1. Kondominium tidak ada kena mengena dengan kondom. Tetapi di kondominium kita boleh dapat banyak kondom terpakai.
2. Aurat dan urat adalah dua benda yang berbeza. Namun begitu, apabila melihat perempuan yang mendedahkan aurat, urat lelaki akan krem di sesetengah kawasan.
3. Kuih tat enak dimakan. Tapi apabila kita makan lapan keping kuih tat, kita mungkin dituduh mencarut. Kalau tak percaya, cuba kira satu tat, dua tat, tiga tat, sampai lapan.
4. Laksamana adalah jawatan besar di dalam kesultanan Melayu Melaka. "Laksa kedah" pula adalah contoh jawapan kalau orang tanya kita, "Laksa mana ni?"
5. Barbeque adalah makanan yang enak. Namun begitu 'babi queue' haram dimakan oleh orang Islam.
6. Sesetangah orang memanggil cili sebagai cabai. Tapi kalau mulut nak kena cabai, cuba la cakap 'cibai' kat depan orang tua-tua.
7. Membuat tauhu sumbat sungguh meletihkan. Lebih letih lagi kalau orang lain hanya tahu nak sumbat je tauhu sumbat dalam mulut.
8. Si bohsia dan bojan dipandang hina oleh masyarakat. Namun begitu si boroi yang makan duit rakyat mendapat sanjungan.
9. Allahyarham P. Ramlee tak pernah dapat Lesen P sebab baru diperkenalkan. Penyanyi Pop Yeh Yeh L. Ramli mungkin pernah dapat lesen L. Tapi Allahyarham A. Ramlie tak pernah dapat lesen A sebab tak ada.
10. Ramai orang lelaki takut kalau-kalau mati pucuk. Tapi tak takut kalau-kalau mati esok.
Sumber: http://200ceritajenaka.blogspot.com/2010/09/fakta-yang-hampir-benar.html?m=0
![](https://img.wattpad.com/cover/182665622-288-k19786.jpg)
YOU ARE READING
De Humour ✔️
Humor[PREVIOUSLY KNOWN AS : Sketsa Lawak Malaysia] COVER BY : TBS AWARD 2020 🐣 LENGKAP 190 SKETSA LAWAK 🐣 Anda sedang sedih? Anda sedang marah? Anda sedang kebosanan? Anda rasa mahu baca cerita yang agak lain daripada yang lain? Marilah... Singgah di...