pengintip

567 42 23
                                    

Telefon milik Azlin berdering menandakan panggilan masuk.Azlin yang sedang masak di dapur berlari ke ruang tamu.

"Hello? "

"Hey budak kau anak Mar ke? " jawabnya di hujung talian.  serius la tak reti cakap elok-elok ke? 

"Ye saya". Walaupun Azlin sudah mengetahui kebenaran yang dia bukan anak mereka tetapi entah kenapa dia mengia kan saja.

"Hey dengar sini budak!  Mak dengan ayah lu dalam tahanan kita orang.  Kalau lu mau mak dengan ayah lu selamat.  Baik lu datang sekarang kalau tak gua bunuh dia orang"

Apa kena tangkap? Bu.. Bunuh??  Tak!  Mak,  ayah macam mana?  Oh tak tak tak tak jangan,  jangan. Jangan macam ni.. 

"Dekat mana kau orang sorok kan dia orang? Jawab!!! "

"Cis!  Tak kan tak tau..  Tempat mak dengan ayah lu kerja la.  Ayah lu kan bapak ayam,  mak lu pula pelacur. Tak kan tau. Cis lu buat lawak la"  Ap.. Apa yang aku dengar tadi??

"Tak mungkin"

"Apa  tak percaya??  Cis tak payah buat tak tahu.  Sekarang ni orang tua lu ni pinjam duit tapi tak reti mau bayar. Rm100,000 maaaa. Sudah bagi masa sebulan tak reti mau bayar juga.  Sekarang kalau tak bayar dalam masa 24 jam.  Gua pancung kepala dia orang"

"TAK!!  jangan..  Aku tak nak mati..  Lin tolong mak lin. Tolong mak. Azlin!!" Azlin mendengar maknya menjerit namanya beberapa kali.

Baru sekarang mengaku diri tu mak?  Selama ni kau tak pernah anggap aku anak kau.  Kau sibuk dengan kerja.  Kau sebuk dengan Aliff.  Kau langsung tak ambil kisah pasal aku? Baru sekarang mengaku emak?  Lawak.

"Nak pancung ae??  Go ahead " Azlin memutuskan panggilan.  Sempat juga dia mendengar maknya menjerit di hujung talian.

*
*
*
*
*

Beberapa kali juga telefonya berbunyi dia tidak menjawab.  Mesej pun dia tidak baca.  Dia tahu itu pasti orang tadi. Hari ini,  di rumah Aisyah mengadakan tahlil buat arwah abang Aisyah.

Azlin menyiapkan dirinya.  Baju kurung berwarna putih bercorak bunga kecil di hujung baju dan di hujung lengan. Kain bercorak batik berwarna coklat menjadi pilihan.  Tudung bawal berwarna coklat gelap di sarungkan di kepala. 

Sedikit foundation di tepekkan dimuka dan diratakan mengunakan jari sahaja. Lip stick berwarna merah jambu mewarnai bibir.  Di keningnya ditebalkan menggunakan eyebrow dan matanya dilukis dengan eyeliner .Sudah jadi kebiasaan bagi perempuan bermake up bergini.  Tidak boleh dipisahkan. 

****

Azlin tiba di rumah Aisyah.  Aisyah menjemputnya di depan rumah. Ramai orang yang menghadiri majlis tahlil. Aisyah memberi tahu bahawa abangnya tidak sepatutnya di kebumi lagi.  Anggota badannya tidak lengkap.  Tetapi ibunya tidak sanggup melihat anaknya di dalam peti yang gelap dan sejuk itu.  Biar la dia ditanam.Jika tangannya di jumpai , tanam sahaja di kubur itu. 

Kesian Aisyah macam mana nak jumpa kalau isi tangan abangnya sudah berada di dalam perutnya. Mungkin tulang tangan yang masih berada di dalam peti ais rumahnya dapat membantu Aisyah. Azlin berjanji akan memulangkannya.  Mudah-mudahan.

Sebelum di kafankan,  keluarga arwah mencium arwah buat kali terakhir.  Azlin menatap muka arwah.  Betul la , orang ini yang dia bunuh semalam.  Azlin rasa menyesal.  Kenapa bukan orang lain.  Kenapa abang Aisyah juga!.  Azlin mengalir air mata lagi-lagi bila ternampak Aisyah yang memeluk abangnya dan menangis meratapi pemergian abangnya. 

Azlin yang hanya memandang terus menarik Aisyah ke dakapannya. Azlin menenangkan Aisyah.  Diusap lembut belakang Aisyah..  Jika malam semalam dia tidak berada di luar jangkaan pasti Aisyah tidak menangis seperti ini. Kesian Aisyah...  Dia pun turut menangis.

Azlin pulang ke homestay . Dia masuk ke dalam bilik. Di atas meja terletaknya telefon bimbit miliknya.  Dia membuka telefonya. Banyak panggilan yang masuk termasuk mesej.  Semuanya dari nombor yang  telefonya tadi.  Dia membuka peti mesej dan membacanya.

"Woii angkat telefon kalau lu tak mau lu punya orang tua mati"

Azlin hanya tersengih.  Dia membaca mesej seterusnya dan mesej yang lain.. Akhir sekali, dia membaca mesej yang terakhir.

"Mak dengan ayah lu sudah mampus.  Gua kasi pancung itu kepala."

Serius?  Sudah mati ke orang tua tu?  Wow.

"Bagus. Terima kasih.  Kau dah mudahkan kerja aku.  Good job"

Azlin mengeluarkan sim kad pada telefonya lalu mematahkan dan membuangnya ke dalam tong sampah.

Peti ais dibuka.  Dia mengambil tulang tangan dan dibawa ke singki.  Dia mencuci tulang itu dengan limau.  Sebelum itu sarung tangan plastik disarungkan ke tangan bagi mengelakkan cap jadi atau DNA terlekat pada tulang tersebut.  Tudungnya juga masih tidak tanggal  dari kepala. 

Setelah dicuci. Tulang itu di bungkus dengan plastik hitam.  Malam ni dia akan pulangkan. Azlin mengira jumlah jari agar tidak ada yang tertinggal.  Cukup 5 jari dia masukkan ke dalam plastik hitam yang ada tulang bahagian tangan. Dia memastikan lagi agar tiada bukti jenayah yang dia lakukan.  Azlin agak teliti orangnya. 

*******

"Aisyah.  Aku minta maaf.  Aku tak sengaja.  Ini sahaja yang aku boleh tolong" Azlin meletakkan bungkusan plastik itu di hadapan rumah Aisyah.  Azlin memandang kiri dan ke kanan terlebih dahulu.  Tiada apa-apa baru dia beredar.

Dalam masa yang sama ada seseorang mengintip tidak jauh dari rumah Aisyah.
*
*
*
*.......

CANNIBAL (18++++) COMPLETEWhere stories live. Discover now