Bab 22 : Something

679 31 0
                                    

Angin yang bertiup kadang membawa ketenangan dan kadang membawa gelisah. Namun, tanpa tiupan angin itu hidup menjadi lebih huru-hara.

Mata Noah tertumpu pada skrin televisyen tetapi fikirannya jauh melayang. Pn.Thalia yang sibuk membebel di sebelahnya tentang drama yang mereka sedang tonton tidak dia pedulikan. Fikirannya hari ini tiba-tiba melayang ke hari Leon 'membunuh dirinya'. Hari yang selama ini dia cuba untuk lupakan dan kuburkan jauh agar dia tidak mengingatinya lagi. Hari di mana dia dan Caleb tidak lagi bertegur sapa sehingga kini.

"Saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk membuktikan kepada masyarakat bahawa saya boleh berjaya. Saya tidak mahu dicaci orang kerana menumpang nama dan luck awak dan Caleb. Awak percaya kemampuan saya kan?"
Kata-kata Leon beberapa hari sebelum hilang dari rumah anak yatim masih terngiang-ngiang di telinga Noah. Sebab itulah dia sangat positif yang Leon tidak membunuh diri. Dia pasti dan yakin yang terdapat unsur sabotaj dalam kematian Leon tapi siapa dan kenapa.
"Awak tengoklah nanti, nama saya akan menjadi sebutan orang dan mereka yang dulunya mencaci saya akan tunduk kepada saya." Noah tahu yang Leon sering menjadi buah mulut orang-orang di sekelilingnya kerana hubungannya yang rapat dengan Noah dan Caleb. Mungkin mereka cemburu melihat Leon hidup senang disebabkan oleh mereka berdua saat itu. Sehingga digelar 'penumpang nasib'.
Noah memejamkan matanya, sebak memikirkan Leon. Selama ini dia ingatkan dia sudah melupakan rasa sedih dan sakit hati itu. Namun, rupanya dia silap. Sakit yang dia rasakan saat melihat sekujur tubuh tidak bernyawa itu masih sama sehingga kini malahan lebih pedih lagi kerana tidak ada jawapan yang pasti bagi setiap persoalan yang bermain di benaknya.
Polis juga sudah menutup kes tersebut dan menganggap kes kematian Leon merupakan kes bunuh diri yang biasa kerana mereka tidak menjumpai apa-apa bukti yang menunjukkan terdapat unsur jenayah atau sabotaj di tempat kejadian. Mereka menyifatkan bahawa Leon membunuh diri kerana tekanan hidup sebagai seorang anak yatim dan pelajar. Noah tidak dapat menerima kenyataan itu, walau berkali-kali dia cuba untuk memaksa dirinya untuk menerima kenyataan tersebut namun ianya tetap tidak berubah.

"Mama, mama masih ingat tak rumah anak yatim tempat tinggal Leon dulu?" Tanpa Noah sedari soalan itu meluncur keluar dari mulutnya.

Pn.Thalia menoleh pantas kearah anak lelakinya itu. Dia terkejut dan kurang percaya dengan apa yang keluar dari mulut Noah. Selama ini setiap kali dia menyebut nama Leon secara tidak sengaja dia pasti akan melenting tidak tentu pasal. Namun, kali ini dia sendiri membangkitkan isu berkaitan dengan Leon.

"I guess House of Virgin's Child. Kalau mama tidak silap...tapi sudah ditutup tahun lalu."

Leon mengerutkan dahinya, sudah ditutup? Kebetulan atau bagaimana?

"Mama dengar ada unsur penyelewengan kewangan dalam sistem pengurusannya menyebabkan rumah itu tidak lagi dapat menampung kos perbelanjaannya. Anak-anak yang ada terpaksa ditempatkan ke rumah anak yatim yang lain dan ada sebilangan diambil orang sebegai anak angkat." Pn.Thalia menyambung kata-katanya apabila melihat riak wajah Noah yang sedikit bingung. Dia ingatkan anaknya itu tahu tentang perkara tersebut tapi melihat raut wajahnya, dia seakan baru tahu saat ini.

"Kenapa mama tidak pernah beritahu Noah sebelum ini?" Noah bertanya tidak puas hati. Boleh pula perkara itu terjadi hampir setahun sudah tetapi dia langsung tidak mengetahui apa-apa. Walaupun Leon sudah tidak ada di rumah tersebut tetapi dia masih ambil berat tentang anak-anak yang lain kerana mereka adalah adik-adik kesayangan Leon dahulu.
Pn.Thalia menarik nafas dalam-dalam.
"Takkan Noah lupa yang setiap kali mama mahu bangkitkan isu mendiang Leon, Noah melenting? Isu yang tidak berkaitan dengan Leon tetapi mengingatkan Noah kepadanya juga sudah membuatkan Noah marah tidak tentu pasal. Apa lagi kalau mama sebut tentang rumah anak yatim bekas tempat tinggalnya. Rasanya apa reaksi Noah saat itu?"
Noah sekadar tersengih tidak mampu untuk menjawab kata-kata mamanya. Tapi bila dia memikirkan kembali hal tersebut, dia dapat menghidu sesuatu yang agak mencurigakan. Setahu Noah, rumah anak-anak yatim The Virgin's Child merupakan sebuah rumah anak-anak yatim yang sudah lama ditubuhkan. Boleh dikatakan yang rumah tersebut sudah kukuh untuk berdiri sendiri. Unsur penyelewengan kewangan? Sewaktu Dr.Melda yang menguruskannya sebelum bersara semua berjalan dengan lancar tetapi sejak anaknya Dr.Mike yang mengambil alih, Leon selalu mengadu tentang makanan yang tidak mencukupi dan keperluan asas anak-anak yang tinggal di situ terabai. Sehingga Leon terpaksa bekerja sambilan di kedai serbaneka 24jam secara rahsia untuk memastikan adik-adiknya mempunyai wang saku ke sekolah. Walaupun, Leon tidak mempunyai adik kandung tetapi semua yang tinggal di rumah itu dia anggap sebagai adik beradiknya. Kebetulan, dia adalah penghuni yang paling tua di dalam rumah itu. Penghuni yang sudah mencapai umur 18 tahun tidak lagi tinggal di situ dan selalunya mereka tidak lagi ingin mengambil tahu tentang penghuni yang lebih muda.

Cinderella seorang Putera (COMPLETED)Where stories live. Discover now