Malam tadi, Azlin tidur di bilik bersama wanita tua itu. Bilik yang agak kecil dan terlihat sangat kemas walaupun keadaan bilik itu usang. Kami tidur di atas lantai berlapikkan tilam yang agak lusuh. Azlin berfikir tempat apakah ini? Dia tidak pernah melihat dunia luar semenjak semalam. Hutankah? Atau mereka semua bunian. Dia terperangkap di dunia bunian? Ah! Apa yang engkau merepek ni Azlin.
Pagi itu, Azlin bangun. Dia melihat wanita tua itu masih nyenyak tidur. Azlin perlahan-lahan bangun dan mengemaskan tempat tidurnya takut wanita tua itu bangun. Dia melihat jam di dinding sudah pukul 6 pagi. Dia menuju ke dapur. Dia membuka peti ais tiada makanan. Kosong. Kabinet pun sama tiada makanan. Aik? Semalam bukan main lagi makanan meriah hari ini tiada langsung.
Azlin menuju ke ruang tamu dia tidak tahu mahu membuat apa. Sedang mengelamun dia terfikir bukankah sepatutnya sekarang ni masa yang sesuai untuk melarikan diri? Buat apa tunggu lagi? Pintu depan mata. Azlin berlari ke arah pintu.
Belum sempat Azlin memegang tombol pintu, pintu itu terbuka dengan sendiri. Jelas terlihat sosok tubuh seorang lelaki memikul sesuatu di bahunya. Azlin jatuh terduduk terkejut barangkali.
"Kau nak pergi mana? " tanya Aris. Badannya masih tersarung hodie berwarna hitam. Dalam keadaan gelap Azlin dapat rasa mata Aris memandang tepat kearahnya.
Azlin mendiamkan diri. Dia takut. Takut untuk bersuara. Ini kali pertamanya dia tidak dapat berlawan mata dengan seseorang kecuali ibu dan ayah angkatnya.
"Kalau kau nak lari. Lari lah. Kalau jadi apa-apa dekat luar sana aku tak akan tolong. Biar kau kena baham dengan harimau" Aris jalan melepasi Azlin. Pintu di biar terbuka. Dia tidak kenal dengan tempat ini. Jika dia keluar pun belum tentu dia akan selamat. Jujur dia tidak takut dibaham harimau kerana dia pun sudah seperti harimau. Harimau yang membaham manusia.
Azlin menutup pintu dan menguncinya. Dia menuju ke dapur. Dia melihat Aris sedang melapah daging rusa yang di bawanya tadi. Mak Aris ada beritahunya bahawa Aris suka berburu untuk makan tengahhari dan malam.
Aris berhenti dari melapah. Dia memandang ke belakang. Terlihat jelas senyuman pada bibirnya di sebalik hodie yang di pakai di kepala.
"Tak jadi lari ke? " bunyinya seakan perli.
"Aris buat apa? " Azlin tidak menjawab malah dia menanya. Azlin menghampiri Aris. Azlin mendekatkan badannya ke badan Aris supaya dia dapat melihat apa yang Aris sedang buat.
Aris merasakan badannya disentuh sesuatu. Dia memandang ke kiri. Muka Azlin betul-betul di sebelahnya. Dia terberundur ke belakang. Pisau yang dia pegang terhiris tangannya sendiri. Darah mengalir dengan banyak. Azlin melihat darah yang keluar itu. Warna merah yang kehitam itu sungguh menggodakan .Dia menelan air liur. Dia berjalan perlahan-lahan menghampiri Aris. Aris yang sedang memegang tangannya terkejut melihat Azlin yang semakin dekat.
"Tak. Tak apa sikit je ni. Aku pergi bilik sekejap" Aris terus berlari ke biliknya.
Azlin tersedar. Perasaan itu datang kembali. Bukan perasaan tapi nafsu. Nafsu makan. Dadanya naik turun. Azlin tidak keruan.
Tak. Tak!!! . Dia tak patut buat macam tu dekat sini. Dia orang semua telah menyelamatkan kau Azlin. Azlin mengigatkan diri sendiri supaya dapat mengawal nafsunya di sini. Azlin menampar dirinya sendiri.
Azlin terpandang cecair merah di atas lantai. Azlin mengambil kain lap yang berada di atas meja dengan tujuan ingin membersihkan darah Aris. Azlin mencangkung. Kain yang di ambil tadi di lap ke darah yang berada di atas lantai itu. Tetapi tindakannya terhenti. Darah itu seperti menyerunya supaya datang dekat kepadanya. Azlin mencalit sedikit darah dan dibawa ke mulut. Dia menjilat dan menghisap. Ahhh. Sedapnya. Rindunya dia terhadap daging manusia.
Azlin calit kembali. Dia buat beberapa kali. Dia haus. Haus dengan darah. Darah berwarna merah itu sangat menggodakan. Azlin berhenti. Dia mendengar tapak kaki seseorang yang menuju ke dapur. Disebabkan rumah itu kayu agak senang dia mendengar bunyi tapak kaki. Azlin cepat-cepat membersihkan mulutnya di singki yang agak dekat dengan mengunakan mencuci pinggan. Kemudian dia mencangkung balik dan mengelap darah yang berada di atas lantai.
"Ish kenapa ni sayang? " tegur wanita itu dengan agak risau. Darah rusa atau darah apa?.
"Tadi Aris terhiris tangan dia sendiri. Saya tolong bersihkan darah ni" kata Azlin sambil tangannya asyik mengelap lantai.
"La ye ke. Sini mak cik tolong"
*
*
*
*.*Pada tengahhari itu Azlin membantu Mak cik menyediakan makanan. Setelah selesai kami semua berkumpul dan makan di satu meja. Azlin duduk di hadapan Aris. Sekejap Azlin mengintai, sekejap lagi Azlin mengitai kembali. Aris tidak senang. Makan asyik tercekik.
"Kau nak apa? " akhirnya Aris berbunyi. Dia memandang tepat ke mata Azlin. Jangan la pandang lama-lama takut turun ke hati nanti.
"Tangan Aris dah ok ke? " tanya Azlin
"Burrrrtttt" Harriz yang sedang makan tersembur bila mendengar Azlin memanggil Aris dengan nama. Aris menjeling dan dia menjawab ok kemudiannya dia menyambung makan.
"Aris tak panas ke pakai baju sejuk tu? Rasanya malaysia ni panas" Azlin bertanya lagi.
"Kau diam boleh tak. Aku nak makan ni susah tahu! " kali ini Azlin betul-betul senyap. Dia hanya makan sambil menunduk. Harriz dan Mak Cik hanya gelak melihat gelagat mereka.
*
*
*
*.*Part kli ni x best hmmmm xde idea. Maybe part akan datang penyakit Azlin akan muncul hehe~~~
YOU ARE READING
CANNIBAL (18++++) COMPLETE
Mystery / ThrillerCOMPLETE!!!!! LET'S HIT THE VOTE.. N thank you. WARNING!!!! 18 tahun keatas. Jika ada sesuatu yang berlaku author tidak bertanggungjawab. Diberi maklum bahawa kandungan di dalam cerita ini tidak seharusnya dibaca dibawah umur 18 tahun. Ia menga...