SKETSA 56: MAAF, TUAN!

518 49 2
                                    


KISAH ni terjadi di sebuah kem tentera. Sepasukan penembak tepat sedang berlatih di lapang sasar. Salah seorang dari ahli pasukan tersebut, ada la seorang penembak yang paling lemah. Dari 10 tembakan yang dibuat, sekali pun tak kena sasaran.

"Satu pun tak kena? Argh! Tension aku. Apa nak jadi dengan kau ni?" sergah kapten pasukan.

"Sorry tuan! Tersasar tuan!" balas penembak tu.

"Takpe... takpe... saya akan dekatkan sikit sasaran tu ke jarak lima meter. Kalau tak kena jugak, dipersilakanlah untuk berambus!"

Tapi yang sedih, keputusannya tetap sama. Habuk pun tak kena. Dengan muka selamba, penembak tu pun meminta maaf. "Sorry tuan.  Tersasar lagi, tuan!"

Kapten yang sudah hilang kesabarannya pun menyergah, "Kalau macam ni... baik kau pergi mampus! Pergi belakang berek tu dan bedil kepala kau sekarang jugak!"

Kerana patuh dengan arahan, penembak tersebut pun pergi ke belakang berek. Kemudian terdengar bunyi tembakan dilepaskan. Seketika kemudian penembak tadi pun keluar lalu menuju ke arah tuannya.

"Sorry tuannn! Tersasar lagi, tuan!"






Sumber: http://ceritalawakje.blogspot.com/2016/07/cerita-lawak-maaf-tuan.html?m=1

De Humour ✔️Where stories live. Discover now