ADA satu malam, Valerie balik dari tusyen tetapi dia kena naik bas. Leceh betul, dah la ngantuk!
Biasanye pakwe Valerie yang jemput tapi dia ada hal pula hari tu.
Jadi, dengan perasaan yang bosan gila, terpaksalah Valerie menapak ke bus stop berhampiran. Masa tu lebih kurang pukul 11 malam. Orang lain tak ada, Valerie seorang saja di situ. Takut juga tau!
Dari jauh, Valerie ternampak sebuah bas yang bergerak slow motion macam orang jalan kaki lenggang kangkung saja lagaknya.
Malas pula Valerie nak fikir sebabnya, yang penting dia nak cepat sampai rumah. Valerie pun tahanlah bas itu tapi bas itu tak nak berhenti. Valerie tak kira. Dia terus saja melompat naik ke dalam bas tu.
Yang peliknya, kenapa lampu-lampu bas ni baik di luar tetapi di dalam tak menyala pula?
Valerie melihat tak ada penumpang lain, dia terus duduk di kerusi belakang sekali. Baru Velerie perasan yang bas tu bergerak tanpa drebarnya.
Alamak! konduktor pun tak ada juga. Maknanya, tak ada sesiapa dalam bas tu melainkan Valerie sahaja. Apalagi Valerie rasa seram sejuk. Peluh jantan mula memercik dan nyawa rasa nak melayang. Seram sungguh rasanya.
Dalam masa yang sama, Valerie terdengar pula bunyi orang bernafas kuat? Menggerunkan sungguh jiwa dan raga Valerie.
Adakah bas ni dibawa oleh Han?
Adakah kondukturnya Tu?
Adakah?
Adakah?
Argh!
Seramnya! Ngerinya! Takutnya! Sadisnya! Kejamnya!
"Tolong! Tolong!" Valerie melontarkan segala suara yang ada.
"Hoh! Apasal terpekik-pekik ni?" sergah satu suara dari blakang bas.
Alahai... siapa pulak tu?
Valerie memberanikan diri menoleh.Ceh! Rupa-rupanya drebar dengan konduktor tengah tolak bas. Enjin bas rosak. Patut la slow aje. Patut pun tak ada drebarnya. Patut sangat la pun Valerie rasa tertipu.
Source: https://www.ceritalawak.com/2014/04/712-balik-dari-tuisen-kena-naik-bas.html
YOU ARE READING
De Humour ✔️
Humor[PREVIOUSLY KNOWN AS : Sketsa Lawak Malaysia] COVER BY : TBS AWARD 2020 🐣 LENGKAP 190 SKETSA LAWAK 🐣 Anda sedang sedih? Anda sedang marah? Anda sedang kebosanan? Anda rasa mahu baca cerita yang agak lain daripada yang lain? Marilah... Singgah di...