Bab 29 : Where Are You?

594 30 0
                                    

Suasana sepi menguasai ruangan balai polis, Noah dan Orange masih menanti di bangku tetamu. Menanti apa keputusan akhir daripada pegawai yang bertugas. Mereka sudah menghubungi Pn.Amily dan Pn.Thalia yang berada di rumah, masih tidak ada tanda-tanda yang Selina telah balik. Telefon bimbitnya juga masih tidak dapat dihubungi.
Dari tadi Orange mendiamkan diri tiada kata-kata yang keluar dari mulutnya hanya ketika bercakap dengan pegawai polis itu sahaja suaranya kedengaran, ditambah lagi dengan keadaan yang agak sejuk (hujan lebat dan pendingin hawa yang fullblast) otaknya tidak mampu untuk berfikir. Dia cuba untuk memikirkan kemungkinan tempat Selina berada, mungkin dia pergi tengok wayang. Orange cuba menyenangkan hatinya sendiri tapi sekarangkan pertengahan minggu dengan peperiksaan akan berjalan tidak lama lagi. Mustahil Selina berjoli di luar tanpa membuat persediaan untuk peperiksaan akhir tahun, Selina bukan anak yang ignorance.

"Nah, minum nie untuk hangatkan tubuh."
Noah menghulurkan secawan milo panas kepada Orange. Entah bila dia pergi ke mesin layan diri yang terletak di luar, Orange juga tidak perasan.
"Thanks."
Ujarnya kemudian menghirup sedikit, kehangatan milo tersebut membuatkan dirinya berasa sedikit ringan.
"Awak dah makan petang?" Noah bertanya, risau melihat wajah Orange yang pucat. Mungkin kerana suasana yang sejuk dan juga risau dengan Selina tapi tidak mustahil gadis tersebut belum menjamah apa-apa sejak mereka makan tengah hari tadi.

Orange cuba untuk tersenyum kemudian menggeleng perlahan. Apabila Noah menanyakan soalan tersebut barulah dia perasan yang dia belum memakan apa-apa sejak mereka makan bersama siang tadi. Patutlah badannya terasa lemah semacam, rupanya dia kelaparan. Namun, dia sendiri tidak menyedarinya kerana terlalu memikirkan tentang Selina.

Noah menarik nafas dalam-dalam, dia mahu marah tapi dia membatalkan niatnya. Bukan masa yang sesuai untuk dia mahu membebel kepada Orange.
"Nanti kita ke KFC drive-thru. I believe auntie also belum makan kan." Orange tidak menjawab, dia tidak peduli tentang makanan saat ini. Fikirannya tertumpu kepada Selina, dia adalah yang paling semangat apabila berkaitan dengan makanan. Orang pertama yang akan duduk di meja makan dan orang terakhir yang akan berdiri dari duduknya. Mereka selalu bertelingkah apabila berkaitan dengan makanan terakhir yang ada, mereka berusaha untuk membuktikan bahawa dirinya paling layak untuk mendapatkan makanan tersebut. Ridiculous. Kalau mereka di rumah saat ini, sudah pasti mereka sedang makan bersama-sama dengan lahapnya. Namun, saat ini adakah Selina sudah makan? Hatinya semakin luluh memikirkan adiknya itu.

"Miss Orange Esemeralda Philip." Pegawai polis yang mengambil laporan mereka tadi memanggilnya, Noah dan Orange pantas ke meja pegawai tersebut.

"Awak berdua boleh balik dulu, nanti kami akan maklumkan kalau ada apa-apa maklumat baru. Jika adik awak ada di rumah atau balik ke rumah atau ada apa-apa panggilan daripada sesiapa yang tidak dikenali berkaitan dengan kes ini, tolong maklumkan pihak kami dengan kadar segera." Ujar pegawai polis tersebut. "Kita masih tidak tahu apa yang berlaku sebenarnya tapi kita kena fikirkan semua kemungkinan. Kamu pasti bukan yang dia tidak ke rumah kawan-kawannya." Pegawai tersebut bertanya lagi meminta kepastian.
"Ya, kami pasti tuan. Kami sudah hubungi semua kawan-kawan sekolahnya yang kami kenal, semuanya sudah balik ke rumah masing-masing."
Pegawai polis tersebut mengangguk perlahan. Dia diam sejenak.
"Kamu juga pastikan yang dia tidak mempunyai teman lelaki." Pegawai tersebut bertanya lagi, entah kali yang ke berapa. Awal-awal tadi juga dia menanyakan soalan yang sama.
"I'm so sure, sir. Dia jenis yang mempunyai ramai kawan tapi dia bukannya jenis yang suka berahsia, dia pasti akan memberitahu saya atau mama kami jika dia mempunyai teman lelaki."
Pegawai polis tadi diam lagi, matanya memandang tajam laporan yang sudah dicetak di atas mejanya. Mungkin dia masih kurang yakin untuk mengisytiharkan kehilangan Selina. Memandangkan banyak kes pada masa kini yang terjadi berkaitan dengan remaja lari dari rumah kerana mengikut boyfriend.
"Okay, saya akan arahkan pegawai polis yang bertugas meronda untuk cuba mencarinya di mana-mana. Dia masih berpakaian sekolahkan kan siang tadi." Setelah beberapa ketika berfikir akhirnya pegawai polis tersebut memberikan kata putus.
Orange mengangguk yakin. Dia pasti yang Selina tiada balik ke rumah untuk menukar pakaian dan dia juga tidak ada membawa pakaian lain ke sekolah.
"Buat setakat ini belum ada apa-apa call dari orang yang tidak dikenalikan...maksud saya berkaitan 'ransom' atau apa-apa sahaja."
Orange memandang Noah.
"Tiada tuan."
Noah seakan faham akan pandangan Orange, gadis itu tidak mahu memikirkan tentang
"Okay, miss boleh balik. Besok miss boleh datang ke balai polis lagi untuk sebarang maklumat baru."
Setelah mengucapkan terima kasih kepada pegawai polis yang bertugas, Orange dan Noah akhirnya kembali ke rumah.

Cinderella seorang Putera (COMPLETED)Where stories live. Discover now