ibu kandung

418 31 14
                                    

"Woi bangun. Kau buat apa dalam lori ni ha???! "

Azlin terbangun apabila terdengar lolongan yang tidak jauh darinya. Dalam keadaan separuh sedar dia memandang sekeliling . Seorang lelaki berkepala botak bercekak pinggang sambil mata memandang tepat kearah Azlin.

"Kau ingat lori aku ni hotel ke? " Azlin hanya memandang lelaki tua berkepala botak itu membebel.

"Pak Cik saya sesat."

Lelaki itu berhenti dari membebal. Dia menanya beberapa soalan kepada Azlin. Azlin balas saja. Dan dia membuat keputusan menghantar Azlin ke balai polis terdekat. Itu sahaja yang mampu dia tolong.

Hampir 20 minit mereka berdua sudah tiba di balai polis. Setelah memberi keterangan lelaki itu tinggalkan Azlin seorang diri di balai polis berkenaan.

Azlin duduk di bangku yang disediakan dia terpandang sesuatu yang terlekat di dinding berhadapan denganya ada sekeping poster yang tertampal disitu. Di dalam poster tersebut terdapat gambarnya bersama tulisan 'MISSING' di poster berkenaan.. Rupanya mereka mencari dia selama ini.

"Kami dapat panggilan dari penjaga kamu. Mereka akan datang sebentar nanti" kata salah seorang anggota polis berkenaan.

Penjaga? Dia masih mempunyai penjagakah? Bukan semuanya sudah mati?.

Hampir setengah jam menunggu, Azlin melihat kelibat seorang wanita memasuki ke dalam balai polis dalam keadaan tergesa-gesa. Polis itu menunding jari kearah Azlin dan automatik wanita itu memandang ke arahnya.

Wanita itu berlari dan memeluknya. Azlin pantas menolak kuat badan wanita itu sehingga wanita itu terjatuh. Para polis yang berada di situ segera membantu wanita itu bangun.

"Cik tak boleh berkasar dekat sini" polis itu memberi amaran. Azlin memandang wanita yang berada di hadapannya. Mata wanita itu penuh harapan. Harapan?

"Anakku" katanya.

Tiba-tiba Azlin teringat tentang gambar yang dia jumpa di dalam bilik ibu bapa angkatnya. Ye! Gambar itu. Perempuan ini adalah ibunya.

"Tak! Tak mungkin!!!! " Azlin ingin berlari keluar dari balai polis tetapi ditahan oleh polis yang berdekatan.

"Tak! Aku tak ada mak. Mak aku dah mati. Mati tahu tak??? Aku tak ada mak!!!! " Azlin mengamuk. Hampir sahaja terlerai tanganya dari peganggan polis.

"Ini mak sayang. Mak minta maaf. Mak tak bermaksud nak buat macam tu dekat kamu. Maafkan mak"

"Kau tahu tak? Aku kena dera? Aku tak di bagi makan? Kau tak tahu kan? Kenapa tak bunuh je aku waktu aku lahir? Aku tak nak hidup dengan keluarga tu!!"

"Maafkan mak Azlin" wanita itu memeluk Azlin. Perlahan-lahan Azlin mula bertenang. Dia membiarkan wanita itu memeluknya. Dia tidak lagi memberontak. Dia hanya diam sambil dipeluk wanita itu. Badan Azlin diusap beberapa kali. Keadaan di balai polis menjadi sunyi. Hanya tangisan Azlin dan wanita itu.

"Kenapa... Kenapa mak lambat? " tanya Azlin.

"Maafkan mak sayang. Mak akan jaga kamu" Azlin membalas pelukan ibunya. Di hujung sudut di balai polis itu terlihat susuk hitam yang sedang memandang ke arahnya. Setelah ia hilang, Azlin pun pengsan.

*
*
*
*
*
*

Sorry late again. Maybe cerita ni akan jadi slow update. Maybe ok.

Kepada yg beragama islam.  Selamat menyambut hari raya AidilAdha

CANNIBAL (18++++) COMPLETEWhere stories live. Discover now