Bab 31 : Is It You?

648 30 0
                                    

Sudah seminggu lebih berlalu, siasatan tentang kes misteri kematian Selina masih  giat dijalankan. Belum ada jawapan yang pasti untuk setiap persoalan yang timbul. Who? And why?
Telefon Orange berdering di tepi katilnya, dia yang masih lena diulit mimpi terjaga dari tidur. Dia merenung siling biliknya seketika, kemudian barulah dengan malas-malas dia mencapai telefon bimbitnya itu.
Nombor yang tertera tidak dia kenali kerana tidak mempunyai nama pemanggil. Unkown caller. Orange ragu-ragu mahu mengangkatnya kerana malas mahu bercakap dengan orang yang tidak dikenali tetapi setelah berfikir sejenak akhirnya dia menekan butang sambut.

"Hello...Orange?"

Suara perempuan tetapi Orange tidak dapat mengecam empunya suara itu.

"Iya, saya. Who is this?"

Diam. Hanya hembusan nafas sahaja yang kedengaran.

"Elisya...this is Elisya."

Elisya? Orange memandang ke arah jam dindingnya, jam6.00 pagi. Apa mimpi perempuan tersebut menelefonnya awal pagi di hujung minggu. Takkan salah nombor nak call Noah tapi tercall nombornya? Mustahil, sebab namanya disebut sewaktu awal-awal tadi dan bukan Noah.

"Hello, Orange..."

Orange tersentak dari lamunannya.

"Iya, saya...kenapa call saya tiba-tiba?" Soalan yang agak rude tetapi dia tidak mempunyai pilihan yang lain. Perasaan ingin tahunya tiba-tiba membuak-buak. Lagi satu, bagaimana Elisya tahu nombor telefonnya?

"I need to see you, ASAP."
Orange menggaru kepalanya yang tidak gatal, but why?

"Please..."
Suara Elisya seakan merayu.

"Okay, but i will bring Noah with me."

"No! Saya mahu berjumpa dengan kamu seorang diri. Please, jangan bawa Noah."

Orange bertambah hairan.

"I have something important to tell you but you need to come alone. Kita jumpa di cafe tempoh hari 30 minit dari sekarang."

Orange tidak menjawab, dia ragu-ragu untuk mahu menerima ajakan Elisya. Mereka bukan kenalan yang rapat, bersua muka hanya beberapa kali itu pun dalam situasi yang agak awkward. Tiba-tiba hari ini dia mahu bertemu dengannya seorang diri. Jangan sahaja perempuan tersebut mahu membelasahnya kerana marah dengan hubungannya bersama Noah. Tapi apa-apa pun don't worry dia adalah pemegang tali pinggang hitam tae-kwan do. Tiada apa yang perlu dia risaukan. Maybe.

"Orange, are you still there?"

"Okay, see you in 30 minutes." Orange akhirnya bersetuju selepas berfikir masak-masak. Paling-paling pun perempuan itu akan memberinya kata-kata ugutan sahaja, dia tidak perlu risaukan apa-apa. Lagipun, mereka akan bertemu di tempat yang terbuka bukan di tempat yang tersembunyi.

"Okay..."
Kedengaran helaan nafas lega di hujung talian.

********
Setelah memaklumkan kepada mamanya dia mahu ke mana barulah Orange keluar dari rumah. Sejak kejadian hitam yang berlaku dalam keluarga mereka, mamanya seakan trauma untuk membiarkan Orange ke mana-mana sendirian. Kalau boleh dia mahu Noah atau Corina atau dirinya sendiri akan menemani Orange. Namun, hari ini Orange berjaya menyakinkannya untuk tidak menemaninya keluar.
"Sekejap sahaja, mama. Don't worry. Lagi pun di cafe hujung taman sahaja."
Setelah beberapa ketika dia berdiam diri dan berfikir akhirnya, Pn.Amily membenarkannya.

Orange memarkirkan keretanya di hadapan cafe, nasib baiklah masih ada parking yang kosong. Almaklumlah, matahari baru sahaja terbit di ufuk timur. Cafe itu juga baru sahaja beroperasi, biasalah tumpuan penduduk setempat untuk bersarapan, lepak dan bersantai.
Orange memanjangkan lehernya mencari-cari kelibat Elisya di dalam cafe, nasib baiklah dindingnya diperbuat daripada kaca maka mudah bagi Orange untuk melihat walaupun dari luar cafe. Lama dia mencari, barulah dia melihat kelibat gadis tersebut di hujung cafe. Siap dengan cap dan kaca hitam, kalah-kalah artis keluar sendirian.
Orange meneliti pantulan dirinya di dalam cermin, setelah yakin dengan penampilannya barulah dia keluar. Here i am, ready untuk bertarik rambut atau berguling-guling di lantai. Dia berjalan dengan yakin masuk ke dalam cafe.

Cinderella seorang Putera (COMPLETED)Where stories live. Discover now