SALAH sebuah katil di dalam bilik ICU sebuah hospital ternama kerap mengalami kejadian pelik. Setiap pesakit yang ditempatkan di situ pasti akan meninggal pada satiap hari Jumaat pagi tanpa mengira umur, jantina atau tahap kesihatan mereka. Perkara ini sangat membingungkan para doktor. Lalu para doktor memutuskan untuk memantau katil tersebut.
Apabila tiba hari Jumaat yang berikutnya, beberapa doktor bersiap sedia untuk mengenal pasti penyebab kepada kematian di katil tersebut. Seorang pesakit lelaki sedang tidur di katil misteri.
Masa berputar, pukul 8 pagi, 8:30 pagi sehingga jam 9 pagi.
Tiba-tiba, pintu bilik ICU itu terbuka, kemudian masuklah Mak Cik Bedah, seorang pekerja sambilan sebagai pencuci yang hanya bertugas setiap hari Jumaat masuk mendekati katil keramat tersebut.
Lalu dia terus mencabut soket elektrik untuk alat bantuan pernafasan pesakit tersebut dan menggantikannya dengan 'plug vacum cleaner'nya.
Source: https://www.ceritalawak.com/2013/11/340-kisah-misteri-di-dalam-bilik-icu-hospital.html
YOU ARE READING
De Humour ✔️
Humor[PREVIOUSLY KNOWN AS : Sketsa Lawak Malaysia] COVER BY : TBS AWARD 2020 🐣 LENGKAP 190 SKETSA LAWAK 🐣 Anda sedang sedih? Anda sedang marah? Anda sedang kebosanan? Anda rasa mahu baca cerita yang agak lain daripada yang lain? Marilah... Singgah di...