bls dendam yang tidak kesampaian?

374 38 98
                                    

Kami mengemas ruang tamu yang berantakan itu. Pasu kesayangan Fatimah hancur berderai. Sudah la rumah itu baru didudukinya beberapa bulan yang lalu sejak keluar dari hospital. Lelaki itu ialah adik lelakinya, Karim. Pada mulanya dia masuk ke dalam rumah kerana ingin meminta uang sebanyak 10 ribu ringgit. Fatimah tidak mempunyai duit sebanyak itu. Jadi Karim fikir mahu menjual Fatimah bagi  melunaskan hutangnya.

Pintu depan di ketuk beberapa kali. Azlin dan Fatimah saling berpandangan. Mereka takut jika Karim muncul lagi. Azlin mengendap dari tingkap ternyata itu ialah Aris dan Mak Cik Kimah.

Azlin membuka pintu dan terus memeluk Mak Cik Kimah. Azlin meminta maaf berkali-kali kerana rasa serba salah. Mak Cik Kimah membalas pelukan Azlin.

"Mak cik maafkan Lin. Lin tak berniat"

"Mak cik faham. Mesti ada sebab. Mak cik ajak Aris datang sini sebab rindu Lin" Azlin menangis. Air matanya di lap menggunakan ibu jari oleh Mak cik Kimah. Azlin perasan tiada kelibat Harriz di sini.

"Harriz mana?? "

"Harriz ada hal dia tak dapat datang"

Fatimah yang hanya memandang itu akhirnya menjemput mereka semua masuk. Azlin menyediakan air untuk tetamu. Fatimah rancak berborak dengan Mak cik Kimah. Entah apa yang diboraknya.  Azlin malas mahu masuk campur dia pun keluar ke halaman rumah di mana Aris berada.

"Hai" sapa Azlin

"Waalaikumussalam" balas Aris. Azlin tersengih.

"Kau tak rindu aku ke? " tanya Aris. Mata Azlin terkebil-kebil memandang Aris. Soalan tak di jangka itu keluar dari mulut Aris dengan lancar sekali.

"Armm boleh la.  Heeee ye aku rindu" Aris tersenyum. Hari ini dia tidak memakai baju hoodie yang dia selalu pakai. Hari ini dia memakai baju warna putih dan seluar jeans hitam. Uish hensem la pulaa. Muka Azlin mula membahang.

"Ehemm hari ini , Aris tak pakai pula hoodie" tanya Azlin

"Panas" jawabnya sepatah.

"Ouh" Azlin mati kata. Bukan itu jawapan yang dia mahu dengar. Malaysia ni panas dan sejuk bila hujan di pagi hari. Dia sentiasa memakai hoodie di rumah dan di luar rumah tu tak panas pula??  Azlin memutuskan tidak menanyakan soalan itu lagi. Mungkin dia sudah beri jawapan muktamat.

*
*
*
*
*
*
*
Esoknya, seperti biasa dia menyiapkan sarapan pagi dan bersiap pergi ke sekolah. Hari ini Aris menawarkan diri menghantar Azlin ke sekolah.

Sepanjang perjalanan di dalam bas. Masing-masing senyap. Aris memandang ke luar tingkap. Azlin memerhati muka Aris dengan tidak sengaja dia tersenyum sendiri. Senyumannya hampir menyentuh telinga. Sedang leka tersenyum tiba-tiba Aris kalih mukanya ke arah Azlin . Cepat-cepat Azlin memandang ke arah lain. Malu barangkali.

Setelah tiba, Azlin keluar dari bas dan melambaikan tangannya pada Aris. Aris membalas dan bas pon bergerak pergi.

Di dalam kelas semua orang seakan menghindarinya. Ada yang berbisik dengan rakan sebelah meja. Azlin berjalan tanpa menghiraukan sesiapa. Dia duduk dan membuka buku untuk di baca. Belum sempat dia membuka bukunya Aisyah menarik dan menghempas buku ke bawah lantai.

"Aisyah kenapa kau buat aku macam ni ?  Apa salah aku? Mana kau yang lama?? "

"Cis..  Salah kau apa?  Mana diri aku yang lama?  Sudah -sudah la kau buat macam diri kau tu tak bersalah.  Aku jadi macam ini pun sebab kau. Dendam aku dengan kau tak habis selagi aku tak balas dendam"

"Kau nak buat apa dengan aku? "

"Hutang nyawa di balas nyawa" kata Aisyah. Dia kembali duduk di tempatnya. Azlin seperti mahu menangis. Sahabatnya kini menganggapnya musuh. Tegar nya kau Aisyah.

CANNIBAL (18++++) COMPLETEWhere stories live. Discover now