Bab 26 : Love In The Air

633 38 0
                                    

Orange mengintai di sebalik tirai tingkap, cuba untuk mencuri dengar apa yang dibualkan oleh Noah, Caleb dan Elisya di luar rumah. Sesekali dia berselindung di sebalik dinding supaya tidak ada yang menyedarinya. Pn.Thalia yang berada di dalam dapur telah menyuruhnya untuk memanggil mereka agar masuk ke dalam dan bersarapan bersama-sama. Namun, dia membatalkan niatnya itu apabila melihat perbualan mereka agak serius.

Hatinya sedikit sakit apabila melihat Elisya seakan cuba untuk bermanja dengan Noah, nasib baiklah Noah menolaknya kasar (ya,ya...dia tahu dia agak kejam kerana gembira melihat Elisya dilayan dengan teruk tapi cuba tempatkan diri anda di tempatnya. What will you feel?) Walaupun, Orange tidak pernah mengisytiharkan perasaan sebenarnya kepada Noah tapi dia sendiri tahu yang dia menyimpan perasaan sayang kepada Noah. Of course dia akan berasa cemburu jika ada perempuan lain yang cuba untuk bermesra dengan Noah.

Orange pura-pura sibuk mencari barang di dalam begnya apabila dia melihat Noah masuk ke dalam rumah. Kemudian dia keluar kembali dengan membawa beg tangan milik Elisya keluar. Sebelum Noah masuk kembali dia bergegas masuk ke dalam dapur semula, takut nanti dia lagi yang akan dimarahi, memandangkan raut wajah Noah kelihatan masam mencuka.

Kehadiran Elisya sudah cukup membuatkan moodnya benar-benar hilang, apatah lagi dengan kehadiran Caleb. Damn, weekend. Noah memarahi di dalam hati.

"Eh, Caleb dan Elisya mana?" Soal Pn.Thalia apabila melihat Orange masuk berseorangan. Baru sahaja Orange mahu membuka mulutnya untuk menjawab, Noah masuk dengan muka masamnya.

"Mereka sudah balik, mereka tidak akan sertai kita." Ujarnya menjawab bagi pihak Orange. Orange tersengih kemudian mengangguk perlahan. Apa yang perlu dia katakan lagi? Noah sudah menjawabnya.

"Orange, sit. Kita sarapan sama-sama." Arahan Noah membuatkan Orange duduk dengan automatik. Tidak berani mahu melawan. Pn.Thalia yang tadinya kelihatan mempunyai banyak persoalan turut akur dan duduk di tempatnya. Dia faham benar dengan sikap Noah, jika mukanya masam mencuka seperti sekarang. Lebih baik jangan banyak soal atau nanti free-free dimarahi olehnya atau geram sendiri kerana tidak dilayan oleh Noah. Namun, kenapa Noah begitu dingin dengan Caleb? Dia tidak pernah melihat keadaan seperti tadi apabila Caleb datang ke rumah mereka sebelum ini. Selalunya mereka akan bergurau senda hingga lupa dunia. Apa yang telah terjadi sebenarnya diantara Noah dan Caleb? Kalau Elisya, dia faham sangat kerana Noah tidak menyukainya. Mungkin dulu Noah pernah mencintai gadis tersebut tapi itu adalah kisah lalu. Kini, Noah kelihatan mencintai Orange seorang sahaja.

Mereka makan dengan senyap. Hanya bunyi sudu garfu berlaga sahaja yang kedengaran. Orange yang sudah bersarapan di rumah juga terpaksa makan dalam keterpaksaan. Mahu cari nahas? Silakan melanggar arahan Noah. Nasib baiklah sarapan yang dimasak oleh Pn.Thalia menarik perhatiannya.

"Masakan mana yang Elisya masak, mama?" Noah bertanya sebelum memulakan makannya. Pn.Thalia memandang Orange kemudian memandang makanan yang terhidang di atas meja. Dia ingatkan Noah sudah hampir siap memakan makanannya rupanya tadi dia sibuk dengan telefon bimbitnya.

"Elisya tak masak apa-apa, dia cuma potpet,potpet bercerita pasal hidup dia di London." Pn.Thalia memberikan jawapan selamat. Namun, sebenarnya apa yang dia katakan itu adalah benar. Elisya tidak ada membantu apa-apa, dia cuma bantu tengok dan sumbang air liur sahaja. Noah mengangguk perlahan kemudian memberikan Orange satu lagi senduk nasi goreng.

"Thanks..." Orange bersuara perlahan dan perlahan-lahan juga dia menyiapkan sesuap nasi ke dalam mulutnya. Nak buat macam mana? Sudah Noah tolong sendukkan untuknya. RIP diet. Tadi dia sengaja mengambil sedikit sahaja, tidak sangka pula Noah menambah lagi nasinya.

"How is it, Orange?" Pn.Thalia bertanya mesra, Orange tersenyum kemudian mengangkat ibu jarinya memberikan tanda 'so good'.

"Its delicious, auntie. Sama seperti yang Noah bawa ke sekolah." Ujarnya lagi. Noah melirik kearah mamanya kemudian meneruskan makannya tanpa berkata apa-apa.

Cinderella seorang Putera (COMPLETED)Where stories live. Discover now