SKETSA 104: MAMAT BALIK KL

442 27 4
                                    

SEWAKTU Si Mamat dalam perjalanan manaiki kereta untuk pulang ke KL daripada JB melalui lebuhraya, beliau berhenti rehat di salah sebuah hentian.

Sewaktu berehat, datanglah kepadanya seorang lelaki tua yang berpakaian agak compang-camping lalu menegurnya, "Anak nak ke mana?"

Si Mamat menjawab ringkas, "KL."

Orang tua itu bertanya lagi, "Boleh pak cik tumpang sampai ke Pagoh?"

"Ehm... bolehlah."

Lantas orang tua itu masuk
dan duduk di dalam keretanya.

'Hai, siapalah orang tua ni, orang ke atau...' monolog Si Mamat dalam hatinya. Beliau meneruskan perjalanannya.

Sebaik menghampiri Pagoh, orang tua tadi bertanya, "Anak nak kaya tak?"

Si Mamat tersentak.

'Dah buat dah orang tua ni.
Nak bagi aku kaya pulak. Orang tua ni nak bagi aku nombor kut. Atau nak menguji aku?'

Si Mamat pun menjawab, "Tak apalah, pak cik. Hidup sederhana pun cukup. Kalau kaya nanti lupa diri pulak."

Orang tua tu tak bertanya lagi. Dalam hati si mamat berfikir mungkin jawapannya adalah yang terbaik takut-takut itu hanya ujian daripada orang tua tadi.

Kemudian orang tua tu tanya lagi, "Anak nak kaya tak?"

Si Mamat jawab serupa yang tadi, "Tak apalah, pak cik. Saya lebih senang hidup sederhana".

Bila sampai di Pagoh, orang tua itu minta diturunkan lalu berkata, "Tu pak cik ada tinggalkan satu tin kaya cap Yeo's untuk anak sebagai tanda terima kasih kerana tumpangkan pak cik. Terima kasih, ya."

Lalu orang tua itu turun dari kereta.

Si Mamat tersipu-sipu malu lalu menjawab, "Terima kasihlah, pak cik."

'Haih... ingatkab orang tua tu nak bagi aku duit. Tapi... hampeh!'



--Iju Budak Baik--

Sumber : http://buatbatu.blogspot.com/2013/06/koleksi-cerita-lawak-pendek2.html?m=1

De Humour ✔️Where stories live. Discover now