BUDAK: Pak cik pukul berapa sekarang?
PAK CUPIT: Pukul 3:45 petang.
BUDAK: Terima kasih.
PAK CUPIT: Sama-sama.
BUDAK: Pak cik, mintak tolong sikit boleh?
PAK CUPIT: Tolong apa?
BUDAK: Nanti bila dah pukul 4:00 petang, boleh tak pak cik cium bontot saya?
PAK CUPIT: Celaka punya budak!
Budak nakal tersebut terus lari meninggalkan Pak Cupit sambil ketawa berdekah-dekah. Pak Cupit yang berang mengejar budak nakal itu sampai ke sebuah gerai menjual jambu.
PENJUAL JAMBU: Kenapa termengah-mengah ni, pak cik?
PAK CUPIT: Budak celaka tu kenakan aku! Ada ke patut dia suruh aku cium bontot dia pukul 4:00 petang?
PENJUAL JAMBU: La... ya ke? Tapi sekarang baru pukul 3:50 petang. Ada sepuluh minit lagi. Kenapa tergesa-gesa?
PAK CUPIT: @#$%^&.
Sumber: http://himpunan-lawak-aku.blogspot.com/2013/06/pakcik-cupit.html?m=1
YOU ARE READING
De Humour ✔️
Humor[PREVIOUSLY KNOWN AS : Sketsa Lawak Malaysia] COVER BY : TBS AWARD 2020 🐣 LENGKAP 190 SKETSA LAWAK 🐣 Anda sedang sedih? Anda sedang marah? Anda sedang kebosanan? Anda rasa mahu baca cerita yang agak lain daripada yang lain? Marilah... Singgah di...