Bab 19 : Closer

747 46 0
                                    

Ungkapan maaf tidak mampu untuk menyembuhkan luka dengan serta-merta. Ianya perlu disertai dengan keikhlasan dan kesungguhan.

Jantung Orange berdegup kencang melihat kereta Honda City hitam yang berparkir di luar halaman rumahnya. Dia kenal kereta tersebut. Dia bergegas masuk ke dalam rumah, hatinya tidak tenang. Apa yang dia cuba lakukan di dalam rumahnya? Sudahlah kereta sahaja yang ada. Pemiliknya?

Dari luar pintu, dia dapat mendengar suara mama dan adiknya bercerita dengan penuh semangat. Kadang terselit tawa dari keduanya. Peluh sejuk mulai mengalir di dahinya, apa yang perlu dia lakukan?

"Haa, panjang umur anak gadis mama!" Suara Pn.Amily bergema di ruang tamu apabila melihat Orange masuk. Noah menoleh sekilas, ragu-ragu dan serba salah. "Come and join us, dear. Your 'friend' is here." Ujarnya sambil tersenyum penuh makna.

Orange melirik memandang Noah yang sedang duduk di sofa dengan tenang. Perasaan geramnya bertandang kembali. Suka hati suka badan dia sahaja datang ke rumah tanpa diundang.
"Where are you going? I try to call you so many time." Selina bertanya. Orange hanya tersenyum kecil, tidak menjawab soalan Selina. Bukan dia tidak sedar akan panggilan Selina tetapi dia sengaja tidak menyambutnya. Tidak sangka pula Noah ada di rumah.

"Noah, lets go outside..." Dia mencuit bahu Noah sambil berlalu keluar. Pn.Amily dan Selina saling berpandangan tidak bersuara. Tidak mahu mengganggu pasangan sejoli tersebut. "And don't ever try to peek on us." Orange memberi amaran. Pn.Amily mengangkat tangannya pantas, kononnya mereka tidak akan melakukannya. Kemudian dia memandang Selina dan tersengih faham.

Orange mendahului Noah ke kereta milik Noah. Dia tidak mahu duduk di tempat yang terbuka. Nanti tidak pasal-pasal mama dan adiknya itu akan memasang telinga. Almaklumlah, mereka juga boleh di kira sebagai minah bawang.

Noah membiarkan enjin keretanya hidup, agar dia boleh memasang pendingin hawa dan juga radio. Hal tersebut untuk memastikan keadaan tidak tegang dengan sedikit alunan muzik.

"Kenapa datang ke rumah saya? Kan saya sudah bagitahu, just let me go. You can do whatever you wanna do with my diary. I don't care..." Orange memulakan bicara. Dia geram kerana Noah datang ke rumahnya dan berbual dengan mama serta adiknya tanpa rasa bersalah.

"I'm sorry..." Orange menoleh memandang lekaki itu dan merenungnya tajam. Boleh pula dia menikus, selama ini bukan main lagi dia dengan segala jenis ugutannya. Setahu Orange, Noah bukan seorang yang lembut hatinya.

"If you are sorry then please...jangan ganggu hidup saya lagi." Noah menggeleng pantas lalu memalingkan tubuhnya kearah Orange.
"I can't do that, Orange. I want you. I want you to be mine."
Orange terkesima seketika, dengan sinaran redup lampu jalan dia dapat melihat wajah serius lelaki tersebut. Now, what? Apa lagi jenis permainan yang dia mahu lakukan? Dia ingat saya boleh termakan kata-kata manisnya dengan mudah? Orange tertawa di dalam hati. No.
"Awak tak perlu mahu bergurau atau memasang perangkap lain untuk memperbodohkan saya, Noah. Enough is enough. Just stop it." Noah menggeleng lagi, kali ini dia mencapai tangan Orange dan menggenggamnya erat.
"Saya bukan buat lawak bodoh atau cuba untuk memperbodohkan awak, Orange. I am serious right now. I want you to be my girlfriend. I mean my real girlfriend and not the fake one. Bukan berlakon atau ada tujuan tersembunyi. No." Noah cuba untuk menyakinkan gadis tersebut. Dia tidak tahu, apa lagi yang perlu dia lakukan untuk menyakinkannya. Dia bukannya jenis yang bermulut manis atau tahu bermadah romantik. Sungguh, itu bukan dirinya.

Orange menarik tangannya daripada genggaman Noah. Dia tidak mampu untuk mempercayai lelaki itu lagi. Tidak selepas apa yang dia lakukan kepadanya. Walaupun sebelum ini, Noah tidak pernah mengisytiharkan bahawa mereka adalah couple sebenar. Namun, sebenarnya jauh di dalam lubuk hatinya dia mengatakan bahawa dirinya dan Noah adalah couple secara rasmi. Sebab itulah, dia sanggup menurut segala arahan dan kemahuan Noah walaupun kononnya dia memberontak. Lurusnya kamu Orange.

Cinderella seorang Putera (COMPLETED)Where stories live. Discover now