Sudah beberapa hari Noah tidak mengganggu Orange. Beberapa hari itu juga kehidupan Orange menjadi semakin baik dan dalam beberapa hari itu juga, Caleb sering muncul di hadapannya dan menegurnya. Permulaan yang agak awkward tetapi lama kelamaan dia semakin selesa dengan imej barunya, iaitu tiada lagi rambut yang berurai dan mengerbang seperti kuntilanak (kata Noah). Teman-teman sekelasnya juga mulai menegurnya dan bersahabat dengannya. Ini adalah pertama kali dalam 19 tahun hidupnya di dunia ini, merasai perasaan mempunyai sahabat selain Corina, Selina dan mamanya dan auntie-auntie atau uncle-uncle nya. Thanks to Noah (kerana tidak dapat disangkal lagi, Noah memainkan peranan penting dalam hal ini). Walau bagaimanapun, ada sedikit rasa rindu dengan kerenah Noah yang suka membulinya dan mengutuknya atau menyakatnya. Orange tersenyum sendiri. People change and life must go on.
"Orange!"
Jeritan Corina di pintu kelas mengejutkan Orange daripada lamunannya. Kelihatan Corina yang tercungap-cungap cuba untuk mengatakan sesuatu tetapi gagal menyambung kata-katanya dek terlalu penat.
"Kenapa dengan awak nie, Cor? what happen? Awak jumpa hantu ke kat tandas?" Orange bertanya geli hati melihat keadaan sahabat a.k.a sepupunya itu. Gadis seayu Corina, jarang-jarang berada dalam keadaan sedemikian.
"Orange, saya tak tahu nak cakap apa but you better tell me the truth. Betul ke awak couple dengan Noah? Noah the devil?"
Orange terlopong hilang seribu bahasa.
"What? couple? Noah? are you crazy, Cor?" Itu sahaja yang terkeluar dari mulutnya. Fikirannya bingung seketika.
"Awak jangan tipu saya tau, Orange. Everyone talk about it. Noah posted your picture together in his ig, twitter and fB. Awak sampai hati tak beritahu saya kan...i tell you everything about me about my relationships but you hide your relationship with Noah. Sudah tue, dalam banyak-banyak lelaki dalam dunia nie. Noah jugalah yang awak pilih. Why Orange? why?" Terpapar di kekecewaan di wajahnya dengan tindakan sahabat baiknya itu. Sampai hati dia diabaikan dan tidak tahu langsung tentang hubungan Orange dan Noah. Patutlah sejak beberapa minggu ini, Orange sering menolak ajakannya untuk keluar bersama ke mall atau lepak bersama. Lebih mengejutkan lagi apabila penampilan Orange semakin berubah dan semakin petah berkata-kata dengan orang sekelilingnya. Corina merengus kecewa, kecewa kerana dia yang boleh dikatakan satu-satunya sahabat Orange sejak kecil tidak mengetahui apa-apa tentang hubungan Orange dan Noah.
"Cor, ini semua tipu Cor...trust me. Saya dan Noah tidak ada apa-apa hubungan." Orange cuba untuk menjernihkan kekeliruan yang berlaku.
"So what, Orange? You tell me. Kalau awak dan Noah tidak mempunyai apa-apa hubungan, kenapa perlu bergambar berdua? Kenapa tiba-tiba awak berdua boleh ada bersama-sama di mall? Awak tak payah nak tipu sya, Orange. I know you since kita berdua masih kecil. I really know you."
Orange diam membisu, dia tahu walau apa pun yang dia akan jelaskan, Corina tetap dengan apa yang dia percaya. She know her too well. Apa angin yang melanda Noah sehingga menyebarkan berita palsu tentang mereka berdua. Baru tadi dia memuji-muji lelaki itu, tidak sampai seminit sudah muncul satu lagi masalah disebabkannya. WTH.
Orange bingkas bangun dari duduknya. She need to talk with him.
"Orange, saya belum selesai lagi! Masih banyak yang perlu awak jelaskan dengan saya." Corina cuba menahannya tapi sia-sia. Corina menarik nafas dalam-dalam. Perasaan geram masih bersisa di dalam hatinya, tambahan lagi Orange meninggalkannya lagi terpinga-pinga keseorangan.******
Kringgggggg
Loceng menandakan masa rehat sudah tamat. Para pelajar yang tadinya berehat dan bersantai di pondok-pondok sekitar sekolah sudah beransur masuk ke dalam kelas. Orange pula masih berlegar-legar mencari bayang-bayang Noah. Geram dan sakit hatinya meluap-luap mengingatkan kata-kata Corina. Saya dengan Noah, couple? Simpang malaikatul maut 144.
Dari kejauhan dia dapat melihat susuk tubuh Noah sedang bersembang dengan teman-temannya di pondok sains, sesekali juga kedengaran gelak ketawa mereka pecah. Orange mencebik geram. Kalau boleh, mahu sahaja dia berlari kemudian menghadiahkan sebuah tendangan di muka lelaki tersebut. Biar padan muka dia dengan mulut yang busuk menyebarkan fitnah dan hati yang busuk asyik mengenakan dirinya sahaja.

YOU ARE READING
Cinderella seorang Putera (COMPLETED)
Teen FictionOrange bukan gadis popular. Dia gadis pendiam yang tidak pernah disedari kewujudannya di sekolah. Mulai berubah apabila dia menjadi 'orang suruhan' seorang jejaka yang dianggap dewa dan putera di sekolah. Bagaimanakah nasib Orange seterusnya? Mampuk...