SKETSA 44: KACANG HIJAU JADI TAUGE

552 53 1
                                    

SUATU petang, datang seorang lelaki ke klinik ENT, kerana telinganya dimasuki biji kacang hijau semasa dia membeli barang dapur di pasar.








DOKTOR: Sakit apa, encik?

PESAKIT: Telinga saya dimasuki biji kacang hijau, doktor.

DOKTOR: Biar saya periksa telinga encik!







Doktor pun lalu memeriksa telinganya dan rupanya biji kacang hijau tersebut cukup susah untuk diambil malah mungkin perlu pembedahan.







DOKTOR: Ada dua cara untuk mengeluarkan biji tersebut...

PESAKIT: Apa caranya doktor?

DOKTOR: Pembedahan kecil kosnya dua ribu ringgit dan pilihan kedua pula percuma.

PESAKIT:  Mahal sangat doktor, kalau yang percuma bagaimana?

DOKTOR: Yang percuma kena sabar...

PESAKIT: Baik, saya sabar, dan bagaimana caranya...?

DOKTOR: Encik sirami telinga encik dua kali sehari dan nanti jika sudah jadi 'tauge' encik cuma perlu tarik keluar.

PESAKIT: ???





Sumber: Majalah Fokus SPM keluaran Mac 2013






Cc:dahiyah__

De Humour ✔️Where stories live. Discover now