Bila hidupmu sudah terbiasa dengan hadirnya diriku disamping mu, bila nanti kau tinggal sendiri hidupmu perlu diteruskan.
Corina dan Orange beriringan masuk ke dalam kedai sephora. Hari ini mereka mahu memborong semua jenis mekap. Corina adalah yang paling excited apabila Orange mengajaknya. Bukan selalu sahabatnya itu mahu mengikutnya ke mall untuk tujuan mencari mekap. Apa lagi kali ini dia sendiri yang mengajak Corina.
Sejak Orange berubah 360° dari Orange yang pelik kepada Orange yang fashionista, Corina tidak menang tangan untuk melayan kerenahnya. Kemarin mereka ke mall untuk shopping pakaian dan kasut. Kali ini, dia mengajak dirinya lagi untuk shopping mekap. Corina yang memang jenis bergaya sejak dari dulu, sudah pasti tidak akan menolak. Ini adalah satu revolusi yang dia nanti-nantikan datang daripada Orange.
Mata Orange meliar mencari blusher yang sesuai dengan warna kulitnya, sesekali dia mencalitkan sedikit ke tangannya untuk memastikan warna tersebut sesuai atau tidak. Corina di sebelahnya turut melakukan perkara yang sama.
Corina melirik sekilas bayangan yang lalu di sebelahnya. Eh! Dia menoleh. Noah mengangkat tangannya sambil tersenyum. Corina dengan teragak-agak turut mengangkat tangannya sambil tersenyum. Amboi, bukan main tadi Orange memujuknya untuk menemaninya kerana tiada teman katanya. Padahal, teman lelakinya juga turut serta. Kalau dia tahu, dia pasti membawa teman lelakinya supaya dia tidak keseorangan. Kejadian kemarin berulang lagi. Walaupun, Orange seakan acuh tidak acuh dengan kehadiran Noah. Malahan mereka langsung tidak bertegur sapa, Noah sekadar mengekori mereka ke sana ke mari. Hanya sesekali dia menegur mereka tetapi Corina yang menjawab. Bergaduhlah tue...gaduh-gaduh sayang. Corina tersengih sendiri.
"Ehem!"
Corina sengaja berdehem kuat. Memberikan isyarat kepada Orange agar menoleh kearahnya. Namun, Orange yang begitu khusyuk tidak mempedulikannya.
"Ehemmm!"
Corina berdeham lebih kuat. Dengan harapan gadis tersebut menyedarinya tetapi masih sia-sia. Corina menarik nafas geram. Pekak ke apa. Dia memarahi dalam hati. Tambahan lagi, pelanggan yang lain pula yang menoleh kearahnya. Terpaksa dia cover malu dengan mengurut-ngurut kerongkongnya. Mahu tidak mahu dia tidak ada pilihan lain, selain daripada menyiku kuat Orange.
"Adoi, sakitlah!"
Orange menjerit kecil sambil menoleh kearah Corina yang tiba-tiba menyikunya. Sudahlah siku Corina agak tajam, terkena pula di bahagian lengannya yang tidak mempunyai banyak isi. Corina memberikan isyarat mata kearah Noah di sebelahnya.
Orange terkedu seketika. Apa pula Noah buat dalam kedai Sephora? Takkan dia pun mahu memborong mekap? Lagi penting, kenapa dia sentiasa ada di mana-mana. Sewaktu mereka sibuk mencari pakaian kemarin juga dia ada. Ke hulu ke hilir membontot dia dan Corina. Sepanjang masa kemarin itu dia tidak mempedulikannya. Hari ini dia ada lagi. Macam mana juga dia tahu yang mereka akan berada di mall dan di kedai sephora.
"Awak kata awak datang seorang tapi akhirnya ada Noah turut serta." Orange mengangkat bahunya. Corina mencebik geram. "Next time, kalau mahu shopping dengan teman lelaki beritahu saya. Boleh juga saya bawa boyfie sendiri." Corina membebel kemudian beralih ke rak yang lain.
Orange menggaru kepalanya yang tidak gatal, pandangannya dan Noah bertembung. Laju Orange melarikan pandangannya ke arah lain, hatinya mulai tidak keruan. Wahai, hati...boleh tak kalau tiap kali terpandang matanya jangan mengada-ngada. Noah sahaja pun, bukan Lee Min Ho atau Nam Joo Hyuk atau Lee Jong Suk.
Dia meletakkan kembali blusher yang dia pegang dan melangkah pergi kearah Corina. Namun, belum sempat dia mengorak langkah, tangannya ditahan Noah.
"Where are you going?" Noah bertanya lembut. Orange tidak menjawab apa-apa. Dia berusaha untuk cuba melepaskan tangannya dari Noah.
"Selagi awak tidak kembali kepada saya, saya akan sentiasa mengekori awak ke mana-mana." Orange menghela nafas geram. Mahu kembali kepada dia? Untuk apa? Untuk diseksa dan diperbodohkan? Dia memandang lelaki tersebut, kali ini dengan tajam. Biarlah jantungnya berdegup kencang seperti mahu luruh, dia tidak kisah dengan semua itu.
YOU ARE READING
Cinderella seorang Putera (COMPLETED)
Dla nastolatkówOrange bukan gadis popular. Dia gadis pendiam yang tidak pernah disedari kewujudannya di sekolah. Mulai berubah apabila dia menjadi 'orang suruhan' seorang jejaka yang dianggap dewa dan putera di sekolah. Bagaimanakah nasib Orange seterusnya? Mampuk...