SKETSA 31: TIGA PERMINTAAN

635 63 5
                                    

DALAM sebuah hutan ada seekor
badak sumbu dan seekor monyet. Mereka ni memang tak pernah baik, selalu je bertengkar.

Pada suatu hari, mereka terjumpa sebuah pelita ajaib.

Dipendekkan cerita, badak sumbu dan monyet terus menggosok pelita ajaib tersebut lalu keluarlah seekor jin.

Jin itu setuju untuk mengabulkan tiga permintaan bagi
kedua-dua binatang itu.






Permintaan pertama badak: Saya mau semua badak sumbu di dalam hutan ini adalah betina kecuali
saya. Hehehe...

Permintaan pertama monyet: Saya mau sebuah motor
Harley Davidson.







Jin itu mengerlipkan matanya.

Bling...

Semua badak lain di
situ berubah menjadi betina. Ada sebuah Harley
Davidson
1300cc yang berwarna hitam.







Permintaan kedua badak: Saya mahu semua badak
sumbu kat negeri Pahang ni betina kecuali
saya. Hehehe...

Permintaan kedua monyet: Saya mahu jaket kulit
hitam dengan helmet Shoei








Jin tu kelip mata lagi.

Bling...

Semua badak di Pahang sudah jadi betina dan monyet tu pun
dapat barang- barang 'mat motornya' tu.

Selepas itu,  jin berkata, "Ini permintaan terakhir kamu.
Fikirlah dengan baik-baik."

Badak tu fikir sejenak selepas itu lalu berkata, "Saya mahu semua badak sumbu kat Malaysia ni betina yang cun melencun giler... kecuali saya".

Jin tu pun mengerlipkan matanya

Bling...

Maka tinggallah badak itu yang satu-satunya badak jantan
satu Malaya nih...

"Hah... monyet. Awak nak apa pulak? kasut boot kulit ke?" tanya jin.

Monyet tu memakai helmetnya dan naik atas motor Harleynya. Dia mengestart enjin, kemudian melihat pada badak yang tersengih lebar.

"Saya mahu badak itu jadi gay."

Jin tu pun mengerlipkan matanya.

Bling....

Maka meraunglah badak sumbu tu.

Semua badak sumbu kat Malaysia ni dah jadi betina...








Sumber: http://himpunan-lawak-aku.blogspot.com/2013/03/3-permintaan.html?m=1

De Humour ✔️Where stories live. Discover now