SEORANG mahasiswa sedang asyik berbicara dengan seorang pengemis tua di depan kampus UITM.
MAHASISWA : Sudah lama mengemis di sini, pak cik?
PENGEMIS : Ya... lebih kurang sudah lapan tahun, nak.
MAHASISWA : Wah! Sudah lama juga ya, pak cik. Sehari biasanya dapat berapa, pak cik?
PENGEMIS : Paling sedikit RM50, nak.
MAHASISWA : Banyak juga ya, pak cik.
PENGEMIS : Bolehlah, nak. Untuk keluarga.
MAHASISWA : Eh! Keluarga ada di mana?
PENGEMIS : Anak pak cik semuanya ada tiga orang. Yang pertama ada di Universiti Putra Malaysia di Selangor. Yang kedua ada di Universiti Utara Malaysia di Kedah dan yang ketiga di Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang.
MAHASISWA : Subhanallah! Hebat-hebat keluarga pak cik ni. Boleh tahan juga, ya. Eh! Anak pak cik tu semuanya masih kuliah?
PENGEMIS : Tak la... semuanya mengemis seperti pak cik.
Sumber : http://kayrozz.blogspot.com/2011/10/100-koleksi-cerita-lawak-antarabangsa_09.html?m=1

YOU ARE READING
De Humour ✔️
Humor[PREVIOUSLY KNOWN AS : Sketsa Lawak Malaysia] COVER BY : TBS AWARD 2020 🐣 LENGKAP 190 SKETSA LAWAK 🐣 Anda sedang sedih? Anda sedang marah? Anda sedang kebosanan? Anda rasa mahu baca cerita yang agak lain daripada yang lain? Marilah... Singgah di...