SKETSA 99: FIKIR DAHULU SEBELUM BERKATA

407 38 6
                                    

SEPASANG suami isteri yang telah mempunyai 3 orang anak, sedangberbual sambil menonton TV di dalam bilik mereka. Si isteri bertanya kepada suami beberapa soalan.

ISTERI: Bang... kalau saya mati dulu, abang kahwin lagi tak?

SUAMI: Abang rasa abang mungkin kahwin lagi kerana
anak-anak kita perlukan orang yang boleh beri perhatian. Makan minum abang pun adalah orang yang sediakan.

ISTERI: Habis, kalau abang kahwin lagi, abang kasi ke dia
duduk rumah kita?

SUAMI: Yalah. Sebab rumah ni mahal, takkan nak biar kosong
macam tu saja?

ISTERI: Abang kasi ke dia guna bilik kita, toilet kita?

SUAMI: Ya, yang. Sebab takkan abang nak buat bilik lain khas
untuk dia. Nanti bilik ni membazir pulak.

ISTERI: Abang kasi ke dia pakai almari kita?

SUAMI: Ya, yang. Almari kita ada empat pintu. Takkan nak bagi orang lain pulak?

ISTERI: Abang kasi ke dia pakai katil kita?

SUAMI: Terpaksalah, yang. Sebab katil kita tu baru je beli sebulan.

ISTERI: Baju tidur, pijama dan towel saya?

SUAMI: Takkan itu abang nak bagi kakak dan adik awak. Jadi, daripada tak dipakai, lebih baik kalau abang kasi dia saja.

ISTERI: Handbag, kasut dan golf set saya?

SUAMI: Itu tak boleh. Sebab dia suka handbag colour maroon. Kasut dia bersaiz kecil daripada awak iaitu saiz lima. Golf set tak boleh sebab dia kidal.

ISTERI: Oh... jadi betul la abang ada permpuan lain, hah?!

SUAMI: (Dalam hati) Alamak!!






Sumber: http://200ceritajenaka.blogspot.com/2010/09/think-1st-b4-speaking-to-ur-wife.html?m=0

De Humour ✔️Where stories live. Discover now