"Pergi.. PERGIIIIIIIII.. aku dah tak nak buat semua ni.. PERGI!! " secara tiba-tiba Azlin menjerit. Dia mengelupur seorang dirinya. Mereka semua tidak berani dekat kerana meraka baru tahu jenayah yang dibuat oleh Azlin lagi hebat dari mereka.
"Lin kau tak apa-apa ke? " tanya salah seorang dari mereka.
"DIAM!!".. Azlin berhenti. Dia memandang ke arah mereka semua.
"Dia tak faham. Aku dah tak nak buat benda ni lagi. Tuuu kau orang tak nampak ke? " Azlin menunding jarinya ke arah dinding. Mereka semua melihat ke arah yang ditunjuk tetapi tiada apa di sana.
"Nampak kan? Dia kata dia ada dalam diri aku. Dia dengan aku dah sebati. Kau orang tak nampak ke? Dia warna hitam. Mata dia merah. Gigi dia tajam. Dia terapung. " mereka memandang sekali lagi tetapi mereka menggeleng tiada apa di sana.
"ARGHHHHHH" Azlin memegang kepalanya. Dia benamkan kepala di lututnya.
"Wei tak kan la polis tak perasan budak gila ni menjerit? Mana ni tak sampai-sampai. "
"Itu laa. Rimas pula aku. Hey kau nyah dari sini.. Polisss!!!! Minta tolong sangat ambil budak ni. Letak dekat lokap lain.. Serabut laa" bos mereka menghampiri Azlin. Dia menendang pinggang Azlin. Kemudiannya dia memanggil polis yang berada di luar. Sedang ralit memanggil tiba-tiba bahunya ditolak sehingga membuatkan dia terjatuh.
Azlin perlahan-lahan menghampirinya. Senyuman Azlin semakin meleret hingga ke pipi. Azlin duduk di atas badan perempuan itu. Dia memegang kolar baju.
"Aku tak kacau kau. Tapi kau yang mula dulu" sebelum Azlin mendekatkan bibirnya ke leher perempuan itu polis datang menghentikan mereka. Azlin di tarik keluar dari lokap berkenaan.
Perempuan tadi mukanya sudah pucat. Hampir sahaja dia di makan oleh Azlin. Ingatkan hanya rumor ternyata ianya benar. Saat Azlin memegang kolar bajunya, matanya sangat lain dari kebiasaann terlalu ngeri.
*
*
*
*
*
*
*Azlin diletakkan di sebuah tempat yang dia tahu ianya bukan lokap tetapi bilik yang penuh dengan bunga berwarna putih dan merah. Kelibat seorang wanita tua masuk ke dalam dan duduk dihadapan Azlin. Soal siasat lagi kah?
"Assalamualaikum. Saya Anita panggil Puan Anita. " puan Anita tersenyum riang apabila memperkenalkan dirinya kepada Azlin.
"Panggil mak cik boleh tak?" tanya Azlin. Terasa sedikit hati Puan Anita apabila dicakap bergitu.
"Suka hati anak muda. Jadi kamu tahu kenapa di panggil di sini? "
"Nak soal saya lagi ke? Bukan sudah ke haritu dengan Inspektor Zahim" kata Azlin.
"Inspektor Razim bukan Zahim. Okey haritu Razim bagi kamu soalan . Kamu ada fikir tak soalan itu sebenarnya soalan apa? " tanya Puan Anita. Azlin mengeleng. Mahu sahaja dia menjawab soalan bodoh tetapi mulutnya segera di kunci.
"Itu merupakan soalan psychologi yang mana fikiran manusia biasa dan fikiran psychopath ini berbeza. Ternyata fikiran adik cenderung kepada psychopath. " Puan Anita mengeluarkan beberapa keping kertas.
"Soalan yang ditujukan apakah yang ada dalam fikiran saat termenung? Jawapan adik manusia. Jadi manusia tergolong daripada fikiran psychopath. Dan adik beritahu bahawa bunuh merupakan satu cara penyelesaian masalah." Azlin hanya mendengar. Walaupun dia agak tidak faham dengan apa yang Puan Anita ini terangkan dia hanya mendengar sahaja.
"Saya akan tanya beberapa soalan jika kamu tidak kisah" Azlin hanya menganggukan kepalanya. Kalau tak nak pun dipaksa nanti baik angguk sahaja.
"Jiran kamu merupakan seorang datuk. Ketika dia muda dahulu dia merupakan seorang askar dan pernah berperang. Kecelakaan apakah yang dia hadapi ketika berperang?"
"Mata sebelah dia buta, tangan hancur dan kaki terputus" Azlin memberi jawapan tanpa berfikir panjang. Puan Anita menganggukkan kepalanya tanda memahami apa yang di sampaikan oleh Azlin.
"Seterusnya, saat kamu berada di rumah. Rumah kamu di tingkat 7. Kamu keluar dan menghirup udara di balkoni. Tiba-tiba kamu ternampak pembunuhan berlaku . Dan kamu bertentangan mata dengan pembunuh itu. Kemudian tanganya perlahan-lahan menunjuk dari bawah dan ke atas sehingga jarinya dituju ke arah kamu . Kamu fikir apa yang dia lakukan? ".
"Next target?? " Puan Anita rasa sedikit pelik kerana ini ialah jawapan orang normal.
"Okey baik lah" belum sempat dia menulis di atas kertas Azlin menghentikan.
"Saya rasa dia kira tingkat berapa saya tinggal. Sebab saya kata next target kerana saya nampak pembunuhan tu jadi saya boleh jadi saksi pembunuhan. Disebabkan dia tak nak itu berlaku jadi saya mangsa seterusnya. " Azlin menerangkan apa yang dalam fikirannya. Jawapan Azlin mengejutkan Puan Anita. Puan Anita segera mencatat.
"Soalan terakhir. Jika saya suruh adik pilih antara dua warna ini adik pilih yang mana? " Puan Anita mengambil bunga yang berada di pasu atas meja. Dia meletakkan dua bunga yang berlainan warna iaitu warna putih dan merah darah di hadapan Azlin. Azlin terus mengambil bunga berwarna putih. Puan Anita mengangguk dan meletakkan kembali bunga warna merah tersebut di dalan pasu.
"Saya hadiahkan pada kamu" terbit sedikit senyuman bahagia pada bibir Azlin. Nampaknya Azlin suka dengan bunga itu.
" Selama ni adik ada rasa tekanan perasaan ke apa-apa yang membuat adik jadi seperti ini?. Ada benda yang menganggu? Atau ada sesuatu yang menyuruh? " Puan Anita tahu mesti ada sesuatu yang disembunyikan okeh Azlin.
Dia dikhabarkan Azlin ini makan daging manusia. Dan ini merupakan pesakit pertamanya yang memakan daging manusia. Oh bukan, ini kali kedua. Kali pertama dia rasa takut bila berdepan dengan cannibal kerana fikirannya pesakit itu seorang yang bengis dan asyik mahukan darah sahaja tetapi lain, pesakitmya seorang yang senyap mukanya terlihat baik.
"Huh.. Ada benda berwarna hitam ada tanduk. Matanya merah dan dia bukan manusia. Dia asyik cakap dekat saya bunuh sahaja orang itu lepasni tak ada siapa yang kacau. Mulanya saya taknak buat tapi bila mereka kacau saya lagi dan lagi. Saya buat keputusan untuk membunuh dan benar katanya tiada lagi masalah yang timbul" Puan Anita mengangguk lagi.
"Saya lupa bila saya mula minat daging manusia. Yang saya tahu waktu perkhemahan dahulu. Saya tersesat dengan seorang kawan saya. Saya tak tahu kenapa saya terfikir nak makan dia. Sampailah saya betul-betul tidak tahan saya makan dia hidup-hidup. Masatu saya rasa bahagia dan puas sangat. " dia memandang Puan Anita sambil ketawa. Puan Anita mengalihkan pandangannya. Ye bahayaa.
"Situasi kamu ni seperti pesakit saya yang dulu. Dia baru keluar dari hospital mental 7 bulan yang lalu. Namanya Fatimah. Dia pun ada penyakit seperti kamu iaitu Wendigo Psychopath. "
Bila Azlin mendengar nama Fatimah. Dia teringat ibunya. Azlin fikir Fatimah yang disebutkan puan Anita itu ialah orang lain. Ibunya tidak makan daging manusia.
"Saya dengar cerita dia mempunyai seorang anak perempuan bernama....... " Puan Anita lupa nama anak Fatimah. Dia berusaha ingat tetapi tidak muncul di otak. Lama dia berfikir dia kemudian melihat Azlin yang sedang menunggu jawapannya.
"Mak kamu namanya apa? " tanya puan Anita.
"Fatimah" Puan Anita terkejut. Tidak sangka ini anak Fatimah. Anak pesakitnya dahulu.
"Mak kamu apa khabar? Sudah lama saya tidak jumpa dia" Azlin tidak menjawab soalan itu. Kenapa tiba-tiba menanya khabar ibunya... Sekejap... Adakah....
"Fatimah yang Mak Cik maksudkan tu mak saya? Tapi dalam rekod......."
"Kami terpaksa sembunyikan atas sebab tertentu.".
*
*
*
*
*
*Hai dan bye 😂
I think this story akan berakhir dengan sad ending.. Hmmmmmmmmmm... Or not?
YOU ARE READING
CANNIBAL (18++++) COMPLETE
Mystery / ThrillerCOMPLETE!!!!! LET'S HIT THE VOTE.. N thank you. WARNING!!!! 18 tahun keatas. Jika ada sesuatu yang berlaku author tidak bertanggungjawab. Diberi maklum bahawa kandungan di dalam cerita ini tidak seharusnya dibaca dibawah umur 18 tahun. Ia menga...