SEORANG ayah memanggil anak gadisnya masuk ke dalam bilik.
AYAH: Bedah, mai sini sat. Ayah nak tunjuk sesuatu ni.
BEDAH: Ya ayah. Ada apa?
AYAH: Mai masuk dalam bilik. Lepas tu, tolong tutup semua tirai tingkap.
BEDAH: Apa?! (Isk... bapak aku ni lain macam je.)
AYAH: Dengar tak ayah kata?
BEDAH: Ya ayah. Bedah dengar... cuma Bedah tak percaya apa yang ayah kata ni.
AYAH: Betul. Ayah suruh hang masuk dalam bilik lepas tu tutup semua tingkap.
Bedah pun dalam ragu-ragu itu, dia ikut juga apa yang ayah dia suruh. Sambil itu, dia berfikir apa la ayah dia nak buat. Dahlah dekat rumah.
AYAH: Okey... mai duduk sebelah ayah.
BEDAH: Eh! Ayah, Bedah kena keluar dari bilik ni. Sat lagi mak balik. Habis la.
AYAH: Tak payah risau. Mai duduk sini cepat! Jangan bagi ayah berkasar.
Bedah pun terpaksalah duduk. Dalam hati dia, tak boleh cakaplah... memang berdebar gilerlah. Dalam kepalanya, sudah terbayang apa bakal terjadi kepada dia nanti.
AYAH: Cantik! Yiha! Astalavista, bebeh! Okey, mai masuk dalam selimut ayah pulak.
BEDAH: Apa?!
AYAH: Masuk la cepat! Dok cakap banyak pulak. Ayah ikat mulut tu karang.
BEDAH: Bapak... Bedah takut la. (nak nangis)
AYAH: Bedah, tengok ni....
Bedah tak sanggup nak tengok. Dia memejamkan matanya. Dia tahu ayahnya sedang buang tebiat. Ayah dia dah gila!
Akhirnya, Bedah membukakan matanya sedikit.
AYAH: Cantik tak jam G-Shock baru ayah ni? Ada cahaya bila gelap. Mahal ni! Dah! Pergi keluar.
Sumber: http://apithorrible.blogspot.com/2009/06/cerita-lawak-bodohgelak-dalam-ati-jeh.html?m=1
YOU ARE READING
De Humour ✔️
Hài hước[PREVIOUSLY KNOWN AS : Sketsa Lawak Malaysia] COVER BY : TBS AWARD 2020 🐣 LENGKAP 190 SKETSA LAWAK 🐣 Anda sedang sedih? Anda sedang marah? Anda sedang kebosanan? Anda rasa mahu baca cerita yang agak lain daripada yang lain? Marilah... Singgah di...