PADA suatu hari, ada sebuah kereta yang dipandu terhuyung hayang melanggar tiang lampu dan terbalik.
Kesemua penumpangnya yang terdiri dari seorang lelaki tua, seorang wanita tua dan dua orang anak kecil luka parah tak berdaya. Hanya seekor monyet yang merupakan binatang peliharaan keluarga masih sihat tanpa sedikit lukapun
Pihak polis kebingungan melihat kejadian itu. Lalu, dia memutuskan untuk menyoal saja pada si monyet untuk memperoleh keterangan mengenai kejadian tersebut.
POLIS: Monyet... apa yang terjadi sebenarnya?
Si monyet kemudian merebahkan dirinya dalam keadaan terbalik beberapa kali.
POLIS: "Oh... kereta terbalik beberapa kali. Jadi apa yang dilakukan oleh lelaki tua itu?"
Si monyet menirukan gerakan mabuk sambil mengayakan minum arak.
POLIS: "Oh... lelaki itu sedang mabuk masa memandu. Bagaimana pulak wanita tua itu? Anak-anak juga buat apa?"
Si monyet menirukan posisi orang tidur kemudian bergerak-gerak seperti orang sedang bertengkar.
"Oh... okey. Saya dah faham. Wanita tua itu tidur dan anak-anaknya pula bertengkar dalam kereta. Kamu sendiri pula buat apa monyet?"
Si monyet kemudian menirukan gaya memandu.
Sumber: http://unclemajid.blogspot.com/2014/06/koleksi-cerita-lawak-antarabangsa.html?m=1

ANDA SEDANG MEMBACA
De Humour ✔️
Юмор[PREVIOUSLY KNOWN AS : Sketsa Lawak Malaysia] COVER BY : TBS AWARD 2020 🐣 LENGKAP 190 SKETSA LAWAK 🐣 Anda sedang sedih? Anda sedang marah? Anda sedang kebosanan? Anda rasa mahu baca cerita yang agak lain daripada yang lain? Marilah... Singgah di...