SKETSA 15: KANTOI

1K 75 4
                                    

ALI dan Ahmad baru je bangun dari tidur selepas selesai menapak khemah semalam...

"Wah... bestnya la tidur. Sejuk giler... lapar la pulak..." kata Ahmad sambil mendepangkan tangannya. Bulu ketiak pun pon nampak...

"kau ni... tengah hari dah bising... kalau lapar makan je la Maggi tu.. aku nak sambung tidur pun tak boleh!" Ali sudah bersiap untuk tidur... ngantuk siot!

"Kau ni tidur je... tolong aku buat Maggi ni kalau kau nak makan," bebel Ahmad. Dahlah perutnya lapar. Ali dah mulalah buat perangai.

Ali tidak tahan dibebel. Jadi, dia pun bangun dari tempat pembaringannya. Mereka pun pergi ke belakang pokok pisang untuk membuat Maggi.

Kata Ahmad... kat situ nyaman... berteduh di bawah pokok pisang sambil makan Maggi... nyom...  nyom... syedapnya!

Mereka pun makan Maggi itu sampailah habis.  Ahmad terus mencampak cup tu kat sebatang pokok pisang...

"Ahmad! ambik balik cup tu. Atok aku kata pokok pisang tu ada  penunggu!" marah Ali. Dia tak suka ada orang buat sepah kat pokok pisang ni. Bahaya!

Ahmad sudah mengekek kecil.

"Hui... takutnya aku..." ejek Ahmad sambil ketawa besar.

Tiba-tiba, lima lembaga putih datang mengelilingi mereka.

Ahmad menggeletar sampai ke lutut. Sempat lagi dia meminta ampun.

"Ampun nenek moyang! Cucu janji tak kacau lagi... Cucu tak cakap besar lagi... cucu bersihkan balik!"

"Pale hangguk kau nenek... dah-dah... ikut kami ke balai.. time bulan puasa yang mulia ni pun kau makan terang-terang gini..." tengking lembaga tu.

Kuang... kuang... kuang... orang yang pakai jubah dengan kopiah rupanya...

Padan muka diorang! Tak puasa lagi... kan dah mendapat!



Sumber: http://healthfast-sportgenerator.blogspot.com/2011/08/1-terkantoi-makan-di-bulan-puasa.html?m=1

De Humour ✔️Where stories live. Discover now