PADA suatu hari, Si Tanggang pergi ke muzium pameran tengkorak. Pada waktu itu, dia melihat ada sebuah tengkorak yang amat besar.
"Mungkin orang dewasa punya tengkorak ni." Tanggang berkata dalam hatinya.
Dia pun masuk ke dalam dan melihat banyak lagi tengkorak yang berada dalam muzium itu.
"Apalah diorang ni... tak letak nama pun, entah tengkorak siapalah agaknya ni."
Tanggang pun menoleh sekeliling untuk bertanya siapakah gerangan yang empunya tengkorak itu. Tiba-tiba, dia ternampak pengawal keselamatan yang menjaga kawasan itu.
"Bang, tengkorak yang kecik ni siapa punya?" tanya Tanggang.
"Oh... yang ini tengkorak Raja Mongul," jawab pengawal keselamatan itu.
"Aik... kan yang besar kat luar tu tadi tengkorak Raja Mongul punya." Tanggang berasa keliru.
"Oh... itu tengkorak Raja Mongul masa dia dewasa. Yang ini... tengkorak masa dia kecil," jawab pengawal keselamatan dengan penuh keyakinan.
Tanggang pun berlalu dari situ sambil berkata dalam hatinya, 'Macam manalah muzium ni ambik pekerja yang macam telur separuh masak ni...."
Sumber: http://koleksiceritalucu.blogspot.com/2005/05/muzium-tengkorak.html?m=1
YOU ARE READING
De Humour ✔️
Comédie[PREVIOUSLY KNOWN AS : Sketsa Lawak Malaysia] COVER BY : TBS AWARD 2020 🐣 LENGKAP 190 SKETSA LAWAK 🐣 Anda sedang sedih? Anda sedang marah? Anda sedang kebosanan? Anda rasa mahu baca cerita yang agak lain daripada yang lain? Marilah... Singgah di...