SKETSA 100: MALAS KE SEKOLAH

450 40 10
                                    

JAM sudah pun menunjukkan pukul tujuh pagi. Salim masih lagi berdengkur. Ibunya pun segera mengejutkannya untuk ke sekolah.

IBU: Salim... Salim... bangun, nak. Pergi sekolah, nanti kamu terlambat.

SALIM: Alah mak... Salim tidak mahu pergi ke sekolah!

IBU: Apa?! Tidak mahu pergi sekolah?! Baik... Salim berikan emak dua sebab, mengapa
Salim tidak mahu ke sekolah.

SALIM: Semua murid-murid tidak suka Salim. Guru-guru di sekolah pun tidak suka pada Salim!

IBU: Itu bukan alasan bagi Salim untuk tidak ke sekolah. Cepat, bangun sekarang!

SALIM: Baiklah. Sekarang emak pula berikan Salim dua sebab, mengapa Salim mesti pergi ke sekolah.

IBU: Eh... eh... bertuah punya anak! Salim dengar baik-baik. Pertama, Salim sudah berusia
lima puluh tahun. Kedua, Salim pengetua sekolah!!






Sumber: http://200ceritajenaka.blogspot.com/2010/09/malas-ke-sekolah.html?m=0

De Humour ✔️Where stories live. Discover now