TERDAPAT tiga orang gila yang mengambil ujian perlepasan hospital. Lalu doktor itu bertanya kepada org gila yg pertama, "Apa yang kau mahu bawa jika berada di gurun?"
Orang gila itu menjawab, "Payung. Sebab kalau panas, saya boleh berteduh." Lalu org gila itu dilepaskan.
Doktor itu menanya soalan yang sama kepada orang gila kedua. Lalu dia menjawab, "Saya akan bawa air sebab kalau saya haus saya boleh minum." Lalu orang gila itu dilepaskan.
Doktor itu menujukan soalan yang sama kepada orang gila ketiga. Lalu dia menjawab, "Saya akan bawa pintu kereta sebab kalau panas saya boleh menurunkan cermin tingkap." Lalu orang gila itu dimasukkan kembali ke hospital.
Sumber: http://apithorrible.blogspot.com/2009/06/cerita-lawak-bodohgelak-dalam-ati-jeh.html?m=1
YOU ARE READING
De Humour ✔️
Humor[PREVIOUSLY KNOWN AS : Sketsa Lawak Malaysia] COVER BY : TBS AWARD 2020 🐣 LENGKAP 190 SKETSA LAWAK 🐣 Anda sedang sedih? Anda sedang marah? Anda sedang kebosanan? Anda rasa mahu baca cerita yang agak lain daripada yang lain? Marilah... Singgah di...