SKETSA 20: BOM!

751 75 5
                                    

TIGA lelaki sedang menaiki helikopter. Seorang daripada mereka memberitahu kepada seorang pilot.

"Saya ada sebiji botol kaca. Apa saya nak buat dengan botol ni?"

"Baling saja ke luar!" jawab pilot.

Lalu, lelaki itu terus membalingkan botolnya.

Lelaki kedua pula bertanya, "Saya pun ada sebiji botol. Apa saya nak buat dengan botol ini?"

"Buang saja ke luar!" jawab pilot.

"Saya ada sebiji bom. Apa saya nak buat dengan bom ini?" tanya lelaki ketiga.

"Buang saja ke luar!"

Apabila helikopter mendarat, mereka pun berjalan-jalan di bandar. Tiba-tiba, mereka terserempak dengan pemuda yang sedang memegang kepala sambil mengerang kesakitan.

Apabila ditanya kenapa, pemuda itu memberitahu ada sebiji botol tiba-tiba jatuh atas kepalanya.

Lorh! Mesti sakit tu.

Kemudian, mereka terserempak pula dengan seorang mak cik yang juga sedang kesakitan kerana kepalanya ditimpa sebiji botol yang jatuh dari langit.

Mereka pun jalan beberapa langkah, mereka terserempak dengan seorang lelaki tua.  Anehnya, lelaki tua itu ketawa berdekah-dekah.

Mereka pun bertanya, "kenapa ketawa sorang-sorang?"

Jadi, lelaki tua tu ceritalah...

Pagi itu, dia pergi ke kedai mamak, makan lima biji telur rebus. Tiba-tiba, perutnya memulas.

Lalu lelaki tua itu pun pergi ke belakang sebuah bangunan dan...

POMM!

Dia lepaskan angin yang begitu kuat sekali!

"Tapi kamu nak tahu, lepas saya kentut, bangunan itu terus meletup. kah kah kah!"






Sumber: https://akubudakbarubelajaq.wordpress.com/category/lawak-pecah-perut/

De Humour ✔️Where stories live. Discover now