PADA satu hari, Pak Ali pergi ke hutan untuk mencari kayu api. Apabila lalu di kawasan tasik, Pak Ali tergelincir dan kapak buruknya terjatuh dalam tasik tu. Maka datanglah Pari-pari tasik kepada Pak Ali.
Pari-Pari : Kenapa dengan kau?
Pak Ali : Kapak aku terjatuh ke dalam tasik.
Pari-pari pun menyelam dan kembali bersama kapak perak.
Pari-Pari : Inikah kapak kamu?
Pak Ali : Tidak.
Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama kapak emas.
Pari-Pari : Inikah kapak kamu?
Pak Ali : Tidak, kapak aku buruk sahaja.
Pari-pari pun menyelam dan kembali bersama kapak buruk.
Pari-Pari : Inikah kapak kamu?
Pak Ali : Ya, itulah kapak buruk aku.
Pari-pari tasik suka sikap Pak Ali yang jujur itu lalu memberikan ketiga-tiga kapak itu kepadanya.
Pada hari lain pula, Pak Ali berjalan di sekitar tasik yang sama bersama isterinya. Kali ni isterinya pula yang jatuh ke dalam tasik. Pak Ali susah hati. Maka datanglah Pari-pari tasik kepada Pak Ali.
Pari-Pari : Kenapa kau bersedih?
Pak Ali : Isteriku jatuh ke dalam tasik.
Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama Christina Aguilera.
Pari-Pari : Inikah isteri kau?
Pak Ali : Ya, itulah isteriku... (sambil menangis)
Pari Pari pun marah, "Sungguh ku tak sangka, kau yang jujur satu masa dulu telah menjadi tamak."
Sambil menahan pilu Pak Ali menjawab, "Aku bukan tamak, kalau aku kata 'tidak' pada Christina Aguilera, kau akan bawakan pula Britney Spears. Kalau aku katakan 'tidak' juga, barulah kau bawakan isteriku. Bila aku kata 'ya', kau akan berikan mereka bertiga padaku. Aku yang miskin ni tak mampu tanggung mereka semua."
Source: https://www.ceritalawak.com/2013/11/394-pak-ali-dan-pari-pari-tasik.html
![](https://img.wattpad.com/cover/182665622-288-k19786.jpg)
YOU ARE READING
De Humour ✔️
Humor[PREVIOUSLY KNOWN AS : Sketsa Lawak Malaysia] COVER BY : TBS AWARD 2020 🐣 LENGKAP 190 SKETSA LAWAK 🐣 Anda sedang sedih? Anda sedang marah? Anda sedang kebosanan? Anda rasa mahu baca cerita yang agak lain daripada yang lain? Marilah... Singgah di...