Bab 9 : Love In Another Way.

1K 50 3
                                    

Orange memandang kosong makanan yang terhidang di hadapannya. Selera yang selalunya menguasai dirinya, kali ini hilang sama sekali. Walaupun hampir kesemua makanan yang terhidang itu merupakan makanan kegemarannya. Selina yang duduk di hujung meja sesekali menjeling melihat kakaknya yang berwajah monyok. Jarang sekali wajah itu terpapar di raut wajah Orange, selalunya dialah yang paling rakus melahap makanan-makanan yang terhidang. Pn.Amily pula sibuk berbual dengan suaminya, En. Philip tentang jemputan menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina tanpa menyedari keadaan wajah Orange.

"Ma, can you please pass me that bosou." Sengaja Selina meminta lauk yang paling dekat dengan Orange, dengan harapan mamanya akan ternampak atau terlihat atau terjeling kearah Orange tapi sia-sia.

"Ma, pass me that soup." Dia mencuba lagi, kali ini mangkuk sup ayam yang juga dekat dengan Orange dan sekali lagi dia kecewa. Tanpa melirik kearah Orange,mamanya menghulurkan mangkuk sup tersebut. Selina menarik nafas geram.

"Ma, pass me Orange's plate."
Kali ini Pn.Amily memandangnya hairan.

"Awak dah kenapa Selina? Tak nampak mama dan papa tengah berbual ke? Nie apahal pula tiba-tiba nakkan piring kakak awak pula nie?" Pn.Amily membebel, geram dengan sikap anak gadisnya itu. Selina tidak menjawab apa-apa hanya matanya sahaja yang giat memberikan isyarat kepada Pn.Amily agar menoleh kearah Orange. Pn.Amily diam seketika, cuba untuk memahami isyarat tersebut. Kemudian dia menoleh hati-hati kearah Orange, dia kemudiannya mengerutkan dahinya melihat wajah monyok Orange dan nasinya yang belum berkurang.

"Orange, awak termenung nie kenapa? Nasi tue tidak akan berjalan memanjat masuk sendiri ke dalam mulut kamu tau kalau tidak disuap." Pn.Amily menegur, Orange melirik kearah mamanya sambil perlahan tangannya mencapai sudu dan kemudian menguis-nguis nasinya perlahan.

"Eh, dikuis-kuisnya nasi itu, mama...mama simpan harta karun ke kat dalam nasi dia?" En.Philip pula bersuara, cuba untuk menyakat anak sulungnya itu.

"Mama, papa...Orange nak transfer sekolah barulah." Orange bersuara perlahan tiba-tiba.

"What? Sekolah baru? Kenapa pula tiba-tiba nak pindah sekolah baru nie? Orange buat masalah ke kat sekolah?" Pn. Amily bertanya terkejut dengan permintaan Orange tiba-tiba.

"Papa tak terima apa-apa call pun dari sekolah, kata awak ada masalah." En.Philip pula menambah. Orange menarik nafas berat kemudian memandang kearah mama dan papanya silih berganti. Macam mana dia mahu beritahu hal sebenar kepada parentsnya itu.

"Nie mesti kes gaduh dengan boyfriend kan." ujar Pn.Amily tiba-tiba, menyebabkan Selina yang sedang khusyuk mengunyah makanan hampir tersedak dek makanan di dalam mulutnya. Pantas dia mencapai gelas berisi air di hadapannya. Selesai meneguk air dan menelan makanannya, ketawa yang dia tahan pecah. Lucu sungguh rasanya mendengar kata-kata mamanya itu. Bukan kerana Orange tidak menarik atau tiada aset tarikan tetapi memikirkan tentang sifat pemalu yang melampau-lampau kakaknya itu menyebabkan mustahil untuk dia mempunyai teman lelaki. Sedangkan kawan pun hanya Corina. Berbeza dengan dirinya yang easy-going dan happy go lucky, boleh dikatakan ke mana-mana dia pergi pasti ada sahaja sahabat baru yang dia akan kenal.

"Selina, tak baik tau ketawakan kakak awak. Tak sopan langsung. Mama bercakap bukan tidak berasas, okay." Pn.Amily sedikit geram dengan Selina yang mentertawakan Orange. Selina mengangkat keningnya tidak percaya.

"Wah,wah...anak papa dah pandai bercinta ke? Papa tak halang, cuma fokus dulu dengan study. Jangan sampai study terganggu pula, kan mama..." kata En.Philip sambil tersenyum gembira.

Orange melopong memandang papanya, seriously? Papanya boleh tersenyum dan memberikan galakan positif pula? Bukan ke seorang papa yang normal akan memberikan nasihat panjang lebar dengan kesimpulan akhir, habis study then barulah bercinta?

Cinderella seorang Putera (COMPLETED)Where stories live. Discover now