SKETSA 103: KISAH SUAMI CURANG

393 26 1
                                    

SEPASANG suami isteri baru melangsungkan perkahwinan.
Si Suami bertanya isterinya samada dia boleh mempunyai sebuah laci khas untuk dirinya sahaja.

Si isterinya pun tanpa memikirkan yang bukan-bukan
terus sahaja bersetuju.

Setelah 30 tahun berkahwin, si isteri tadi pun teringat kepada laci persendirian suaminya dan bila diintainya didapati di dalamnya terdapat tiga
biji bola golf dan duit sebanyak RM200,000.

Si isteri tadi terus mendapatkan suaminya untuk penjelasan.

Setelah dipaksa dengan bersungguh-sungguh si suami pun terpaksa menjelaskannya.
Dia menjelaskan, "Setiap kali abang buat curang di luar, abang akan simpan sebiji bola golf di dalam laci."

Si isteri berfikir, "30 tahun
kahwin baru ada tiga biji bola? Hmm... taklah jahat sangat. Habis tu, apa kena mengena dengan duit RM200,000 tu?"

"Setiap kali bola golf tu cukup sedozen, abang akan jual!"

--Iju Budak Baik-- 




Sumber : http://buatbatu.blogspot.com/2013/06/koleksi-cerita-lawak-pendek2.html?m=1

De Humour ✔️Where stories live. Discover now