DI sebuah sekolah rendah Kampung Melaka seorang guru sedang mengajar mata pelajaran matematik.
Tiap kali dia mengajar, dia tengok salah seorang anak muridnya asyik meludah di atas tapak tangan kemudian gosok dekat kepala.
Hari-hari guru ni perhatikan tabiat anak muridnya itu, satu hari dia bertanya.
GURU: Atan! datang depan sini.
ATAN: Saya datang cikgu.
GURU: Tiap kali saya mengajar, saya lihat awak ludah di atas tapak tangan kemudian sapu dekat kepala awak. Mengapa awak buat macam tu?
ATAN: Saya tak faham matematik, cikgu! Saya buat macam ni supaya apa yang cikgu ajar senang masuk dalam otak saya.
GURU: Siapa yang ajar Atan macam tu?
ATAN: Emak saya, cikgu.
GURU: Apa yang emak cakap?
ATAN: Cikgu... bila malam saya tidur, mesti mak baca menderem kat saya... lepas tu dia ludah kepala saya, cikgu.
Sumber: http://himpunan-lawak-aku.blogspot.com/2013/02/petua.html?m=1
YOU ARE READING
De Humour ✔️
Comédie[PREVIOUSLY KNOWN AS : Sketsa Lawak Malaysia] COVER BY : TBS AWARD 2020 🐣 LENGKAP 190 SKETSA LAWAK 🐣 Anda sedang sedih? Anda sedang marah? Anda sedang kebosanan? Anda rasa mahu baca cerita yang agak lain daripada yang lain? Marilah... Singgah di...