SUATU hari, seorang juruterbang telah ditugaskan untuk membawa 30 pesakit jiwa berpindah ke satu kawasan yang baru dengan menaiki kapal terbang.
Pada keesokan hari, seperti yang dijanjikan, juruterbang itu pun membawa 30 pesakit jiwa tersebut.
29 pesakit tersebut terlalu gembira dapat menaiki kapal terbang itu. Mereka semua melompat-lompat di dalam kapal terbang itu. Bagaimanapun cuma seorang pesakit sahaja yang hanya mendiamkan diri.
Tiba-tiba, kapal terbang yang mereka semua naiki bergegar akibat 29 pesakit yg melompat-lompat itu.
Juruterbang menjadi geram akibat perbuatan 29 pesakit tadi. Dia tidak dapat mengawal kapal terbang yang bergegar itu.
Juruterbang tersebut memanggil pesakit jiwa yang pendiam lalu menyuruh pesakit itu memberitahu kawan-kawannya supaya berhenti bermain.
Lima minit kemudian, juruterbang itu mendapati kapal terbang kembali stabil.
Juruterbang memanggil sekali lagi pesakit jiwa yg pendiam itu dan bertanya, "Kenapa semuanya boleh menjadi senyap dalam sekelip mata? Apa yang kau bagitau kat kawan-kawan kau tadi?"
Pesakit itu pun manjawab, "Saya bagitau kat kawan-kawan saya kalau nak melompat-lompat pergi main kat luar. Dan... diorang pun keluar dari kapal terbang ni."
Sumber : http://kayrozz.blogspot.com/2011/10/100-koleksi-cerita-lawak-antarabangsa_09.html?m=1
![](https://img.wattpad.com/cover/182665622-288-k19786.jpg)
YOU ARE READING
De Humour ✔️
Umorismo[PREVIOUSLY KNOWN AS : Sketsa Lawak Malaysia] COVER BY : TBS AWARD 2020 🐣 LENGKAP 190 SKETSA LAWAK 🐣 Anda sedang sedih? Anda sedang marah? Anda sedang kebosanan? Anda rasa mahu baca cerita yang agak lain daripada yang lain? Marilah... Singgah di...