KISAH bermula pada suatu malam, lebih kurang pukul 12 tengah malam. Ada seorang mamat ni bersama rakannya (nama terpaksa dirahsiakan) dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuala Selangor melalui Jalan Kepong.
Setibanya dia di Ijok, di kawasan perkuburan Cina dan kawasan pembakaran mayat India, tiba-tiba kereta yang dipandunya mengalami kerosakan.
Mamat ni tak dapat nak menghidupkan enjin keretanya, walaupun dicuba berulang kali. Walhal kereta tersebut baru sebulan pakai.
Mamat dan rakannya pun menolak kereta mereka ke bahu jalan dan mereka cuba mencari bantuan jika ada kenderaan yang lalu.
Malam dah gelap. Siapa nak tolong kereta rosak kat tepi jalan.
Tiba-tiba, mereka terlihat sebuah bas sekolah yang datang dari arah Kuala Selangor. Bas tersebut bergerak terlalu perlahan walhal jarak bas tersebut dengan mereka tidaklah jauh, tetapi bas tersebut tidak juga sampai-sampai.
Mereka menggigil ketakutan. Memang menggigil la. Bas tak ada pemandu. Tak ada orang langsung. Macam mana boleh gerak sendiri.
Kaki mula tak boleh bergerak. Mamat dah mula terkencing di dalam seluar. Nak lari pun tak boleh.
Kawannya pula mula terkumat-kamit membaca jampi serapah nak halau hantu. Nak cuba lari tapi tak mampu.
Mamat dah mula tercium bau macam-macam! Waktu tu Tuhan aje yang tau betapa takutnya mereka.
Bila bas tu dah semakin hampir, memang sah tak ada pemandu.
Mamat dan kawan dia dah tersandar kat kereta menanti hantu yang nak mencekik mereka.Tiba-tiba...
"Bang, boleh tolong tolak bas ni tak? Rosak la bang..."
Terdengar suara dari belakang bas, mereka ternampak dua orang lelaki India sedang menolak bas tersebut dalam keadaan yang termengah-mengah.
Source: https://www.ceritalawak.com/2014/07/871-kisah-seram-bas-tanpa-pemandu.html
YOU ARE READING
De Humour ✔️
فكاهة[PREVIOUSLY KNOWN AS : Sketsa Lawak Malaysia] COVER BY : TBS AWARD 2020 🐣 LENGKAP 190 SKETSA LAWAK 🐣 Anda sedang sedih? Anda sedang marah? Anda sedang kebosanan? Anda rasa mahu baca cerita yang agak lain daripada yang lain? Marilah... Singgah di...