SETELAH sekian lama di perantauan, akhirnya Rahmat pulang ke kampung untuk berjumpa dengan neneknya.
“Rahmat, nenek sudah tidak kuat lagi, nenek minta kamu sambung mengusahakan kebun nenek…” kata nenek.
“Jangan cakap macam tu, nek…” Dalam hati Rahmat merasakan tidak sia-sia dia balik ke kampung kerana neneknya akan memberikan harta pusakanya kepadanya.
“Segala isi perkebunan, ternakan, villa, traktor untuk kamu. Tolong jaga baik-baik, jangan lupa disiram tiap hari tanaman nenek,” kata nenek lagi.
“Baik nek, nenek jangan bimbang tentang hal itu… Tapi di mana kebun nenek? Rahmat tidak pernah tahu?”
“Di Facebook nenek, Farmville. Nanti nenek bagitahu passwordnya.”
SUMBER: Telegram (Channel @LawakNetizen)
YOU ARE READING
De Humour ✔️
Mizah[PREVIOUSLY KNOWN AS : Sketsa Lawak Malaysia] COVER BY : TBS AWARD 2020 🐣 LENGKAP 190 SKETSA LAWAK 🐣 Anda sedang sedih? Anda sedang marah? Anda sedang kebosanan? Anda rasa mahu baca cerita yang agak lain daripada yang lain? Marilah... Singgah di...