya.
Kebetulan Aris baru muncul. Azlin melihat dari dalam lori Aris tercari-cari kelibatnya. Lori pun mula bergerak. Semakin lama semakin laju. Azlin tidak berhenti melihat Aris yang tengah mencarinya.
Kemudian mata Aris terus memandang ke arah lori yang bergerak dengan laju itu. Butang matanya apabila dia melihat Azlin berada di dalam lori tersebut. Dia berlari sekuat hatinya agar dapat mengejar lori itu.
"Azlin!!! " Aris menjerit. Tidak tahu mengapa Azlin tiba-tiba sahaja menangis. Entah mengapa dia rasa sebak. Dia melihat Aris yang masih mengejarnya dari belakang. Semakin lama semakin perlahan dia mengejar. Dan akhirnya dia berhenti. Dia membongkok sambil memegang lututnya.
"MAAFKAN AKU!! " Azlin menjerit. Azlin menangis semahu-mahunya. Ye! Dia menyesal tapi ini yang terbaik.
Bila-bila masa sahaja mereka akan menjadi santapannya. Dia tidak mahu. Mereka selamatkan dia. Tapi Azlin takut. Dia takut sangat jika dia tak boleh kawal nafsunya sebab itu dia harus lari dari situ. Tinggalkan mereka.
"Maafkan aku Aris. Aku terpaksa"
.
*
*
*
*
*
*
*
*
*Maafkan lambt updte huhuhuhu
YOU ARE READING
CANNIBAL (18++++) COMPLETE
Mystery / ThrillerCOMPLETE!!!!! LET'S HIT THE VOTE.. N thank you. WARNING!!!! 18 tahun keatas. Jika ada sesuatu yang berlaku author tidak bertanggungjawab. Diberi maklum bahawa kandungan di dalam cerita ini tidak seharusnya dibaca dibawah umur 18 tahun. Ia menga...