Bab 5 : The Sunrise

1.1K 53 1
                                    

Bermulanya sebuah kisah tentang seorang gadis yang terikat dengan janjinya terhadap seorang 'putera'. Janji yang membuatkan hidupnya berubah sama sekali untuk selamanya.

Sudah seminggu Orange menjadi 'maid' setia Noah dan seminggu itu umpama seratus tahun baginya. Kehidupan Orange yang selama ini aman dan damai bertukar menjadi tunggang-langgang dan tidak menentu. Pelbagai peristiwa baru muncul menghantuinya.

"Your Coke. Thats all, right? I need to go. I've tons of assignments that i need to finish." ujar Orange sambil menghulurkan tin coca-cola kepada Noah. Kakinya terasa lenguh dan matanya berpinar-pinar kerana terpaksa berbaris panjang untuk membayar setin coca-cola d kaunter.

And wth with people? Time-time begini jugalah semua nak keluar ke mall untuk beli barang. Tak pasal-pasal dia juga terpaksa berhimpit hanya untuk setin coca-cola yang dipesan oleh Noah, lelaki yang berada di carta no.1 untuk dibenci saat itu.

Noah melirik memandang Orange. Kemudian kembali sibuk dengan telefon bimbitnya, seakan-akan tidak mengenali Orange yang terpacak di hadapannya. Orange mengetap bibirnya geram. Sudahlah hari ini dia terpaksa escape extra-class gara-gara lelaki tersebut memaksanya untuk menemaninya ke mall. Apabila tiba di mall, dia pula duduk membatu di bangku tanpa sepatah kata dan hanya memberikan Orange arahan untuk mendapatkannya setin coca-cola edisi terhad d kedai serbaneka. Kalau diikutkan hati, mahu saja Orange meninggalkan lelaki tersebut dan balik ke rumah. Tapi apakan daya, dia tidak mampu untuk melakukannya.

"Saya ada satu request lagi." Noah bersuara tiba-tiba tetapi pandangan matanya masih melekat di skrin telefonnya.

"What? Should i go and buy some snacks too? Keropok? Biskut? Ice-cream?" Orange bertanya tidak kesabaran.

Noah menggeleng sambil tersengih nakal. Dia kemudiannya memandang Orange dari atas ke bawah dan dari bawah ke atas.

"What? Why?" secara spontan Orange berpeluk tubuh, dirinya seakan tidak selamat ketika itu. Pandangan Noah membuatnya seram sejuk, jantungnya berdegup kencang.

Noah tidak menjawab hanya terus tersengih seperti kerang busuk. What? Wait, kerang boleh tersengih? Whatever.

"Awak jangan nak macam-macam. I got black belt in tae-kwan-do. I can take you down in a minute." Suara Orange bergetar kerana resah dan kurang selesa dengan pandangan lelaki itu. Dia sedar yang ugutannya itu hanya sekadar di bibir, manakan dia mampu mengalahkan Noah yang bertubuh sasa dan berketinggian 187cm, sedangkan dia hanyalah 160cm sahaja. Tambahan lagi, Noah turut mempunyai black belt dalam tae-kwan-do sama seperti dirinya.

"What do you think i want, weirdo? You watch movies too much. I just want you to cut your hair instyle and bleach it." setelah puas mengusik gadis tersebut dengan pandangan nakalnya barulah Noah bersuara.

Orange mengerutkan dahinya, cut her hair? Bleach it? Nooooooo...no,no,no!
"No. I won't cut my hair and i won't bleach it. This is my hair. My precious hair."
Noah berdiri dari duduknya dan menarik tangan gadis tersebut agar mengikutnya. Orange tahu, dia tidak ada peluang untuk menolak dan dia tahu kalau dia memberontak, Noah pasti akan membocorkan rahsianya kepada orang lain.
"Ini tidak termasuk dalam perjanjian kita. I am your maid but why my hair? This isn't fair. I'm going to do whatever you asked me to do but not my hair." ujar Orange sambil berusaha melepaskan genggaman tangan Noah. Ikutkan hati, mahu sahaja dia menangis di tengah-tengah mall tetapi memandangkan begitu banyak mata yang memandang dia terpaksa berpadah-padah dalam menunjuk perasaan.

"Berhenti melawan or you want me to asked them to cut your hair real short, like mine." Noah memberikan amaran.
Serta merta Orange berhenti dari pemberontakannya. Kini air matanya pula memainkan peranan. Dia tidak tahu, bagaimana dalam kehidupannya yang aman damai boleh terlibat dengan Noah. Dalam banyak-banyak pelajar di sekolah, kenapa perlu Noah yang menemui diarinya dulu?
Noah menoleh sekilas memandang Orange dibelakangnya, air mata gadis tersebut sudah mengalir laju menuruni pipinya. Dia terhenti dari langkahnya lalu memandang gadis tersebut.
"Hey, i asked you to cut your hair not killing you. Menangis kenapa?" Noah bertanya kasar.
Orange mengesat sisa air matanya tetapi tidak menjawab. Dalam hatinya menyumpah-nyumpah Noah.
"Boleh mati tau saya kalau rambut awak nie begini. Mengurai macam kuntilanak. Dah lah panjang, awak biarkan lagi mengerbang-ngerbang. Orang ingatkan saya bela kuntilanak bawa awak ke hulu ke hilir. I just want you to look...emm, nice and neat." panjang lebar Noah membebel. Orange hanya berdiam diri.
"yang awak bawa saya ke hulu ke hilir, ke hulu ke hilir. Apahal..." Orange menjawab perlahan, seakan-akan berbisik.
"I can hear you..." Noah memintas. Orange menelan air liurnya kemudian mengetap bibirnya. Mulut, oh, mulut. Silent please.
"I have told you a few times. Tolong ikat rambut awak tue bila nak ke sekolah. Awak tak nak dengar. So, today...dah alang-alang kita kat mall. Jom, cari saloon and cut your hair short."

"Who are you to asked me to cut my hair? Untuk ikat rambut segala? Suka hati sayalah. I don't disturb you. My hair bukannya choke you." Orange menjawab berani. Dari mana kekuatan itu datang? Dia juga tidak tahu. Dia turut terkejut dan terkesima kerana mampu mempertahankan dirinya (buat masa ini).

"Wow, you talk too well, weirdo! I don't expect that words from you. Bravoooo..." Noah tidak menyangka Orange boleh menjawab bebelannya itu.
Orange kembali diam. Malu dengan dirinya yang bukan seperti dirinya. Tetapi jauh di lubuk hatinya, dia juga bangga kerana mampu pergi sejauh itu.

"Okay, if you really don't want to cut your hair. Please, mulai esok ikat rambut awak itu kemas-kemas. I don't want to die, yet. Sebab terkejut melihat awak," Noah melepaskan tangan Orange. Kemudian menyambar coca-cola nya yang masih di tangan Orange dan berlalu pergi.
Orange tersenyum gembira. Hatinya berbunga-bunga. Tanpa apa-apa sebab yang logik, boleh pula dia di suruh untuk menggunting rambut kesayangannya dan menangis di khalayak ramai. Stupid. Orange memarahi diri sendiri.

Jauh di hadapan, Noah tersenyum sendiri. Why? Kerana dia berjaya membuatkan Orange sekali lagi akur dengannya. Day by day, dia semakin berkuasa ke atas gadis tersebut.

****

"Mama,i'm ready to go. Tak sempat nak breakfast but thank you untuk bekal. Love you..." Orange bergegas menyambar bungkusan bekalnya di atas meja, dia sudah terlewat untuk ke sekolah. Bukan kerana dia terlewat untuk bangun tetapi hari ini dia mempunyai tugasan di luar rutin hariannya.

"Orange, i'm not done. Wait." Selina berteriak dari dalam biliknya.

"Mama bolehkan tolong hantar Selina today. Pleaseeeeee..." Orange hanpir terlupa tentang adiknya itu.

"Okay, my dear. Don't worry about your sister. Just go." Pn.Amily menjawab tanpa menoleh kearah Orange kerana dia sibuk menyediakan sarapan pagi.

"Thanks, mama. Ops, how do i look today?" Orange berdiri tegak di belakang mamanya.

Pn.Amily menoleh sekilas lalu menoleh lagi. Dia terlopong seketika. Betul ke ini anak saya? Dia mengelipkan matanya berkali-kali.

"Mama, why? Am i look terrible?" Orange sedikit resah melihat mamanya yang seakan ternampak hantu, diam tanpa suara.

"Mama..."

Pn.Amily tersentak mendengar Orange memanggilnya kemudian tersenyum lebar, selebar-lebarnya.

"You look gorgeous my dear. Seriously, kenapalah anak mama nie tak bergaya seperti ini sejak dulu? Tho, that glasses look a bit merosakkan pemandangan but its okay. Satu peningkatan yang baik." Pn.Amily memuji sambil matanya tak habis-habis memandang Orange. This is my daughter.
Orange tersengih. Kalau bukan kerana ugutan Noah, jangan harap dia mahu mengikat rambutnya. Oleh kerana dia tidak mahu menggunting rambutnya maka dia terpaksa mengikatnya mulai dari hari ini. Damn on you Noah. Macam manalah dia nak sorokkan mukanya lagi lepas ini. Apalah pandangan rakan sekolahnya? Pasti dia akan menjadi bahan mereka untuk dibawang. Orange resah sendiri.

Cinderella seorang Putera (COMPLETED)Where stories live. Discover now