AJOI mendapat kerja sebagai guru sandaran di sebuah sekolah di selatan tanah air.
Selepas memperkenalkan diri, dia menyemak nama murid-murid darjah 3 Jaya dan merasa agak pelik semasa membaca nama seorang murid, iaitu W.TAUFIK WWW.
Kemudian, guru tersebut menanyakan perkara tersebut.
CIKGU AJOI: Cikgu nak tahu, siapa yang bernama W.TAUFIK WWW?
TAUFIK: Saya cikgu… (Taufik menjawab dan berdiri)
CIKGU AJOI: Taufik, saya ingin tahu nama panjang kamu apa?
TAUFIQ: Maaf, Cikgu Ajoi. Panjang sangat.
CIKGU AJOI: Takpe-takpe, Taufik. Cakap jer...
TAUFIQ: Baik cikgu. Nama penuh saya ialah…
Wabillahi TAUFIK-wal hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Cikgu Ajoi menarik nafas panjang dan terdiam.
Setelah itu, Cikgu Ajoi masuk ke darjah 1 Cemerlang dan menyemak nama murid-murid.
Mata Cikgu Ajoi tertuju pada 1 nama yang unik iaitu BKBKBDB DIAN.
Kemudian, Cikgu Ajoi menanyakan siapa muridnya yang mempunyai nama tersebut.
Berdirilah seorang murid dan menjawab, “Saya Dian, cikgu.”
Semasa Cikgu Ajoi melihat wajah murid itu seiras muka Taufik darjah 3 Raya.
CIKGU AJOI: Dian ada abang di sekolah ini?
DIAN: Ya, cikgu. Nama dia Taufiq. Abang saya darjah tiga.
CIKGU AJOI: Saya ingin tahu nama panjang Dian apa pulak?
DIAN: Baik, cikgu. Nama panjang saya ialah…
Berakit-rakit ke hulu,
Berenang-renang ke tepian, Bersakit-sakit dahulu,
Bersenang-senang kemuDIAN.Sumber: http://himpunan-lawak-aku.blogspot.com/2013/06/nama-unik.html?m=1
YOU ARE READING
De Humour ✔️
Humor[PREVIOUSLY KNOWN AS : Sketsa Lawak Malaysia] COVER BY : TBS AWARD 2020 🐣 LENGKAP 190 SKETSA LAWAK 🐣 Anda sedang sedih? Anda sedang marah? Anda sedang kebosanan? Anda rasa mahu baca cerita yang agak lain daripada yang lain? Marilah... Singgah di...